Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

MITSUBISHI GALANT SIGMA

hpmedia webadmin by hpmedia webadmin
01/10/2014
in MODIFIKASI, UTAMA

Mitsubishi Galant Sigma keluaran tahun 1980-an memang agak popular di Malaysia. Walaupun popular, kereta ini agak susah ditemui sekarang berbanding Lancer kotak yang sezaman dengannya.

Galant yang popular dengan nama Galant Kuda ini sebenarnya dijadikan kereta drift oleh pemiliknya, Ah Bi. Tetapi ia masihmasih mempunyai cukai jalan dan nombor plat yang sah.

Tidak pasti kenapa Ah Bi memilih Galant Kuda sebagai kereta drift. Tetapi apa yang pasti dia sudah melakukan kerja yang cukup baik merestorasi semula kereta klasik ni. Enjin asalnya, 1,600cc SOHC telah diganti dengan enjin Nissan CA18DET.

Kenapa enjin Nissan? Sebenarnya, Mitsubishi tidak banyak menghasilkan enjin pacuan roda belakang yang berkuasa tinggi. Kalau ada pun dah terlalu tua. Jadi memang elok guna enjin Nissan sahaja.

Enjin yang diambil daripada half-cut Nissan 180SX banyak diubahsuai untuk meningkatkan kuasa kudanya. Kepala silinder dilakukan kerja-kerja port dan polish. Kemudian, sepasang aci sesondol perlumbaan HKS 272° dipasang.

Bahagian blok enjin dikekalkan standard, kecuali semua bearing utama diganti dengan bearing jenis perlumbaan ACL. Gasket keluli daripada Cometic memastikan kepala silinder dan blok enjin mendapat kedapan yang baik.

Selesai bahagian enjin, tiba masanya Ah Bi menumpukan perhatian kepada bahagian turbonya. Turbo standard CA18 tak cukup kuat, jadi ia diganti dengan turbo Borg Warner dengan wastegate Turbosmart. Injap blow-off enjin dinaik taraf dengan barang GReddy Type-R. Intercooler diganti dengan intercooler berteras 4 inci jenis front mount.

Untuk sistem penyampaian bahan api, enjin ini dibekalkan dengan sepasang pam bahan api berkuasa tinggi Bosch. Semua alat pancitan bahan api juga diganti dengan penyuntik 510cc. Sebuah pelaras bahan api Works dipasang bagi mengawal aliran bahan api ke enjin. Bagi tujuan menyejukkan enjin, radiator asal enjin diganti dengan radiator aluminium. Penyejuk pelincir Trust turut dipasang.

Pengaliran gas ekzos dilancarkan dengan penggunaan manifold ekzos HKS yang disambung kepada paip ekzos saluran 3 inci buatan custom. Pada belakang kereta, sebuah peredam bunyi HKS digunakan.

Mungkin aksesori paling penting ialah ECU jenis piggyback daripada GReddy e-Manage Ultimate yang mengawal semua fungsi campuran petrol dan udara ke dalam enjin. Tidak lupa juga ignition timing enjin.

Kalau enjin dah kuat, tak guna kalau kotak gear lembik. Ah Bi memastikan kotak gear Galant Kuda kesayangannya menggunakan klac yang mampu menampung kuasa tinggi enjin. Sebab tu, klac kotak gear kereta disalin dengan klac Ogura Racing. Gandar belakang menggunakan gandar 180SX yang lengkap dengan sistem LSD 2 hala. Baru boleh drift.

Sistem gantungan kereta terdiri daripada gabungan penyerap hentak boleh laras JIC yang lengkap dengan pillow mount jenis boleh laras di depan. Untuk roda belakang, penyerap hentak dari Bilstein digunakan.

Projek merojakkan barang Nissan ke chasis Mitsubishi ini diteruskan dengan penggunaan brek Skyline R33 pada keempat-empat tayarnya. Pam brek pula daripada Nissan Skyline R32. Memandangkan kereta ini dibuat drift, Ah Bi telah membina e-brake hidrolik custom bagi memudahkan dia mengunci tayar belakang untuk membuat drift.

Pilihan rim Ah Bi ialah Kosei berdiameter 17 inci yang dibalut dengan tayar Federal bersaiz 215/40 (depan) dan BF Goodrich 215/45 di belakang.

Dari segi penampilan, kereta ni memang tip top! Badan kereta direstorasi semula dengan sempurna tanpa sebarang tanda karat. Lampu belakangnya diganti dengan lampu Skyline R33 sedan dan gril depan Galant Sigma wagon.

Bahagian dalam kereta sudah ditogelkan sepenuhnya. Apa yang tinggal ialah papan pemuka asal yang diubah suai dengan meter daripada 180SX. Tempat duduknya hanya sebuah untuk pemandu, berjenama Bride. Stereng kereta menggunakan stereng Nardi dan tombol gear jenama M’s. Di atas papan pemuka, Ah Bi menyusun meter-meter jenama NRG, HKS dan Blitz.

Kalau tidak dibuat drift, Galant ini sebenarnya boleh buat kereta bawak awek sebab kondisinya memang terbaik. Mungkin keretaAh Bi boleh menyuntik semangat kepada sesiapa yang ingin merestorasi sebuah Galant. Sedih juga kalau Galant ini dilupakan dari sejarah sebab kereta.

Sumber : Mekanika
Website :https://www.mekanika.com.my/
Facebook :https://www.facebook.com/MekanikaMalaysia/
Instagram :https://www.instagram.com/mekanika.malaysia/?hl=en
Youtube :https://www.youtube.com/channel/UCW_a5QtfMwZ5gNBhgXBdscQ

Previous Post

MITSUBISHI EVO III 4G63

Next Post

CIVIC EK COUPE – INI BETUL AMERICAN METAL!

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved