Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

RB POWERED MERCEDES-BENZ 190E

hpmedia webadmin by hpmedia webadmin
04/08/2014
in MODIFIKASI, UTAMA

Tidak boleh kita sangkal bahawa enjin Jepun memang sangat reliable, tahan lasak dan senang nak dibaiki.

Kalau bandingkan kapasiti, enjin Jepun menang dari banyak aspek. Ini berikutan kekangan di Jepun, enjin yang besar maksudnya cukai tinggi dan shaken (inspection) pun mahal tak ingat.

Sebelum kedatangan Nissan Skyline, kereta sports berkuasa tinggi dalam industri datang dari Itali, Britain atau Amerika Syarikat. Apabila Jepun berjaya menghasilkan enjin 6 selinder sebaris yang kecil dengan turbo, ia mengejutkan dunia.

Sebagai contoh, pengkadaran kuasa kuda bagi setiap liter enjin Skyline lebih tinggi berbanding sebuah Ferrari F40. Apabila dikira dari segi nisbah kepada berat bersih HP per tan juga, RB26DETT masih enjin yang berada di kedudukan tertinggi.

Seperti yang saya pernah cerita sebelum ini, enjin RB26DETT adalah kemuncak kejayaan siri RB dan sebabnya ialah GT-R. Ia tidak berkongsi dengan kereta lain. Versi kecil tetapi pasaran luasnya ialah RB25DET yang tak kurang hebatnya.

Hilang beberapa kilo tork dengan pengkadaran AFR yang disesuaikan dalam banyak jenis kereta untuk ekonomikal dan transmisi automatik, RB25DET adalah contoh baru yang menjadikan dunia motorsport meriah.

Untuk memeriahkan lagi dunia motorsport di Terengganu, Hasnin telah melangkah setapak ke depan dengan membuat semula Mercedes 190E lama ini. Kalau ikut garis reka bentuk, 190E memiliki transisi bentuk moden dan klasik.

Parkir sebelah E92 pun tidak nampak perbezaaan usia yang ketara. Walaupun pada hakikatnya, kereta ni dah nak mencapai status klasik. Pada zaman kegemilangannya, ia mengekori kejayaan cemerlang 124 E-Class.

Idea untuk membina semula kereta ini timbul selepas sedar bahawa kalau dimodifikasi enjin asal memang tak ke mana. Setelah bertanya ramai orang dan mengumpul pendapat, Hasnin memilih enjin RB25DET dan bukannya 2JZ seperti yang biasanya dibuat. Kata pomen yang buat kereta ni, masuk enjin RB pun tidak susah sebab kedudukan cagaknya yang tidak lari jauh.

Enjin ini bukan sahaja duduk kemas, tetapi pemasangannya juga teliti. Walaupun wayar nampak berselirat, kalau belek dekat-dekat, nampak macam enjin asal dari kilang yang dah lama usianya. Penutup rocker dicustomkan dengan ‘MERCEDES BENZ 2.5 24V’ yang bagi saya satu idea bijak. Macam gabungan AMG Dengan NISMO pula saya rasa.

Enjin tidak banyak diusik kecuali penambahan penapis udara HKS, paip stainless steel dibuat semula dengan hos Samco, sebuah radiator aluminium Mines dan intercooler HKS. Tersorok sedikit daripada paip luar ialah blow-off APExi dengan boost yang ditetapkan pada paras 1 bar. 1 bar je? Cukuplah buat apa nak cari pasal dengan enjin yang baik hati? Sistem ekzos ditingkatkan dengan paip Blitz 3 inci sampai ke belakang yang dibisingkan oleh peredam bunyi Fujitsubo Giken.

Hasnin menggabungkan enjin ini dengan transmisi manual lima kelajuan dan klac Nismo. Dah berapa kali saya cuba RB dengan transmisi auto, tak best langsung. Masalah sistem transmisi lama, ia bergerak secara konvensional. Kalau boleh gabungkan RB dengan DSG, saya percaya enjin lagi power dan minyak tidaklah pelahap melampau.

Secara teori, enjin Jepun dengan kereta conti akan menghasilkan kuasa dan realibiliti pemanduan yang best. Penentuan best itu sebenarnya bergantung pada pengendalian yang menjadi sangat kritikal sebab bila anda buat transformasi enjin dan bukan berdasarkan konfigurasi kilang.

Mendapatkan ketetapan jajaran memang mencabar dan suspensi yang bagus biasanya dapat menyelesaikan masalah tersebut. Kereta ini dipasangkan dengan suspensi aftermarket Bilstein yang mengikut spec asal Benz bersama spring APEXi. Breknya pula dipertingkatkan dengan brek 124 dan pad Bendix.

10 tahun dulu kalau pasang rim 18 pada kereta ni nescaya akan membuatkan satu kampung riuh-rendah. Sekarang orag dah tak peduli. Jazz atau Myvi pun dah bersepah yang guna. Terima kasih kepada tayar China dan Indon serta rim Taiwan. Kereta ini menggunakan tayar Bridgestone bersaiz 225/40 di depan dan Goodyear 255/35 di belakang.

Bahagian dalaman nampaknya masih mengekalkan keaslian Mercedes. Keaslian? Maksud saya, papan pemuka dan tempat duduk tidak diganti dengan SPG atau Type-R. Stereng Nardi STI itu bagaimanapun macam kontras dengan kereta ini. Penambahan lain ialah bosst meter Blitz, sistem audio Alpine dan knob gear Momo.

Bahagian luar banyak didominasi oleh AMG. Bonet dan bampar belakang itu versi AMG dan skirtnya Cosworth. Kalau anda nak tau, 190E ada model flagship yang dipanggil Evolution. Dia punya wing belakang tu dah serupa Mitsubishi Evo 3.

Sumber : Mekanika
Website :https://www.mekanika.com.my/
Facebook :https://www.facebook.com/MekanikaMalaysia/
Instagram :https://www.instagram.com/mekanika.malaysia/?hl=en
Youtube :https://www.youtube.com/channel/UCW_a5QtfMwZ5gNBhgXBdscQ

Previous Post

MODIFIKASI RETRO: VOLVO 245 WAGON TURBO

Next Post

KELISA DAIHATSU YRV

CAPAIAN

  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved