Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

TOYOTA CAMRY JDM SV32

hpmedia webadmin by hpmedia webadmin
20/10/2013
in MODIFIKASI, UTAMA

 

Dalam dunia ni, tempat paling seronok untuk tinggal kalau anda seorang peminat kereta tak lain tak bukan ialah Jepun. Bukan saja sebab keretanya murah, pilihannya juga banyak.

Dalam situasi tertentu, kereta spesifikasi di Jepun selalunya lebih baik daripada yang dieksport. Ia banyak melibatkan kejuruteraan domestik yang mana penyesuaian selalunya melibatkan kualiti bahan api mereka. Orang Jepun guna minyak gred RON95 sejak zaman Uji Rashid lagi. Sekarang semuanya gred RON98 dan RON100 tanpa plumbum.

Apabila soal detonasi enjin diselesaikan, kejuruteraan membenarkan enjin-enjin berkuasa seperti B16B, K20A, SR20DET menghasilkan kuasa yang betul sebagaimana yang dicetak pada risalah.

Banyak lagi yang mempengaruhi aspek kereta spesifikasi domestik Jepun. Misalnya, mereka perlu buat ikut piawaian penggunaan GPS secara meluas. Di samping saiz kereta yang ditetapkan oleh kerajaan.

Pengkelasan bukanlah benda yang tidak bagus. Anda akan lebih faham jika tengok saiz jalan di Jepun. Toyota bukan tidak boleh buat MPV lebih besar macam Ssyangyong Stavic atau Hyundai Starex, tetapi geografi mereka tidak membenarkan.

Honda teleh membuktikannya dengan model Odyssey JDM dengan spesifikasi Amerika yang besar serupa gajah. Inilah hakikat pasaran. Justeru, banyaklah K-Car dan tak dilupakan basikal di jalan raya Jepun.

Perjuangan industri automotif Jepun jugalah yang menghasilkan model-model unik yang kita tidak boleh beli. Biasanya pengeluar kenderaan Jepun menghasilkan kereta tersebut kerana mereka ingin tampil berbeza daripada pasaran eksport.

Sejujurnya, saya tidak tahu apa rasional di sebalik begitu banyak variasi untuk sesebuah model. Sebagai contoh, Toyota Altezza. Pasaran di luar Jepun memang tidak boleh jumpa versi wagon atau hatchback. Saya sendiri pun baru tahu tentang kewujudannya.

Balik ke tahun 1990 yang mana kita semua tidak berapa pandai tentang kereta. Tetapi kini, Wan berjaya membawa balik sebuah kereta bosan iaitu Toyota Camry. Kalau tak tengok gambar, mesti ramai yang membayangkan betapa bosannya kereta Camry dugong tahun 1990. Tunggu sekejap! Apa pasal Camry ini nampak lain sangat?

Kalau nak tahu, ini merupakan model SV32 yang menggunakan chasis generasi V30 Camry spesifikasi Jepun. Kalau ikutkan pasaran, Camry ialah kereta ‘cash cow’ Toyota di Australia. Macam Vios untuk Thailand dan Indonesia.

Camry ini lain sebab ia khusus untuk pasaran Jepun. Macam mana ia boleh sampai ke Malaysia, itu cerita lain. Apa yang saya risau, sekali cermin atau lampu pecah, mana nak cari alat ganti?

Jangan bimbang. Ada. Asalkan cari di tempat yang betul sebagaimana yang dimaklumkan oleh saudara Wan atau lebih terkenal dengan nama gelaran Atuk FC. Dia memang runner Toyota yang popular satu masa dulu. Bila dah berpindah ke Pantai Timur, aktiviti itu diperlahankan, main kereta pun sudah tidak berapa bersungguh.

Menyesuaikan diri dengan kereta yang pelik macam ini memang perlu ambil masa agak lama. Cari punya cari, dapatlah juga bodykit tepi yang dibuat secara custom untuk model Camry 58 di Jepun. Panel ini direka mengikut saiz pintu dan penjuru fender. Kalau tengok sekali imbas, nampak macam ia memang sudah ada di situ.

Lips hadapan yang melabuhkan keseluruhan kereta diambil daripada Harrier TRD. Kena ubah suai sikit barulah boleh masuk pada bumper kereta ini. Apabila dah padan, satu badan kereta disembur dengan warna kelabu metalik.

Enjin asal 3S-GE telah diganti dengan versi baru 3S-GE BEAMS. BEAMS adalah singkatan kepada Breakthrough Engine with Advance Mechanism System. Zaman sebelum adanya VVTi. Enjin ini biasanya dipasang pada model MR2 atau Celica S202. Atas kertas, kuasanya mencecah 200PS dan dipadankan dengan transmisi manual.

Cukup dengan enjn power dan bodykit ringkas, tibalah masanya untuk memilih rim yang sesuai. Memang subjektif sungguh nak pilih rim kereta ini. Akhirnya Wan menggunakan rim Regamster 17. Kalau menyebut istilah betulnya, Marquis Promada bu Desmond. Manalaka tayarnya pula ialah Maxgrade bersaiz 215/45/17. Menambah kejituan pengendalian kereta ialah sebatang bar penstabil Spats.

Kereta ini mengunakan papan pemuka Celica ST202 bersama stereng TommiKaira. Lain-lain aksesori termasuklah sepasang kerusi Recaro, knob dan pedal Razo. Sementara pemain audio terdiri daripada pemain Fujitsuten, pembesar suara Kenwood dan sub woofer Carrozeria.

SPESIFIKASI

      • Model: Toyota Camry JDM SV32
      • Enjin: 3S-GE BEAMS, penapis udara HKS
      • Transmisi: Manual lima kelajuan
      • Suspensi: Tanabe Sustec
      • Brek: OEM
      • Rim: Marquis Promada by Desmond 17 inci
      • Tayar: Maxggrade 215/45/17
      • Dalaman: Recaro, papan pemuka ST202, Razo, audio Fujitsu, pembesar suara Kenwood, sub Carrozzeria
      • Luaran: Kit Camry JDM58, lips depan Harrier, spoiler SV32 JDM dan warna kelabu metalik

 

Sumber : Mekanika
Website :https://www.mekanika.com.my/
Facebook :https://www.facebook.com/MekanikaMalaysia/
Instagram :https://www.instagram.com/mekanika.malaysia/?hl=en
Youtube :https://www.youtube.com/channel/UCW_a5QtfMwZ5gNBhgXBdscQ

Previous Post

MITSUBISHI LANCER GLS EVO

Next Post

KUASA HONDA CIVIC EF

CAPAIAN

  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved