Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

N/A Fighter; Nampak biasa, Tetapi Berbisa…

hpmedia webadmin by hpmedia webadmin
03/09/2020
in MODIFIKASI, UTAMA

Rekaan kereta Toyota dari zaman 90an memang tetap menjadi igauan sehingga sekarang. Ramai je player model Toyota ni cuma tak ramai yang ke depan dengan jentera hebat masing-masing. Kalau sebut Supra, pasti ramai yang meleleh air liur tapi kena tahu juga, model-model bawahnya juga tidak kurang hebatnya. Tak perlu ada turbo pun dan boleh buat kita jadi sengsara.

Toyota AE111 salah satu model yang cantik dipandang. Kena dengan gayanya, pasti model ini akan tampak cantik dan hebat. Kalau nak cantik dan laju, perlulah berbelanja sedikit. Enjin asal jentera yang dipaparkan pada kali ini hanya berkuasa 1600cc sahaja dan datang pula dengan gearbox auto. Oleh yang demikian, Azizul Apap mengambil keputusan untuk menggantikan 4AGE Blacktop untuk menjadi daya penggerak baru untuk keretanya ini. Majoriti alat ganti pada nadi ini masih lagi asli. Tetapi untuk sedikit tambahan kuasa, ianya telah diubahsuai sedikit.

Pam bahan api Walbro dipasang untuk penghantaran petrol ke enjin menjadi lebih lancar. Kabel plug Ultra pula dipasangkan untuk kuasa percikan kuasa lebih baik. Selain itu, beberapa peralatan lain yang turut digantikan adalah header 4-2-1 Jasma, plenum dan trumpet dari Toms, pelindung palam pencucuh dari Toms, penutup radiator Toms, plat penyejukkan enjin Beatrush, serta penutup minyak enjin juga dari Toms.

Kuasa dari enjin disalurkan ke bahagian roda melalui kotak gear C56 yang dihuni oleh klac dan cover dari Triniti. Segala gas beracun dari enjin dihantar keluar melalui sistem ekzos tahan karat digabungkan bersama perendam bunyi dri Jasma.

Kuasa berhenti jentera ini dipertanggungjawabkan kepada sistem brek asal yang mampu lagi berkhidmat dengan cemerlang. Untuk keselesaan dan sesi pemanduan yang lebih baik, sistem penyerap hentak Tein (HLSH) dipakaikan untuk bahagian depan manakala Kayaba New SR untuk belakang.

Ruang dalaman jentera ini menggunakan tempat duduk SR3 bagi pemandu manakala penumpang depan dan belakang dari model GT111. Gaya pemanduan dicorakkan melalui kawalan dari stereng Personal Toms dipadankan bersama tombol gear juga dari jenama yang sama. Beberapa aksesori lain menambah lagi keceriaan pada jentera ini.

Antaranya seperti meter Euro, meter Ultra Speed, papan pemuka dan juga ‘door trim’ dari GT111, karpet dari model Corolla Wagon serta unit hiburan Kenwood single din bersama-sama pembesar suara Toyota 3 way. Di bahagian luar, penampilan bergaya AE111 ini diperhebatkan dengan ‘facelift’ dari model GT111 yang lengkap dengan lampu dan signal “smoke” serta “grill mesh” rekaan kustom dari Jepun.

Bahagian bumpar dan spoiler belakangnya pula diambil dari model Sprinter. Menurut pemiliknya, lampu belakang jentera ini boleh dikatakan ‘rare’ dan agak sukar untuk didapati di pasaran. Hood depannya pula dari jenama FRP Japan. Rim Kosei M2R dibaluti tayar Toyo Proxes TR1 berukuran 15 inci memastikan jentera ini akan tampak lebih menarik dan menawan.

Simple tetapi biasalah, kalau dah main barang-barang JDM ni kenalah kental lebih-lebih lagi model yang tak ramai player. Pasti harga barang pun boleh tahan keras cokeng!

SPESIFIKASI

      • Pemilik – –
      • Pengeluar – Toyota
      • Model – AE111
      • Tahun – –
      • Modifikasi Enjin – 4AGE 20V, adjustable campulley kustom Japan, fuel pump Walbro, kabel plug Ultra, header 4-2-1 Jasma, plenum & trumpet Toms, plug cover Toms, radiator cap Toms 1.3 bar, engine oil cap Toms, cooling plate Beatrush
      • Transmisi – Gearbox C56, klac & cover Triniti
      • Luaran – Facelift GT111, lampu depan & signal smoke, grill mesh custom Japan, side skirt GT111, side mirror GT111, door visor GT111, lips belakang GT111, bumper balakang Sprinter, soiler Sprinter, lampu belakang (merah putih) aftermarket
      • Suspensi – Tein HLSH (depan), Kayaba New SR (belakang)
      • Brek – OEM AE111, steel braided hose
      • Rim & Tayar – Kosei M2R 7jj et35, tayar Toyo Proxes TR1 195/55R15
      • Dalaman – Seat SR3 (driver), seat GT111 (penumpang), stereng Personal Toms, Meter Euro, meter Ultra Speed, tombol gear Toms, Kenwood single din, speaker 3-way Toyota, karpet Corolla Wagon, dashboard & dorr trim GT111
      • Workshop – IRF Auto Service, Iskandar Auto Bodywork, Amcat Autogarage, One Stop Garage, Adon Garage
Previous Post

Proton Catat Peningkatan, Mengatasi Jumlah Jualan Tahun Lepas

Next Post

Family Affair, Dah Berkeluarga Bukan Halangan Untuk Layan Modified

CAPAIAN

  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved