Bila Wira je bersangkut dengan Evo… Memang itu ajelah dari dulu sampai sekarang. Mitsubishi dan Proton memang sudah sinonim kerana kebanyakan jentera dari Proton adalah diilhamkan dari jenama terkenal di Jepun ini. Orang Malaysia pula sememangnya ‘addicted’ sangat, maka tidak hairanlah ‘half-cut’ yang ada ni bawa masuk segala datuk nenek Evo yang ada termasuklah aksesori yang kadang-kadang tak masuk akal harganya. Itu baru Mitsubishi, belum jenama-jenama yang lain lagi.
Wira Aeroback ini asalnya sempurna dan masih dara. Namun, apabila ownernya sudah agak bosan dengan yang sedia ada, maka diberikan sumpahan kepada jenteranya ini. Sebagai seorang peniaga, maka tidak hairanlah untuk Zaidi yang juga ‘founder’ Abang Chik Kuey Teow Kerang ini untuk melakukan sesuatu ke atas jentera buatan Malaysia milik beliau.
Nadi 1.6 asal jentera ini dikeluarkan dari ruangan perutnya dan digantikan dengan enjin 4G63T. Nadi baru yang digantikan ini tidak dibiarkan stok. Agak boring katanya memandu kereta yang standard. Maka, bermulalah pelbagai ramuan yang dikeluarkan oleh ErDi Workshop.
Piston asal telah digantikan dengan piston 2Jz yang mendiami ruangan blok 2.2. Bearing berjenama King telah menggantikan kesemua yang asal. Kepala silindernya pula dipadankan bersama aci sesondol HKS 272 degree yang diikatkan bersama pulley boleh laras juga dari HKS. Beberapa peralatan berprestasi turut dipakaikan pada enjin ini antaranya unit ‘throttle body’ S90 70mm, turbo AR50, wastegate Tial, ‘blow-off’ GReddy, intercooler Nissan Skyline R32 dan oil palam pencucuh K20. Sistem penyejukkan enjin dibantu oleh radiator aloi dari HKS. Sistem penghantaran bahan api dinaik taraf dengan bantuan pam Walbro 255lph yang.
Gas karbon monoksida dari dalam enjin keluar melalui ekstraktpr banana rekaan Tonnka yang disambungkan dengan sistem ekzos tahan karat berukuran 3 inci. Penjanaan kuasa yang dihasilkan seterusnya dihantar ke bahagian roda melalui kota gear Evo 3 lengkap dengan LSD serta klac 3 kaki berprestasi tinggi. Sistem pengurusan enjin pula menjadi tanggungjawab dari ecu Microtech LT10 untuk memastikan segala setting yang dilakukan lebih baik dan tidak mendatangkan masalah apabila kuasa maksima dipacu sehabisnya.
Untuk keselesaan dan pelarasan ketinggian kenderaan, sistem penyerap hentak boleh laras asli ‘aftermarket’ dari Jepun dijadikan pilihan bersama-sama pillow-ball Sard. Sistem pemberhentian jentera ini turut dinaik taraf dengan sistem brek lengkap dari Evo 3 keseluruhannya. Tiada lagi istilah brek AAAAA untuk jentera yang memiliki kuasa luar biasa.
Ruang dalam jentera ini kelihatan ringkas sahaja. Tempat duduk Sparco dan juga stereng Momo adalah tarikan utamanya. Seperti biasa, penampilan luar haruslah nampak ianya seperti sebuah Evo. Kit badan depan Evo 3 dipasangkan manakala di bahagian bumbung pula dipasangkan dengan sunroof 2 step yang diambil dari sebuah model Toyota. Rim berukuran 17 inci yang tidak dapat dipastikan jenisnya telah dipasangkan dan dipadankan dengan tayar Toyo.
Kalau lihat dari gambar, korang boleh teka tak berapa owner dia dah habis duit? Lawa oiii!
SPESIFIKASI
- Pemilik – –
- Pengeluar – Proton
- Model – Wira Aeroback
- Tahun – –
- Modifikasi Enjin – 4G63T Piston 2J, Blok 2.2, Bearing KING, Cam HKS 272, Pully Cam adjustable HKS, Thorttel body S90 70mm, Coil Plug K20, Turbo AR50, Banana TONNKA Ori, Wastegate TIAL US, Blow Off GREDDY, Fuel pump WALBRO255, fuel tank 4wd Original Evo 3, Radiator Alloy HKS, Piping engine full 3 inch stainless steel, Intercooler R32 skyline
- Transmisi – Gearbox Evo 3 2wd LSD, Clutch Plate Racing 3 kaki
- Ekzos – –
- Luaran – Bodypart Evo 3, Sunroof Toyota 2 step
- Suspensi – Lower arm Original Full Evo 3, Asorber Adjustable Japan 4pc High Low 2 step, Pillowball SARD
- Brek – Brake Disc Fully Evo 3
- Rim & Tayar – Rim 17”, tayar TOYO TIRES
- Dalaman – Seat SPARCO, Stereng MOMO
- Bengkel – ErDi Workshop Penaga