Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

HONDA CIVIC USDM STYLE- FAST AND FERIO

hpmedia webadmin by hpmedia webadmin
23/09/2014
in MODIFIKASI, UTAMA

Walaupun kita sudah lama masuk ke tahun 2000, namun kereta-kereta dari tahun 1980 dan 1990-an masih lagi menjadi pujaan ramai peminat kereta. Bukan sahaja di Malaysia, malah di seluruh dunia.

Walaupun pada usia yang lanjut, Civic EG mempunyai reka bentuk yang malar segar dan masih kelihatan moden. Civic ini tidak akan nampak kekok apabila diletak bersebelahan dengan kereta baharu.

Kadang-kala saya berani cakap, kereta ini nampak lebih cantik berbanding kereta baharu. Tak percaya, cuba anda letak Civic ini sebelah Toyota Vios (generasi sebelum ini), mana lagi cantik? Dolphin atau dugong?

Bukan saja model EG kelihatan masih cantik, anda juga jangan lupa bahawa kereta lama ini mampu menghasilkan kuasa yang amat tinggi. Rasanya, senang-senang sahaja nak tapau mana-mana kereta zaman sekarang.

Rupa ada, power pun ada, pengendalian pula fuh! Model ini mengguna pakai sistem gantungan wishbone berkembar untuk keempat-empat roda. Zaman sekarang, hampir semua kereta sekelas dengannya menggunakan suspensi torsion beam untuk roda belakang.

Dengan spesifikasi teknikal yang mengagumkan, saya tidak hairan kenapa Civic ini masih popular dan mempunyai ramai pengikut. Salah seorangnya ialah Khairul Anwar dari Jempol, Negeri Sembilan. Jentera pujaan hatinya ialah Civic EG8, iaitu versi JDM yang datang standard dengan enjin D15A 1,500cc SOHC VTEC berkuasa kuda 130hp.

Walaupun boleh dikategorikan sebagai enjin yang berkuasa tinggi, namun tak lengkap kalau nak ubah suai Civic macam ini kalau tak gunakan enjin siri B sebagai asas modifikasi. Sebab itu Khairul membawa kereta Civic miliknya ke Yut Racing untuk mendapat khidmat penukaran enjin. Enjin pilihan Khairul bukan calang-calang, tetapi diambil daripada Honda Integra DC2 Type-R atau lebih dikenali sebagai B18C Type-R.

Ia mungkin merupakan salah satu enjin N/A bersesaran 1,800cc paling berkuasa tinggi di dunia. Dengan kuasa di crankshaft sebanyak 200hp, enjin ini masuk tanpa memerlukan ubah suai yang besar pada chasis EG.

Namun, sama seperti banyak modifikasi yang menggunakan enjin siri B sebagai asasnya, enjin ini jarang dikekalkan standard atau tidak dirojak dengan barang lain. Contohnya, enjin ini menggunakan omboh daripada enjin B16B yang mempunyai nisbah mampatan yang lebih tinggi. Aci-aci sesondolnya pun sudah diganti dengan aci sesondol jenis perlumbaan daripada Jun Spec 3. Kepala silinder enjin pula dah dilakukan kerja-kerja port dan polish.

Bahagian inlet manifold diganti dengan inlet Skunk2 Pro Series yang disambung dengan ram udara dan penapis udara ala-Top Fuel. Sistem penyejukan enjin dinaik taraf kepada radiator jenis aluminium jenama Koyo dan semua hos getah asal enjin diganti dengan hos silikon daripada Samco.

Khairul tak lupa untuk menggantikan semua penyuntik bahan api asal kepada penyuntik bahan api cc besar daripada enjin Honda H22A, lengkap dengan pelaras bahan api daripada SARD dan pam bahan api Walbro.

Mungkin aksesori paling ‘rare’ ialah penutup kepala silinder original Spoon yang saya rasa lagi rare daripada penutup kepala silinder Mugen. Lagi rare kerana penutup kepala silinder ini berwarna merah. Agak janggal kerana warna rasmi Spoon lazimnya berwarna kuning dan biru.

Selain penutup kepala silinder, Khairul juga berjaya mendapat kabel palam pencucuh Spoon yang juga satu aksesori yang agak sukar diperolehi. Akhir sekali, enjin ini ditala menggunakan ECU jenis piggyback A’PEXi V-AFC II yang disambungkan kepada kotak ECU J’s Racing.

Tak sempurna enjin VTEC macam ini kalau sistem ekzos tak diusik. Khairul menggunakan sistem ekzos campuran barang custom macam manifold jenis 4-1 dan sistem ekzos 5Zigen Border Max yang lengkap. Bunyinya fuhhh… memang nyaring apabila VTEC dibuka.

Walaupun enjin B18C terkenal dengan kotak gear dengan nisbah akhir 4.785, Khairul mempunyai pendapat yang berbeza dengan pilihan nisbah akhir gearnya. Khairul memilih nisbah gear akhir 4.4 yang diambil daripada kotak gear B16A yang mampu memberi daya pecutan lebih pantas, walaupun terpaksa mengalah dari segi kelajuan maksima. Kotak gear yang dah dirojakkan ini mendapat khidmat klac perlumbaan OS Giken.

Pengendalian EG8 dimantapkan lagi dengan penyerap hentak boleh laras sepenuhnya ZerOne. Tidak cukup dengan itu, sebuah strut bar OEM Integra Type-R dipasang pada bahagian depan dan belakang. Lower arm bar daripada ASR dan Beaks turut dipasang.

Sistem brek pun sudah diberi nafas baru. Khairul memilih sistem brek cakera sepenuhnya yang disalin daripada half-cut Integra Type-R. Kesemua brek cakera itu diapit dengan pelapik brek Nissin.

Percaya atau tidak, Civic EG8 ini asalnya menggunakan rim besi 14 inci sahaja. EG9 asli pun kadang-kadang datang dengan rim besi juga, tapi saiz besar sikit – 15 inci. Civic EG memang tak berapa cantik kalau pakai rim besar-besar.

Enjin VTEC ini pun tak berapa sesuai nak guna rim besar sebab daya kilas enjinnya kecil, walaupun kuasa kudanya besar. Jadi eloklah Khairul menggunakan rim Sprint Hart 15 inci sahaja sebagai rim pilihan untuk Civic dia. Rim ini dibalut dengan tayar-tayar Yokohama Parada bersaiz 195/50/15.

Dari segi rupa, Khairul memilih untuk menggabungkan gaya JDM dan USDM dalam satu pakej. Korang semua tahu yang Civic ini juga popular di Amerika Syarikat. Geng-geng di sana pun ada gaya modifikasi kereta Civic mereka yang tersendiri.

Khairul memilih aksesori asli Civic EG9 spec JDM seperti spoiler bonet belakang, cermin belakang dengan wiper dan bampar depan bersama spot light dan parking pole. Barang-barang asli daripada Jepun ini kemudiannya digabungkan dengan aksesori-aksesori gaya USDM seperti hood cover, lampu isyarat depan berwarna amber, side marker bampar belakang dan rak bumbung daripada Thule.

Di bahagian dalaman, tempat duduk, panel pintu dan papan pemuka diganti dengan aksesori daripada model EG9 spec 1994. Meter asal EG9 yang berwarna putih diganti dengan meter gaya karbon daripada Integra Type-R yang aku pasti datang sekali dengan half-cut enjin. Stereng Momo Integra Type-R juga berjaya dipadankan ke EG ini yang sememangnya hanya bersifat plug & play untuk model kereta ini.

Sejujurnya, saya rasa minat orang pada Civic siri EG takkan surut dalam masa yang terdekat sebab saban hari kami akan jumpa Civic jenis ini yang dah diubah suai macam nak gila. Walaupun harga half-cut enjin semakin mahal, namun tarikan orang pada aspek ubah suai seperti ini tidak pernah padam. Saya tidak hairan kalau tahun 2020 nanti pun masih bersepah kereta macam ini di atas jalan raya di Malaysia.

Sumber : Mekanika
Website :https://www.mekanika.com.my/
Facebook :https://www.facebook.com/MekanikaMalaysia/
Instagram :https://www.instagram.com/mekanika.malaysia/?hl=en
Youtube :https://www.youtube.com/channel/UCW_a5QtfMwZ5gNBhgXBdscQ

Previous Post

NAK MAIN CONTI DENGAN BAJET SEDERHANA? NI ADA CONTOH BMW E34 325i CONVERT M5

Next Post

TOYOTA COROLLA AE80 BLACKTOP

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved