Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

TOYOTA COROLLA SEG 4 THROTTLE

hpmedia webadmin by hpmedia webadmin
04/09/2014
in MODIFIKASI, UTAMA

Jenama Toyota dengan negeri Sabah memang tak boleh dipisahkan, ibarat lagu dan irama.

Kisah percintaan orang Sabah dengan jenama Toyota mungkin bermula dengan Toyota Land Cruiser yang satu masa dahulu, cukup banyak digunakan di kawasan balak di sana. Ia terbukti sangat lasak dan boleh diharap dalam keadaan yang ekstrem.

Mungkin dari situ, model-model lain buatan Toyota seperti Corolla digunakan dengan meluas. Tidak lupa juga, kereta-kereta yang diimport. Harus tahu bahawa Sabah cukup banyak menyimpan khazanah-khazanah hebat buatan Toyota seperti Celica, Supra dan AE86.

Perjalanan ke Tawau, Sabah menemukan kami dengan pelbagai model Toyota yang diubahsuai. Salah salahnya ialah Corolla kuning ini. Corolla SEG keluaran tahun 1994 ini dimiliki oleh Fauzi, anak jati Tawau yang bekerja sebagai juru elektrik.

Corolla SEG mungkin model Corolla yang paling popular dijadikan bahan modifikasi. Bukan sahaja di Sabah, malah di Semenanjung. Semua ini disebabkan oleh satu faktor iaitu enjin 4AGE 4 Throttle.

Ya, enjin 4 throttle buatan Toyota boleh dikatakan macam plug and play sahaja untuk dimuatkan ke chasis Corolla SEG, sama ada buat model AE101 atau AE111. Model terdahulu, AE92 juga tidak mempunyai masalah untuk disumbat dengan enjin ini. Maka, tidak hairanlah jika kereta ini pun menggunakan enjin 4AGE 4 Throttle.

Fauzi memilih enjin daripada siri Black Top daripada model AE111 yang mempunyai teknologi VVT. Enjin ini tak banyak diusik dari segi peralatan aftermarket, cuma beberapa aksesori bolt-on digunakan. Antaranya ialah penapis udara jenis pod terbuka A’PEXi dan dipasang kepada enjin menggunakan ram pipe custom.

Kabel palam pencucuh Aerospeed kemudiannya dipasang. Kepala silinder enjin juga telah menjalani kerja-kerja port dan polish. Sistem bahan api enjin Corolla ini dipertingkatkan dengan pam bahan api Walbro. Sebuah perangkap pelincir jenama Cusco turut dipasang. ECU standard enjin diubah suai dengan semua ECU asal ditala semula untuk lebih prestasi.

Gas-gas disalur melalui paip ekzos rekaan custom yang berdiameter 2.3 inci dan diakhiri dengan peredam bunyi buatan Jepun, 5Zigen. Kombinasi ekzos yang berbentuk leper ini tidak menghasilkan bunyi yang terlalu bising, cuma bunyi bass yang sedap didengar dari luar atau dalam kenderaan.

Satu perkara menarik tentang ubahsuai Corolla ini ialah Fauzi layan gear automatik sahaja. Gear automatik empat kelajuan ini membuatkan Fauzi berasa amat relaks ketika memandu.

Untuk mendapat pengendalian yang lebih baik (termasuk merendahkan kereta dengan cara yang selamat), Fauzi menggunakan penyerap hentak boleh laras daripada GAB. Sebuah strut bar Cusco dipasang untuk mengukuhkan lagi bahagian depan kereta.

Pilihan rim dan tayar ialah kombinasi rim Black Racing Pro N1 berdiameter 16 inci. Tayar-tayarnya pula daripada Dunlop bersaiz 205/45/16. Untuk bahagian brek, Corolla ini menggunakan brek Levin AE101 yang boleh disalin terus ke Corolla SEG ini tanpa sebarang masalah. Brek-brek cakera berliang berkenaan diangkup oleh pelapik brek Bendix Metal King.

Apa yang menarik tentang Corolla ini tentunya aksesori JDM asli yang digunakan. Tak payah nak buang duit masuk bodykit mencarut sebab aksesori JDM tetap yang terbaik, betul tak?

Fauzi mengubah penampilan bahagian hadapan Corolla ini dengan memasang bampar depan Corolla FX AE101, iaitu model dua pintu hatchback Corolla SEG yang hanya dijual di Jepun. Gril depan pula dipasang dengan gril Corolla Touring Wagon AE101.

Selepas tu, Azmi berjaya mendapat sepasang skirting sisi Yakuza, iaitu bodykit JDM untuk Corolla SEG dari Jepun. Skirting sisi itu digandingkan dengan skirting bumpar belakang yang diambil daripada model Corolla Wagon AE101.

Di bonet belakangnya, sebuah spoiler jenis “duck tail” buatan custom dipadankan. Akhir sekali, kereta ini dicat dengan warna kuning Ferrari yang menjamin setiap orang di atas jalan raya akan memandangnya.

Pada bahagian dalam kereta, Azmi sudah melakukan beberapa modifikasi yang bersesuaian dengan konsep JDM yang diinginkan. Tempat duduk depannya dinaik taraf dengan tempat duduk OEM Subaru Impreza WRX. Papan pemuka pula diambil daripada model AE101 Wagon. Aksesori elektronik tunggal yang digunakan ialah sebuah turbo timer A’PEXi.

Tengok modifikasi kereta macam ini membuatkan ramai yang mahu kembali ke zaman 1990-an. Inilah zaman kegemilangan kereta-kereta buatan Jepun. Paling penting, zaman itu harga minyak di Malaysia cuma RM1.20 seliter. Huhuhu…

Sumber : Mekanika
Website :https://www.mekanika.com.my/
Facebook :https://www.facebook.com/MekanikaMalaysia/
Instagram :https://www.instagram.com/mekanika.malaysia/?hl=en
Youtube :https://www.youtube.com/channel/UCW_a5QtfMwZ5gNBhgXBdscQ

Previous Post

MAZDA FAMILIA GTX B8 POWER!

Next Post

TOYOTA COROLLA LIFTBACK TE71

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved