Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

FD CONVERT TYPE-R

hpmedia webadmin by hpmedia webadmin
19/05/2013
in MODIFIKASI, UTAMA

Saya ni ada penyakit pelik sikit. Time sakit ke, pengsan ke, bila tengok gambar kereta tiba-tiba jadi segar-bugar. Walaupun idea menulis tak mencurah pada masa-masa tertentu, kereta Civic FD ni saya fikir akan memulakan lembaran baru modifikasi kereta Honda ketika barisan pengeluaran model Civic seperti sudah nampak macam hendak sampai ke penghujungnya.

Kereta ini milik Haikal, seorang jurutera yang masih muda belia. Berjaya dalam karier dan masih tercari-cari kereta yang disukainya. Beli kereta ini pun bukanlah ada plan yang drastik. Sehinggalah dia sedar hanya ada satu cara nak main Civic FD, salin kepada Type-R. Janganlah buat projek rojak enjin sana-sini sebab kuasanya tidak ke mana. Kereta ini sudah dicipta dengan pakej enjin yang laju dan masalah paling depan selalunya ialah bajet.

Berapa kos nak menukar FD pekak menjadi sebuah Type-R penuh?

Banyak. Sangat banyak. Main bodypart saja dah boleh cecah lima angka. Itu belum masuk rim, suspensi dan bahagian dalaman yang banyak perlu disalin. Pada mata umum, rata-rata orang tak perasan bahawa ramai dah sebenarnya orang main FD convert Type-R. Tapi selalunya ia berakhir pada kosmetik dan mungkin penghujungnya Brembo.

K20AR pada half-cut FD2R di Jepun masih lagi merupakan barang hangat. Permintaannya sama tinggi dengan 4B11, RB26 dan VQ38DETT. Berbeza dengan Mitsubishi dan Nissan yang agak terhad kerana aspek pacuan roda dan badan. K20A ialah enjin yang versatil dan hampir pasti boleh dipadankan pada mana-mana kereta Honda Civic.

Untuk memastikan projek FD ini tak membazir dengan hendak cari barang satu demi satu, Haikal membuat keputusan memesan half-cut sebuah kereta FD2R terus. Kalau dalam bahasa budak-budak runner, half-cut CKD. Isu nak beli ialah duit dan berapa lama boleh tunggu. Bukan semua kedai half-cut boleh cari. Saya masih ingat lagi masa zaman main EK dulu, daripada bersusah-payah pergi ke pusat lelongan Jepun, dia orang bantai beli kereta di kedai kereta terpakai Jepun, potong dan bawa balik. Harganya tak beza banyak pun.

Menyalin kereta FD2R kepada FD lokal juga kerja yang senang. Buka dan pasang. Bukak part FD pekak, masuk part FD Type R. Hampir semua 100 peratus sama kecuali bahagian pacuan bawah yang mana lengan ayun Type-R sedikit pendek. Macam yang saya cakap tadi, kalau beli CKD tak ada masalah, casis sahaja made in Malaysia. Selebihnya semua FD2R punya.

Enjin tak banyak diusik. Apa yang agak ‘wow’ ialah kotak penapis udara GruppeM. Rare dan tak murah kalau beli baru. Di kedai half-cut pun kena bergaduh dulu baru dapat. Palam pencucuhnya daripada Iridium, ekzosnya pula jenis header Skunk2 Alpha, paip dan muffler J’S Racing. Kotak gear manual enam kelanjuanya dipasangkan dengan pelapik klac Ogura Super Single. Bagi memastikan enjin stabil dan tidak bergegear, mounting asal digantikan dengan mounting Hasport.

Suspensi paling sedap untuk kereta ini memang model asalnya iaitu Showa Type-R. Bahagian belakangnya boleh tahan melenting-lenting dan sangat tidak selesa pada orang kebanyakan. Tapi kalau bujang, tak ada yang duk belakang, selamba. Dengan set standard ini cuba saja Sepang satu lap, kalau tak dapat bawah 3 minit memang balik jual kereta dan naik LRT sahajalah.

Penyalinan menyeluruh kereta ini termasuk ke bahagian dalaman, tempat duduk, papan pemuka, stereng dan banyak lagi. Sekali tengok, memang orang akan ingat ini model Type-R original. Memang berbaloi kalau beli half-cut CKD sebab tak perlu ke hulu ke hilir cari sebatang arm yang tak cukup, contohnya. Walaupun CKD, tidaklah tergamak Haikal memasang semula rim pekak Type-R itu. Jadi, dia menukarkannya dengan rim CE28N 17 inci dengan tayar 225/45 Bridgestone Potenza RE002.

Mungkin ini cara terbaik nak dapat kuasa R dengan jalan singkat. Cuma masalah utama yang perlu diatasi ialah duit. Belanja main kereta ini tak murah. Civic pekak FD pun berapa harga sekarang. Half-cut CKD yang terakhir gua tanya tahun lepas boleh beli sebuah Myvi. Kalau anda berhajat nak main kena kira betul-betul, dapatkan harga paling cun supaya tak silap. Takutnya nanti keli kereta campur half-cut dah sama harga dengan FD Type-R ori. Baru menyesal tak sudah.

SPESIFIKASI

      • Model: Honda Civic 2.0/ 2007
      • Enjin: K20AR, air box GruppeM, NGK Iridium, manifold Skunk2 Alpha, muffler dan paip J’S Racing
      • Transmisi: Manual enam kelajuan, klac Ogura Super Single
      • Suspensi: FD2R
      • Brek: Brembo Type-R
      • Rim: CE28N 17 inci
      • Tayar: Potenza RE002 225/45/17
      • Dalaman: Full R
      • Luaran: Full R
      • Warna: Fiji Blue

 

Sumber : Mekanika
Website :https://www.mekanika.com.my/
Facebook :https://www.facebook.com/MekanikaMalaysia/
Instagram :https://www.instagram.com/mekanika.malaysia/?hl=en
Youtube :https://www.youtube.com/channel/UCW_a5QtfMwZ5gNBhgXBdscQ

Previous Post

SI KEMBAR SUPRA – TOYOTA SOARER Z10 TURBO

Next Post

RESEPI ORIGINAL TOYOTA COROLLA KE30

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved