Tesla Inc. meminta Persekutuan Suruhanjaya Komunikasi (FCC) agar memberi kelulusan kepada pasaran peranti sensor pergerakan interaktif jarak dekat dalam membantu membendung kanak-kanak tertinggal di dalam kenderaan. Peranti berkenaan dapat mengelak ibu bapa ataupun penjaga daripada tertinggal kanak-kanak di dalam kenderaan terutama pada cuaca panas malah ia mampu meningkatkan sistem mengelak kecurian.
Pengeluar kenderaan California itu meminta keizinan menggunakan sensor gelombang milimeter tidak berlesen yang dapat beroperasi pada tahap kuasa lebih tinggi berbanding mengikut peruntukan undang-undang sedia ada. Tesla berkata teknologi radar gelombang milimeter memiliki kelebihan berbanding sistem sensor lain seperti menggunakan kamera ataupun sistem pengesan tempat duduk penumpang.
Sistem berasaskan radar memberi persepsi lebih mendalam dan dapat ‘melihat’ melalui bahan lembut seperti selimut yang menutupi anak.
“Ia juga dapat membezakan antara anak dan objek yang ditinggalkan di tempat duduk sekali gus mengurangkan amaran palsu. Selain itu, sistem berkenaan dapat mengesan pergerakan mikro seperti pola pernafasan dan degupan jantung,” katanya.
Tesla menambah pengimejan radar, dapat menilai ukuran badan bagi penggunaan beg udara secara optimum sekiranya berlaku kemalangan. FCC meminta pandangan orang ramai berhubung permintaan Tesla sehingga 21 September ini.
Selain Tesla, Valeo North Amerika turut mengemukakan permintaan pada bulan Mac berhubung peranti pemantauan keselamatan di dalam kenderaan yang dapat mengesan kanak-kanak. Pemintaan masih dalam pertimbangan FCC.
Menurut National Highway Traffic Safety Administration lebih 50 kanak-kanak meninggal dunia ketika ditinggalkan di dalam kenderaan pada tahun 2019 dan 2018. Daripada jumlah tersebut, 54 peratus disebabkan mereka terlupa anak berada di dalam kenderaan. – agensi.
Sumber : Mekanika
Website :https://www.mekanika.com.my/
Facebook :https://www.facebook.com/MekanikaMalaysia/
Instagram :https://www.instagram.com/mekanika.malaysia/?hl=en
Youtube :https://www.youtube.com/channel/UCW_a5QtfMwZ5gNBhgXBdscQ