Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

THE KING!

hpmedia webadmin by hpmedia webadmin
20/11/2020
in BULETIN, UTAMA


Bagaimana nak tahu sesuatu produk itu berjaya atau tidak, ia boleh dilihat menerusi kesan jenama tersebut terhadap pasaran. Ramai yang tak sedar bahawa dalam produk seharian, kita sebenarnya memberi kata nama am pada produk yang sepatutnya adalah satu jenama.

Sebagai contoh, Tupperware sebenarnya merujuk jenama dan bukan bekas simpanan plastik secara umum. Tahukah anda Ping Pong sebenarnya ialah jenama papan tenis meja, yang juga kita sebut sebagai sukan ping pong. Begitu juga dengan nama Jet Ski, sebenarnya ialah produk Kawasaki. Rollerblade juga ialah jenama, dan ia sepatutnya disebut roller skate. Jaket yang kadangkala kita panggil Windbreaker itu, sebenarnya satu jenama jaket yang telah dikeluarkan oleh Celebration Trading.

Pernah tak dengar orang kata, “Senangkan bawak Hilux macam Navara ni, tinggi dan nak parking atas divider pun boleh.” Aneh? Itulah anekdot jenama terhadap produk. Tapi dalam kes Toyota Hilux, ia bukan sahaja kesan jenama terhadap produk, tapi ia benar-benar sebuah produk yang bagus.

Balik ke tahun-tahun awal penghasilan model ini pada era 60-an, Hilux ialah sebuah pikap “single cab” yang dibina sebagai asas pengangkutan lasak. Ketika itu, ia ibarat sebuah lori kecil dengan kelebihan pacuan 4 roda. Hanya selepas tahun 1980, barulah Hilux datang dengan cab berkembar, pilihan titik graviti tinggi dan enjn-enjin yang lebih besar.

Ia sebuah pikap lasak 4X4 yang menguasai ladang dan kawasan pembalakan sejak 80-an hingga ke hari ini. Anda mungkin pernah baca artikel kami bagaimana seorang pengguna dihadiahkan dengan sebuah kereta baru kerana pikap Toyota Tundra beliau mencatat perjalanan 1 juta batu. Tundra (dan Tacoma) adalah asas kelahiran daripada Hilux – khusus untuk pasaran Amerika Syarikat.

Ini adalah model generasi ke lapan (bergantung dari garis masa mana yang dipilih). Model ini menggantikan Hilux VIGO (mengikut terma Thailand) dan dikenali sebagai Hilux REVO. Berbeza dengan pengeluar trak lain seperti Ranger, Navara, D-Max dan Triton, Hilux hanya menggunakan satu nama sejak dari zaman paleolitik. Ia merupakan nama paling lama digunakan bersama-sama Corolla dan Land Cruiser.

Toyota juga sangat penakut. Anda boleh tengok pengeluar lain menukar model pikap purata setiap 5 tahun tetapi Toyota selamba sahaja pakai platform sama sampai 10-11 tahun. Model VIGO sebelum ini yang keluar dari tahun 2004 sampai 2015, hanya dengan satu casis dan 2 kali facelift. Pelik kan? Tidak. Toyota tak akan mengikut perkembangan teknologi semasa sebab mereka percaya dengan falsafah, lebih ringkas lebih bagus. Kalau tak rosak, jangan tukar!

Sebab itu bagi pembeli yang memilih pikap sebagai kenderaan urban akan meletakkan Hilux Vigo bukan di senarai teratas. Hilux sebelum ini mungkin sesuai untuk masuk ladang atau untuk geng Taliban di padang pasir. Ia tak ada gajet atau ciri menarik pun. Kalau tak caya, cuba masuk dalam kabin Hilux Vigo dan bandingkan dengan kabin Ranger T6.

Mungkin bergelut dengan pasaran yang semakin “demanding”, akhirnya, Toyota terpaksa akui, mereka perlu hasilkan produk yang mesra bandar berbanding mesra belukar. Generasi Hilux baru ini melakukan semuanya yang perlu untuk menentang saingannya yang semakin di depan (dari segi teknologi). Dari segi jualan, sebenarnya Hilux purba itu masih merupakan pikap yang paling laris, walaupun cuma facelift!

Model baru ini berubah 100 peratus dari konsep Hilux asal. Ia tak lagi kelihatan sebuah pikap untuk kumpulan IS atau perlu pakai kasut but berlumpur dan pandu ke ladang. Masuk sahaja ke dalam kabinnya, saya boleh katakan instrumentasinya dibina menarik, benar-benar menarik.

Papan pemukanya sangat berbeza dengan mana-mana pikap atau kereta penumpang sekali pun. Susunan kolum hanya ada 2 bahagian. Pemandu dan tiada konsol tengah, terus dibawa ke bahagian penumpang. Pelaras sistem 4WD sedikit tersorok di bahagian kiri suis penghawa dingin yang mana saya rasa perlu diletakkan jauh kerana logiknya anda mungkin hanya gunakan suis ini sekali sebulan. Atau mungkin tak pernah guna langsung!

Ini ialah varian tertinggi 2.8G. Ia dipasangkan dengan enjin 1GD-FTV yang mampu menghasilkan 177ps dan tork 450Nm. Ia ada kuasa secukupnya dan sewaktu memerah enjin memanjat RPM, saya dapat rasakan formula enjin Toyota Hilux sudah mula mendapat rentak baru.

Dengan sistem transmisi automatik 6 kelajuan baru itu juga, enjin ini memecut lancar di lebuhraya. Ia bukan sahaja berkuasa, malah kabin kereta ini cukup senyap. Saya tak pasti samada enjin ini benar-benar diformulasikan untuk Db rendah atau kabin Hilux ini benar-benar bagus tahap NVH nya. Beberapa tahun lepas, saya pernah uji pandu Hilux, dia punya bising jangan tanya. Lepas test drive, terus saya call orang Ford – beli Ranger!

Ia bukan sahaja senyap dan berkuasa, malah lebih berkuasa dari enjin D-4D 3.0 1KD sebelum ini. Pengendalian Hilux ini juga sangat tidak Hilux. Jika anda biasa dengan sifat sebuah pikap casis frame “ladder”, ia akan rasa melantun-lantun, keras dan susah menduga kawalan sterengnya.

Hilux ini cukup selesa untuk piawai sebuah pikap. Saya kira, jika anda beralih dari sebuah kereta dan memandu Hilux pun tak akan rasa perubahan besar. Sudut stereng, komposisi kerusi terhadap panorama cermin hadapan direka hampir untuk semua jenis pemandu. Sensitiviti stereng terhadap roda, sudut putaran dan olengan badannya memang mendapat talaan sebuah pikap urban.

Cuma perkara yang tidak bagus, apabila ramai pemandu trak tidak faham sifat sebuah trak. Lihat sahaja di lebuhraya, mereka memandu trak macam sebuah Nissan GTR. Pikap tidak boleh berhenti sepantas sebuah kereta sport dalam kelajuan yang sama. Kadang-kadang bawa kargo berat tapi memecut macam hilang akal. Sebab tu bila eksiden jadi kuih samperit. Beban di belakang akan meluncur ke depan. Saya juga beberapa kali “diarah” ketepi di laluan kanan lebuhraya untuk beri laluan pada trak dengan kelajuan lebih 130km/j. Tambah mengerikan lagi, yang memotong tu waktu hujan dan pakai tayar MT.

Pada pandangan saya, Hilux ini bukan lagi sebuah pikap yang anda rasa akan jumpa untuk masuk hutan sebaik sahaja keluar pusat pameran, kecuali untuk varian single cab atau varian asas yang pastinya akan banyak mengangkut sayur di Cameron Highlands.

Model 2.8G ini didatangkan dengan hampir semua ciri premium sebuah trak. Saya suka dengan rekaan lampu depannya yang kelihatan gagah bila diapit jeriji radiator krom di tengah. Lampu ini dibekalkan dengan pencahayaan projektor LED dah satu garis panjang DRL.

Model tertinggi ini juga menampilkan Multi Information Display (MID) di bahagian kluster meter, pemain audio 2-DIN dengan kamera undur dan 6 pembesar suara. Semua kerusi dibalut kulit dan di bahagian pemandu dilaras dengan elektrik. Ia turut disertakan dengan kemasukan tanpa kunci dan mendapat “tinted” Toyota Security & Solar yang dijamin menepati spesifikasi undang-undang. Saya pun tak perasan ada filem pada cermin pikap ini, nampak terang-terang saja.

Dari segi keselamatan, semua varian didatangkan dengan fungsi brek anti kekunci (ABS). Model premium dipasang bersama Kawalan Stabiliti Kenderean (VSC), Kawalan Traksi Aktif (A-TRC), Sistem Bantuan Mendaki (HAC) dan 7 airbag. Ya, 7 beg udara.

Saya menggunakan trak sejak 2003 untuk keperluan kerja. Trak pertama saya sebuah Ford Ranger tahun 2001 yang dibeli terpakai. Kenapa tidak Hilux? Sebab harga terpakainya sangat arwah. Ranger tersebut dijual pada 2005 dan saya beli sebuah Mazda Fighter (kembar Ranger) pada tahun 2010. Kedua-dua trak tersebut ialah trak tradisional. Bising, lembap, tapi untuk punggah barang hampir 1 tan, takkan nak bawa naik Alza?

Kemudian saya beli Ranger T6 2.2 pada tahun 2013 sebab Mazda Fighter 2.5 tadi sudah mencecah batuan 400,000km. Tidak ekonomikal kalau dibandingkan dengan enjin-enjin spesifikasi Euro generasi moden. Spesifikasinya mungkin tak menang dari semua segi jika dibandingkan dengan Triton, D-Max, Navara dan Ranger. Tetapi ia seperti Tupperware. Banyak mana pun saingannya, isteri anda tetap nak simpan koleksi Tupperware kan?

* Artikel ini disiarkan dalam majalah Kaki Kereta 6

Previous Post

Proxes CR1 Dilancarkan Untuk Pasaran Malaysia

Next Post

Shell Malaysia Umumkan Enam Pemenang Utama

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved