Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

PERODUA KANCIL L200S

hpmedia webadmin by hpmedia webadmin
04/02/2014
in MODIFIKASI, UTAMA

PERODUA KANCIL L200S

Kancil menyatukan budaya modifikasi di Malaysia, memajukan industri, selain membolehkan graduan dan budak-budak lepas sekolah main kereta tanpa rasa terbeban. Beli Kancil terpakai baru berapa sahaja sekarang, lagi murah daripada Yamaha LC.

Saya pernah pandu, main dan jual beli Kancil beberapa kali. Nasib baik sekarang tinggal di rumah bertingkat-tingkat dengan parkir terhad. Kalau tidak, boleh sahaja beli sebuah Kancil buat main.

Kereta ini milik Mohd Hafisal Othman dari Johor. Dia memang suka sangat main kereta sampaikan bahagian belakang Kancil pun dikerat untuk masukkan bodypart Mira. Itulah seronoknya apabila main kereta yang half-cutnya hanya Malaysia yang beli.

K-Car ini banyak di Jepun. Selepas dipotong, tidak ada negara lain yang beli. Saya rasa kalau Suzuki dan Subaru buat K-Car di Malaysia, mungkin jalan raya sekarang penuh dengan K-Car JDM.

Hafisal memulakan ubah suai dengan menukar enjin lemau Kancil 660 tahun 1999 kepada mesin L200S yang ada LSD itu. Dalam banyak-banyak keluarga L2, L200S EF-JL ialah enjin yang paling mantap dan senang dijaga.

Kalau anda jenis yang tak kisah sangat dengan enjin power ke tidak, tak payah masuk L5, L200S pun dah cukup. Senang nak dijaga dan alat gantinya banyak. Hingga ke hari ini, saya dimaklumkan bahawa barang-barang enjin kereta ini masih berada pada harga munasabah. Walaupun kereta-kereta Mira lama sudah hampir pupus di Jepun.

Enjin ini boleh dimasukkan terus ke dalam bay Kancil tanpa perlu modifikasi. Dalam Kancil putih ini berkilat-kilat rocker kerana dicelup krom. Intercooler tak payah alih depan. Top mount dah cukup, pasang injap blow-off HKS dan kabel elektrik Ultra. Ekzos satu set RSR Magic dari depan sampai belakang. Bar penstabil 4 point itu pun dicelup krom dan siaplah sebuah enjin yang menawan!

Jujurnya, saya memang suka muka L512 hidung separuh ini. Bentuk lampu utama serta lambu kabus/isyarat di bawahnya buat kereta kecil ini nampak lebih gempal dan bulat. Bodypart ini walaupun tak boleh dipasangkan secara bolt-on, kerja fabrikasi kimpalannya tidaklah susah sangat. Sambung fender sahaja.

Jadi, macam mana dengan bahagian belakang? Dahulu, ramai peminat Kancil ragu-ragu untuk pasang bodypart belakang L5, tapi sekarang tidak lagi. Cantik pula tu apabila dipadankan dengan bampar singkat dan spoiler L5 yang sedikit senget.

Skirting ditukar kepada skirting L5. Akhir sekali, bumbungnya dipotong dan digantikan dengan jenis kanvas top yang diambil daripada Mira Parco. Bila belek banyak kali, memang cantik kereta kecil ni!

Untuk menyerlahkan lagi sebuah Kancil, sudah tentu kena ada rim yang power. Jadi Hafisal memilih rim SSR Type C RS 15 inci. Ini original, tengok dari jauh pun boleh kenal bukan cap ayam punya.

Rim disarungkan dengan tayar Kumho bersaiz 165/50 di segenap sudut. Breknya disalin dengan brek L512 depan belakang dan suspensinya pula daripada RSR.

Bahagian dalaman pula memang lengkap dari segi peralatan asas dan aksesori. Platform yang dipilih ialah L500 dengan karpet merah dan alas kaki. Kerusi L5 batik, papan pemuka L5, pedal Mira Club, tali pinggang keledar dan banyak lagi. Aksesori pula terdiri daripada jam L5, burger letak barang pada papan pemuka dan sistem audio penuh Carrozeria.

Mengikut firasat saya, hidup Kancil tak akan berubah, sekurang-kurangnya untuk lima tahun lagi. Bengkel modifikasinya makin bertambah, meriah dan ramai orang. Runner yang jual barang Mira pun bukannya sedikit. Tak percaya buka mudah.my berapa banyak senarai Kancil Mira sekali taip. Hah cuba!

SPESIFIKASI

      • Model: Perodua Kancil /1999
      • Enjin: EF-JL L200S 660 turbo intercooler, injap blow-off HKS, ekzos RSR
      • Kotak gear: Manual 5 kelajuan, klac Greddy, LSD
      • Suspensi: RSR Magic
      • Brek: L512
      • Rim: SSR Type C RS 15 inci
      • Tayar: Kumho 165/50
      • Dalaman: Papan pemuka, tempat duduk L5, karpet, jam, burger dan audio Carrozeria
      • Luaran: Bodypart L512, canvas top Mira Parco

 

Sumber : Mekanika
Website :https://www.mekanika.com.my/
Facebook :https://www.facebook.com/MekanikaMalaysia/
Instagram :https://www.instagram.com/mekanika.malaysia/?hl=en
Youtube :https://www.youtube.com/channel/UCW_a5QtfMwZ5gNBhgXBdscQ

Previous Post

MERCEDES-BENZ W115 KLASIK

Next Post

MITSUBISHI TRITON EKSTREM

CAPAIAN

  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved