Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

RESTOMOD – TOYOTA CELICA TA22

hpmedia webadmin by hpmedia webadmin
04/12/2013
in MODIFIKASI, UTAMA

Kalau anda ingat Toyota AE86 ialah satu-satunya kereta lagenda buatan Toyota, anda memang silap besar. Sebenarnya ada satu lagi model Toyota yang boleh diklasifikasikan sebagai lagenda dan model itu ialah Celica TA22.

Jangan terkejut kalau tengok orang buka harga ‘gila-gila’ di internet untuk model macam ni. Kalau dulu orang jual bawah RM10,000, sekarang kalau kondisi cantik, semuanya berharga RM30,000 ke atas.

Kereta ini sebenarnya, kalau dinilai dari segi rare, tidaklah terlalu rare kerana banyak juga yang dieksport masuk ke Malaysia dari Jepun. Kecuali jika anda dapat model GT yang datang dengan enjin 2T-G DOHC 1600cc dan karburator Solex atau Mikuni berkembar. Haa… Ini baru betul rare! Kalau dapat enjin 2T biasa sahaja, berlambak sebenarnya.

Tetapi tak kisahlah. Memandangkan kereta ini pun dah berusia 40 tahun, jadi agak rare juga sekarang. Shim yang berasal dari Tawau, Sabah sememangnya seorang peminat kereta klasik keluaran Jepun, walaupun umur dia sebenarnya masih muda.

Bagi saya, ini adalah perkembangan positif untuk senario kereta klasik di Malaysia sebab geng pelapisnya ramai.

Mengubah suai Celica ini tak berapa susah sebenarnya. Untuk lebih kuasa, elok juga enjin 2T asalnya diganti baru. Sudah tentu enjin yang paling cocok ialah enjin 4AGE 1600cc daripada satu lagi lagenda Toyota, iaitu Levin AE86.

Enjin blok kecil ini merupakan enjin spesifikasi perlumbaan yang lasak, berkuasa dan cukup senang untuk diubah suai. Tak percaya? Kereta drift D1 di Jepun boleh mencecah kuasa 200hp tanpa bantuan turbo atau sistem pengubah injap yang canggih!

Okay la, secara jujurnya, enjin 4AGE yang digunakan pada Celica ini tidak lah banyak sangat diubah suai. Namun, cukup untuk mengeluarkan bunyi sporty yang sedap dan tujahan kuasa yang baik.

Macam seorang atlet olahraga, lebih baik dia bernafas, lebih baik prestasinya di atas padang balapan. Seperti enjin kereta ini, sistem pernafasannya telah dipertingkatkan.

Macam mana? Senang sahaja, ganti penapis udara asal dengan penapis udara saluran terbuka daripada A’PEXi. Ekzos asal pun diganti dengan paip custom 2.3 inci dengan peredam bunyi Blitz Nur Spec. Bunyi enjin garang, kuasa pun ada. Sempurna. Hmm.. apa lagi. Okay, kabel palam pencucuh, pun sudah diganti dengan kabel daripada TRD.

Kotak gear pula, pastinya diambil daripada model T50 iaitu kotak gear standard Levin AE86. Kotak yang sama lasak dan versatil macam enjin yang disambung dengannya ini diubah suai dengan menggunakan klac perlumbaan jenama Works. Flywheel enjin pula diganti dengan flywheel 3.8kg daripada Toda. Sementara gandar belakang AE86 yang diubah suai masuk ke Celica ini didatangkan lengkap bersama LSD mekanikal jenis dua hala.

Masalah nak main kereta lama satu sahaja – sistem suspensi. Ye la, kereta lama macam ni bukan ada kedai yang jual penyerap hentak sports. Mungkin kat negara lain boleh la dapat, tetapi kat Malaysia, memang susah la.

Jadi nak buat macam mana? Enjin dah kuat, tapi kereta rasa macam bawak sampan. Custom sahaja, rojak masuk penyerap hentak daripada kereta lain. Celica ini dimasukkan penyerap hentak boleh laras Tein yang disalin daripada Nissan Silvia S13. Suspensi belakang, istimewa sikit – penyerap hentak Mercedes-Benz S320 digunakan. Pelik tapi benar.

Brek Celica ini diganti dengan brek AE86 lengkap yang merangkumi pam, brek cakera depan dan belakang. Rim yang dipilih, mestilah bergaya retro. Shim memilih rim Enkei Apache yang hanya berdiameter 13 inci. Ya, 13 inci sahaja.

Tetapi anda fikir sendiri lah, 40 tahun dulu, rim 17 inci belum wujud lagi. Lamborghini Countach pun guna rim 15 inci. Jadi, rim ini mengikut tema yang betul. Rim ini macam mana pun, lebar siot! Rim depan lebarnya 8 inci dan belakang 9 inci. Tayar Federal 185/60 membalut rim depan dan kat belakang, tayar bersaiz agak rare iaitu 205/60 digunakan.

Solekan yang dibuat pada Celica ini memang kena dengan umur kereta. Macam makcik yang berumur 50 tahun, takkan nak pakai mekap macam budak 18 tahun kan?

Sama juga macam kereta, kena sesuai dengan umurnya. Shim memasang spoiler depan rekaan custom bersama-sama satu set arca roda custom. Cermin sisi jenis “tanduk” dipasang mengikut spesifikasi asal kereta ini. Manakala gril Celica GT menggantikan gril yang asal.

Pada bahagian dalam, semuanya direstorasi semula mengikut spesifikasi asal, kecuali tempat duduk di bahagian depan yang menggunakan tempat duduk buatan Recaro.

Shim kata, dia sudah habiskan RM30,000 untuk kereta ini. Jadi saya fikir, berbaloi juga kalau nak bayar RM40,000 untuk beli kereta macam ni. Bukan murah nak buat projek restorasi kereta macam ini.

SPESIFIKASI

      • Model: Toyota Celica TA22
      • Ubah suai enjin: 4AGE 1600cc DOHC 16 injap TVIS, kabel palam pencucuh TRD, penapis udara A’PEXi
      • Sistem ekzos: Paip custom 2.3”, peredam bunyi Blitz Nur Spec
      • Kotak gear: T50 5 kelajuan manual, klac Work, flywheel Toda 3.8kg, gandar belakang AE86
      • Sistem gantungan: Penyerap hentak Tein Silvia S13 (depan), penyerap hentak Mercedes Benz S320 (belakang)
      • Sistem brek: Standard AE86
      • Rim / Tayar: Enkei Apache 13×8 (depan) 13×9 (belakang), Federal 185/60/13 (depan), 205/60/13 (belakang)
      • Luaran: Lips depan custom , arca roda custom, gril depan Celica GT
      • Dalaman: Standard, tempat duduk depan Recaro

Sumber : Mekanika
Website :https://www.mekanika.com.my/
Facebook :https://www.facebook.com/MekanikaMalaysia/
Instagram :https://www.instagram.com/mekanika.malaysia/?hl=en
Youtube :https://www.youtube.com/channel/UCW_a5QtfMwZ5gNBhgXBdscQ

Previous Post

TOYOTA ALTEZZA THE GREEN HORNET

Next Post

REPLIKA MITSUBISHI EVO TME

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved