Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

PROTON PERDANA 4WD

hpmedia webadmin by hpmedia webadmin
23/11/2015
in MODIFIKASI, UTAMA

Tahukah anda, jalan penyelesaian untuk memiliki sebuah Evo tanpa perlu bergolok-bergadai adalah beli Proton Perdana lama?

Masukkan enjin Evo, kemudian padankan dengan transmisi pacuan empat roda sepenuh masa! Sebenarnya, Perdana lama (model SEi) memang ada ruang untuk masuk long shaft 4WD dan cagak gandar belakang.

Jadi, kalau anda nak buat projek Perdana 4WD, pastikan beli chasis model SEi dan bukannya V6.

Sebab itulah abam Kamal memilih Perdana SEi keluaran tahun 1995. Tema projeknya senang, enjin mau power, handling mesti mantap dan kereta nampak ganas.

Satu perkara lagi yang best pasal Perdana model lama ini ialah enjinnya. Ya! Enjin asal Perdana ialah 4G63 jenis camshaft tunggal. Satu spesis dengan enjin 4G63 yang ada pada Galant VR4 dan Lancer Evo.

Kamal memilih enjin Lancer Evo II sebagai asas projeknya. Blok enjin dibaraikan terlebih dulu sebab nak masuk set piston baru yang diambil daripada enjin Toyota 2JZ-GTE.

Set-set piston itu kemudian digabungkan dengan conrod VR4. Semua bearing utama enjin diganti dengan bearing jenis perlumbaan King Bearings. Kepala silinder enjin dikekalkan dan dipasang sepasang cam pulley boleh laras buatan custom.

Turbo asal enjin diletak di atas manifold custom jenis pisang dengan wastegate external Turbosmart berdiameter 38mm. Penapis udara asal enjin diganti dengan penapis udara HKS.

Paip-paip intercooler baru dibina khas dengan sebuah intercooler custom yang diubah suai daripada enjin lori Scania. Perdana ini menggunakan paip ekzos saluran terus tiga inci dengan peredam bunyi HKS Super Drager.

Sistem pancitan bahan api pula dinaik taraf dengan pam Walbro serta pelaras bahan api Tomei. Untuk mendapat percikan api yang sempurna, semua kabel plug diganti dengan kabel plug Ultra. Pelarasan talaan enjin disempurnakan oleh ECU boleh program GReddy e-Manage yang disambung dengan ECU asal enjin.

Kotak gear asal Evo II dengan sistem pacuan empat roda sepenuh masa dikekalkan.Klac pula guna klac jenis perlumbaan D&D. Kotak gear kemudian disambung dengan long shaft dan gandar belakang daripada model Galant Eterna Turbo, iaitu sepupu Perdana yang menggunakan sistem pacuan empat roda.

Dengan enjin dan kotak gear Evo II disalin dengan sempurna, tak keterlaluan saya katakan Perdana ini berprestasi macam Evo II yang asli, cuma mungkin sedikit berat. Paling penting, kuasa enjin dapat disampaikan kepada keempat-empat roda. Ini menjamin prestasi pemanduan yang cemerlang dan selamat.

Untuk membantu pengendalian kereta, Perdana ini menggunakan penyerap hentak boleh laras GAB. Kuasa membrek dibantu oleh set brek cakera 4 pot Toyota Aristo.

Membuatkan kereta ini nampak lagi ganas ialah pemilihan rim-rim Rota berdiameter 18×9 inci untuk bahagian depan dan 18×10 inci di belakang. Rim-rim berwarna Barney itu dibalut dengan tayar bersaiz 235/40.

Penampilan jentera ini diserlahkan dengan bodykit lengkap Perdana V6 Enhanced dan skup udara Evo II. Spoiler Mirage Asti ditambah pada bonet belakang. Di atas bumbung, sunroof Toyota berjaya ditebuk.

Bahagian kabin, kereta inimenggunakan banyak aksesori JDM. Papan pemuka Eterna yang datang lengkap dengan sistem kawalan pendingin hawa elektronik dipasang. papan pemuka juga nampak meriah dengan meter-meter Defi.

Sebuah turbo timer Pivot menjadi aksesori wajib dipasang untuk menjamin kelangsungan hidup turbo kereta ni. Akhir sekali, stereng dari Momo digunakan sebagai ganti stereng asal yang kurang sporty.

Dengan kos yang agak rendah, terbukti kita boleh menikmati kekuatan enjin 4G63 turbo dengan selamat. Kereta ini bukan sahaja laju, malah selesa untuk perjalanan harian atau balik kampung.

Sumber : Mekanika
Website :https://www.mekanika.com.my/
Facebook :https://www.facebook.com/MekanikaMalaysia/
Instagram :https://www.instagram.com/mekanika.malaysia/?hl=en
Youtube :https://www.youtube.com/channel/UCW_a5QtfMwZ5gNBhgXBdscQ

Previous Post

MAZDA 323 INTERPLAY – PERBUALAN KLASIK

Next Post

TOYOTA CELICA 3S-GE BEAMS

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved