Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

MAZDA 808 SEPARUH SIAP

hpmedia webadmin by hpmedia webadmin
13/11/2013
in MODIFIKASI, UTAMA

Anda pernah dengar pasal Rat Rod? Jika anda peminat rancangan pemotoran di stesen TV berbayar, anda mesti pernah dengar istilah ini. Bagi sesetengah orang, istilah Rat Rod agak menyakitkan hati. Namun ada juga orang yang berbangga kalau kereta mereka diberi gelaran tersebut. Bagi sesiapa yang langsung tidak ada idea apa sebenarnya Rat Rod, mari saya cerita sikit.

Rat Rod adalah gelaran yang wujud sejak tahun 1950-an di Amerika Syarikat (AS) terhadap kereta-kereta Hot Rod yang tidak sempurna. Okay, bayangkan anda hidup pada era itu di AS. Anda seorang peminat kereta, tetapi duit di dalam poket menyatakan anda hanya layak menunggang basikal. Jadi, berbekalkan kereta Ford 1932 usang peninggalan datuk, anda mula mengubah suai kereta tersebut mengikut trend hot rod ketika itu.

Tanpa cat yang sempurna dan kerusi yang lusuh, tetapi menggunakan enjin V8 yang berkuasa tinggi. Dalam erti kata lain, jentera ini nampak macam kereta baru keluar half-cut berbanding kereta Hot Rod yang sempurna.

Pada zaman sekarang, tema Rat Rod sudah jadi macam trend pula. Kereta yang elok-elok tak berkarat, dikaratkan. Pelik bin ajaib, tetapi inilah yang dinamakan trend. Namun, ada pula kereta di Malaysia yang sememangnya Rat Rod sejati. Bukan ikut trend. Bukan sengaja nak karat. Tapi hakikatnya setakat itulah kemampuan pemiliknya.

Mazda 808 ini saya tidak boleh nak kategorikan dalam kategori Rat Rod 100 peratus. Sebabnya, kereta ini masih bercat dengan sempurna, walaupun ada sikit-sikit tanda karat. Namun roh Rat Rod memang ada la.

Mazda 808 ialah sebuah kereta coupe keluaran Mazda yang kelihatan sungguh ‘jahat’. Tak hairan pun kerana pada tahun 1970-an, pembuat kereta Jepun amat terpengaruh dengan rekaan kereta muscle dari AS.

Memandangkan Mazda ini bermastautin di Sabah, jadi tak hairan juga apabila enjin yang digunakan ialah enjin Toyota. Biasanya Mazda 808 diubahsuai dengan enjin rotary. Tetapi kalau fikir balik bab minyak dan kelasakan, memang bagus juga masukkan enjin Toyota 4AGE.

Ubah suai yang dilakukan tak berapa banyak, cuma kepala silinder enjin menjalani kerja-kerja port dan polish. Manakala penapis udara diganti kepada penapis jenis pod terbuka daripada Simota. Pam bahan api dinaik taraf dengan pam buatan Bosch yang lebih berkuasa tinggi berbanding pam asal.

Sistem ekzos disalurkan kepada paip custom bersaiz 2.3 inci di tengah dan diakhiri dengan peredam A’PEXi N1. Pada mata kasar saya, dah macam ekzos untuk kereta turbo. Kotak gear standard Toyota AE86 disalin masuk sekali bersama-sama enjin dan dikekalkan standard. Gandar belakang AE86 digabungkan pada chasis Mazda ini bagi mendapatkan nisbah gear yang tepat. Paling penting, dapat sekali LSD standard buatan Toyota.

Untuk merendahkan profil kereta, ubah suai pada penyerap hentak dilakukan dengan cara klasik Rat Rod. Penyerap hentak asal diisi semula dengan minyak bagi mendapatkan tahap kekerasan yang diperlukan. Semua pegas gegelung standard juga dipotong untuk mendapat tahap kerendahan yang diingini. Inilah modifikasi yang mudah dah murah. Sama dengan apa yang dilakukan oleh ramai antara kita masa mula-mula main kereta dulu.

Sistem brek Mazda 808 ini ialah kombinasi brek cakera standard di bahagian depan dan brek cakera AE86 di belakang. Walaupun saya rasa kereta ini memerlukan brek cakera yang lebih besar di bahagian depan, tetapi keberkesanan kuasa membrek kereta ini masih boleh diterima.

Mengenai rim pula, sememangnya gaya old skool. Rim Enkei 13 inci mengikut trend sebenar pada era 1970-an, di mana rim 14 inci ke atas boleh dikatakan rim yang cukup mahal. Tayar yang membalut rim ini ialah Silverstone bersaiz 185/60/13.

Tidak ada sebarang modifikasi dilakukan pada bahagian luaran kereta. Tetapi tanda-tanda penuaan sudah boleh dilihat. Tidak mengapa, ini adalah identiti kereta lama, kalau sempurna 100 peratus pun tak best juga kan?

Pada bahagian dalaman. Wow! Ini memang ada ciri-ciri Rat Rod yang sebenar. Kulit pintu yang hilang, toolbox besar di dalam kereta, stereng sport tanpa jenama dan tanda-tanda lusuh di sesetengah bahagian kereta membuktikan kematangan usianya. Walau bagaimanapun, saya tabik kepada papan pemuka yang tidak ada cela, masih cantik macam baru.

Jadi, kalau anda ada kereta yang tak berapa nak siap, jangan rasa malu. Trend kereta tak siap nampaknya dah makin ramai orang buat di sini.

SPESIFIKASI

      • Model: Mazda 808 Coupe
      • Ubah suai enjin: Toyota 4AGE DOHC 16 injap TVIS, kepala silinder port dan polish, penapis udara Simota
      • Sistem ekzos: Paip tengah 2.3”, peredam bunyi A’PEXi N1
      • Kotak gear: Standard Toyota AE86
      • Sistem gantungan: Standard, pegas gegelung dipotong
      • Sistem brek: Standard Mazda 808 (hadapan), Toyota AE86 (belakang)
      • Rim / Tayar: Enkei 13” / Silverstone 185/60/13
      • Luaran: Standard
      • Dalaman: Standard, takometer Auto Gauge

 

Sumber : Mekanika
Website :https://www.mekanika.com.my/
Facebook :https://www.facebook.com/MekanikaMalaysia/
Instagram :https://www.instagram.com/mekanika.malaysia/?hl=en
Youtube :https://www.youtube.com/channel/UCW_a5QtfMwZ5gNBhgXBdscQ

Previous Post

DATSUN 160J DRAG

Next Post

KE70 DENGAN ENJIN 4AGE FULLY KROM!

CAPAIAN

  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved