­
Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

Pelancaran Volkswagen Passat R-Line Baharu Ke Pasaran Malaysia

hpmedia webadmin by hpmedia webadmin
14/10/2020
in BULETIN, UTAMA

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) hari ini melancarkan Passat R-Line baharu ke pasaran Malaysia menerusi satu siaran langsung di saluran media sosialnya. Model yang lebih sporty daripada Passat Elegance itu ditawarkan pada hargaRM203,411.18 (tidak termasuk cukai jualan) dan dipasang tempatan di kilang Volkswagen di Pekan.

Mengambil inspirasi daripada model-model Volkswagen R, rangkaian R-Line direka untuk pemandu yang ingin menyerlahkan individualiti dan mahukan sebuah jentera lebih sporty, serta mempunyai nilai hebat. Sedan dinamik itu didatangkan dengan kemasan luaran dan dalaman yang meningkatkan lagi penampilan secara keseluruhannya. Ia merangkumi bampar R-Line di hadapan dan belakang, lencana R-Line pada bahagian sisi, kemasan krom dan rim aloi Verona bersaiz 19”.

Rangkaian Kuasa
Passat R-Line menggunakan enjin turbo 2.0TSI baharu. Dipadankan dengan kotak gear direct shift (DSG) klac basah tujuh kelajuan baharu serta telah ditambah baik, ia mampu menjana kuasa 190PS dan tork 320Nm untuk pengalaman pemanduan yang benar-benar dinamik.

Penjimatan bahan api Passat R-Line cukup mengagumkan dengan anggaran sekitar 6.5l/100 km, berdasarkan kepada data pemanduan dalam dunia sebenar yang digariskan oleh pihak WLTP (Prosedur Ujian Kenderaan Ringan Seluruh Dunia). Untuk pemanduan mengujakan, Passat R-Line baharu didatangkan dengan ciri Dynamic Chassis Control (DCC) yang menawarkan pilihan sehingga 15 peningkatan.

Pemandu juga boleh memilih salah satu daripada tiga mode pemanduan yang disediakan iaitu sport dengan peredam lebih keras, comfort atau normal. Dengan ciri Driving Mode Selection (DMS), pemandu boleh memilih corak pemanduan yang disukai sama ada Eco, Comfort, Normal, Sport dan Individual yang boleh diubah suai.

Ruang Kokpit
Untuk ruang kabin pula, kemasan R-Line dapat dilihat pada tempat duduk ErgoComfort dengan 14 tetapan. Tempat duduk pemandu juga hadir dengan fungsi urutan dan memori. Sterengnya dibalut kulit Nappa gayaan karbon berwarna hitam, selain pedal sports aluminium serta kemasan bumbung hitam. Digital Cockpit bersaiz 11.7” menawarkan tahap kejelasan terbaik menerusi paparan warna beresolusi tinggi seperti sebuah telefon pintar premium.

Skrin itu menawarkan enam pandangan skrin boleh ubah yang diakses secara pintar di hujung jari bersama pilihan 30 kombinasi, termasuklah navigasi 2D dan 3D. Sistem infohibur boleh diakses menerusi skrin sentuh Discover Pro bersaiz 9.2”. Navigasi sistem tersebut boleh dilakukan dengan mudah menerusi arahan suara, kawalan gestur dan skrin yang boleh dibahagikan kepada tiga bahagian.

App-Connect boleh digunakan dengan Android Auto, Mirrorlink pula menggunakan Type C USB, selain ketersambungan Apple Car Play tanpa wayar.

Keselamatan
Volkswagen tidak pernah berkompromi dari segi keselamatan. Jadi, Passat R-Line baharu padat dengan ciri keselamatan premium. Ini termasuklah ciri Rear Cross Traffic Alert dengan julat pengesanan 180 darjah sehingga 50 meter. Ciri Side Assist pula membantu mengesan objek di kawasan titik buta sehingga 70-meter dengan jarak pengesanan 110 darjah apabila kenderaan ini bergerak.

Satu lagi ciri keselamatan penting ialah sistem Electronic Differential Lock (XDS) yang berfungsi menambah baik aspek cengkaman dan mengurangkan masalah understeer. Passat R-Line dilengkapi ciri Tyre Pressure Monitoring System baharu yang memantau tekanan setiap tayar. Manakala brek pergerakan pula akan menekan brek secara automatik untuk menghalang pelanggaran apabila ia mengesan objek pada kelajuan sehingga 10km/j.

Ciri keselamatan lain yang didatangkan sebagai standard ialah Electronic Stability Control (ESC), brek anti kunci (ABS), Brake Assist (BA), Intelligent Crash Response System (ICRS), Hill-hold Control, Automatic Post-Collision Braking System dan Proactive Passenger Protection System.

Ruang dan Kemudahan
But Passat R-Line menawarkan ruang seluas 586 liter. Manakala fungsi Easy Open tanpa sentuhan menggunakan sensor pada bahagian belakang untuk membuka but secara elektronik apabila mengesan pergerakan kaki pemandu di bawah bampar belakang.

Sistem Bunyi
Passat R-Line baharu hadir denggan sistem bunyi Helix 300W Soundbar bernilai RM2,400. Aksesori yang perakui oleh Volkswagen ini dihasilkan oleh pakar audio hi-fi, HELIX dan dipasang di ruang penyimpanan barang kenderaan.

Soundbar itu merupakan sebuah amplifier 5 saluran dengan pemproses bunyi dan subwoofer bersepadu. Ia dilihat akan meningkatkan lagi kualiti dan kejelasan sistem bunyi Passat yang sudah sedia bagus menerusi keliberasi profail bunyi yang tepat.

Warna
Passat R-Line didatangkan dalam enam warna. Warna metalik ialah biru, coklat, kelabu dan perak. Dua warna mutiara iaitu hitam dan putih juga ada ditawarkan tanpa caj tambahan.

Harga
Passat R-Line baharu ditawarkan pada harga cadangan RM208,888. Ia hadir bersama penyelenggaraan percuma selama 3 tahun, jaminan selama 5 tahun tanpa had perbatuan dan bantuan tepi jalan untuk 5 tahun. Dengan pengecualian cukai yang diberikan oleh kerajaan sekarang, Passat R-Line baharu kini berharga RM203,411 sehingga 31 Disember 2020.

Promosi Hujung Minggu
Pada hujung minggu ini, bermula 17 hingga 18 Oktober, para pengedar Volkswagen di seluruh negara akan menganjurkan satu acara secara maya.

Acara tersebut melibatkan penerangan lanjut tentang Passat R-Line baharu di mana pelanggan dijemput untuk menghantar soalan dan berinteraksi dengan perunding jualan menerusi Facebook Live dari rumah masing-masing.

Pelanggan yang membuat tempahan sepanjang hujung minggu ini akan menikmati rebat tambahan sebanyak RM2,000. Di samping penjimatan ekslusif berjumlah RM3,500 ke atas semua rangkaian model Passat melalui Volkswagen eShowroom.

Rebat tambahan sebanyak RM1,000 juga ada ditawarkan ke atas model-model Volkswagen yang lain, kecuali Polo.

Untuk maklumat lanjut, sila ikuti Facebook pengedar Volkswagen kegemaran anda atau layari laman web: https://www.volkswagen.com.my/dealer-locator

Sumber : Mekanika
Website :https://www.mekanika.com.my/
Facebook :https://www.facebook.com/MekanikaMalaysia/
Instagram :https://www.instagram.com/mekanika.malaysia/?hl=en
Youtube :https://www.youtube.com/channel/UCW_a5QtfMwZ5gNBhgXBdscQ

Previous Post

Honda City Generasi Ke-5 Dilancarkan Hari Ini

Next Post

Hari Keluarga Yang Menghimpunkan Ahli-ahli dari Utara, Selatan, Timur dan Barat!

CAPAIAN

  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved