Satu lagi detik bersejarah dicatatkan Geng Warikh apabila berjaya menyempurnakan sebuah program yang menguji fizikal dan mental iaitu Program Langkah Berani Gunung Angsi 2020. Diadakan pada bulan Oktober lalu, ahli-ahli Geng Warikh berkesempatan menghadirkan diri dan memberi sokongan memeriahkan lagi penganjuran program ini.
Bertempat di Jalan Bukit Putus Seremban – Kuala Pilah, Gunung Angsi mempunyai ketinggian 825 meter dan Geng Warikh telah menawan puncak gunung dengan jayanya. Program ini mustahil dilaksanakan tanpa kekentalan dan semangat kerjasama di kalangan ahli-ahli keluarga Geng Warikh.
Tahniah diucapkan kepada setiap ahli yang bertungkus-lumus menyelesaikan program ini dengan memberikan sepenuh tenaga. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada ahli-ahli jawatankuasa yang terlibat secara langsung dalam memastikan program berjalan lancar juga seluruh warga Geng Warikh yang terlibat dalam merealisasikan program ini. Bagi pihak ahli-ahli jawatankuasa Langkah Berani Gunung Angsi 2020, mohon ampun dan maaf sekiranya ada kesalahan atau kekurangan di sepanjang program berlangsung.
Perkongsian : Yusrimaju