Bertempat di Perkarangan Stadium Shah Alam telah berlangsungnya program TT Gabungan antara VKC (Vios Klang Community) dan juga Vios Brotherz Club. Bagi makluman, Vios Brotherz Club sudah pun berusia 6 tahun. Manakala VKC baru sahaja menghampiri usia setahun.
Sebelum menganjurkan program ini, perbincangan telah dilakukan terlebih dahulu selama dua hari dan hanya menerusi perbualan whatsapp sahaja. Walaupun begitu, program masih berlangsung dengan meriah yang diadakan bermula dari pukul 5.00 petang sehingga 8.00 malam. Selain mengukuhkan lagi perhubungan, program ini diadakan bertujuan untuk menambah bilangan kenalan serta berkongsi minat dalam menyelenggara kereta Vios.
Perkongsian : Ben (VKC) dan Revin (VBC)