Carvid20, Online Car Autoshow
Semasa PKP melanda selama 3 bulan, FIDODIDO Motorsport telah menganjurkan Online Car Autoshow. Autoshow yang sepatutnya dianjurkan pada 4 April lalu terpaksa dibatalkan ekoran wabak pandemik covid-19. Idea tercetus apabila secara tidak sengaja nama acara online CARVID20 hanyalah cerita kedai kopi bersama rakan.
Car bermaksud kereta dalam bahasa Inggeris, Vid bermaksud Covid20 menggantikan 19 di tahun 2020. Carvid20 mula menjadi viral di Facebook fidodido motorsport dengan pertandingan gambar Like terbanyak dan gambar jentera terbaik. Setiap minggu FIDODIDO membuat pelbagai kategori untuk rakan-rakan motorsport.
Terkini iaitu pada 12 Julai lalu, mereka bangkit dengan idea baru penganjuran Real life CARVID20 Drive-Thru Car Autoshow di Sabah International Convention Centre, Kota Kinabalu, Sabah apabila mendapat berita gembira boleh menganjurkan program mengikut SOP.
Program ini anjuran penuh syarikat Fidodido Motorsport mulanya hanya untuk promosi produk pakaian baju dan topi. Syukur alhamdulillah, idea ini menjadi semakin serius dan jenama lokal Fidodido Motorsport sudah mula dikenali sehingga luar Sabah.
Motorsport Still Alive. Minat masih boleh diperolehi dengan SOP dipatuhi. Jangan ada had dalam diri. Sentiasa cuba benda baru dan kongsi bersama semua orang. Hanya yang terbaik. Buatan Malaysia. Mereka telah bawakan team professional dari Sabah untuk bersama-sama menjayakan pertunjukan kereta pandu lalu ini.
Disediakan oleh : En. Bob
Penaja utama : Wonderbites
Fotografi : Empire Crew Automotive
Videografi 1 : The Aperture Production
Videografi 2 : Km Production
Videografi 3 : M Zenzii
Live Stream : Sr Events Production
Venue : Sabah International Convention Centre
Official Fidodido Song. : HATV
Clothing : OKba Official
Deejay : Online FM
Team Sponsor : King Diesel Remap, Salehautomotive, Barber Cushion
Crew : Fidodido Entertainment Squad
Judge : Wrecklesswolfpack, Basshunter, Borneo Compact