Ford Mustang generasi keempat tidak akan dilihat sebagai sebuah kereta klasik untuk masa terdekat ini, namun ada beberapa varian yang benar-benar mencuri perhatian. Salah satunya, SVT Cobra seperti model tahun 2013 ini. Dikuasakan oleh enjin V8 supercharged4.6 liter dengan gearbox manual 6 kelajuan, ianya telah mencatatkan sejauh 8,000 batu pada odometer.
Bahagian luarnya telah dicatkan dengan warna Redfire dan nampak sangat agresif. Padanan yang sesuai dengan pakej Roush Cobra yang terdiri dari fascia hadapan custom, skirt tepi, deck-lid custom, sistem ekzos prestasi tinggi dan macam-macam lagi. Mustang ini juga didatangkan dengan tayar 17 inci dengan SVT center cap.
Bagi memberikan keterujaan ketika memandu, pemiliknya dikatan telah melakukan modifikasi pada bahagian suspension dan juga stereng. Bagi keselesaan ketika memandu, pemiliknya telah memasang coilover dari Bilstein, competition control arms dan banyak lagi.
Berbanding bahagian luarannya, sudut dalamannya tidaklah sehebat mana. Selain sarung kerusi kulit sport Dark Charcoal dengan logo SVT Cobra, tiada apa yang menarik. Jika anda serba tahu tentang Mustang generasi keempat, apa yang ada dalam kereta ini tidak mempunyai faktor yang kuat. Selebihnya, ia juga dilengkapi dengan penghawa dingin, pedal aluminium, tempat duduk belakang boleh lipat dan sistem audio 460 dengan slot 6 CD!
Enjin supercharged V8 ini baik untuk 390HP dan tork 390lb-ft (528 Nm). Selain itu, ia juga ada beberapa mod lain seperti pengambilan udara sejuk, ECU flash tuner dan 2.8″ Eaton blower pulley. Adakah SVT Cobra ini mampu menggoda anda? Hmm…
Sumber : Carscoops