Opel ni bukanlah pembuat kereta yang glamer kat Malaysia. Kereta apa aja yang diorang jual sekarang? Eh. Ada ke? Rasa gua paling last boleh tengok kereta ni rasanya Frontera. Kalau masa kecik-kecik dulu ada jiran kampung gua pakai Kadett denngan Gemini (ke sama dua bijik kereta ni?). Opel ni asalnya syarikat yang diasaskan dari Jermanyang dulu memulakan bisnes mesin tenunan. Tapi sekarang tidak lagi, sahamnya dah dimonopoli oleh General Motors.
Jadi berapakah usia kereta ni? Tahun depan, genap umurnya 40 tahun. Mak aih boleh tahan juga kereta ni dah tua rupanya. Nama kereta ini ialah Opel Manta. Masa kereta ni keluar pada tahun 1970 dulu, saingan terdekatnya ialah Ford Capri dan gua rasa lu orang lebih kenal Capri berbanding Manta model A ni.
Pada hari ini di tahun 2012 janganlah buat pasal nak restore kereta ni suka-suka. Dia punya parts enjin boleh tercirit nak carik mana lagi entah. Model ni ialah versi 1.6 4 selinder OHV yang dipacu oleh kotak gear manual 4 kelajuan. Kira laju lah masa zaman tu sebab lagipun kereta ni beratnya tak sampai satu tan pun. Kuasa enjinnya masa tu 75ps. Kah! Kah! Kah! Kuno betul.
Fazli membeli kereta ni beberapa tahun lepas selepas terserempaknya menjadi hampir seperti reban ayam. Kalau dah jenis kaki kereta otai, tengok curve kereta je pun dah boleh bayangkan bila kereta ni dicat, masuk enjin, pasangkan rim yang macam tu macam ni dah tahu ia akan jadi lawa. Tanpa membuang masa lagi beliau pun membawa pulang dan diperam dalam bengkel. Lama juga nak buat keputusan samada obohol enjin lama atau amik jalan pintas masukkan saja enjin Jepun.
Keputusannya, enjin Jepun sebab mengambilkira faktor susahnya nak dapatkan barang asli gantian kereta ni. Memasukkan enjin ni juga bukanlah kerja senang tapi menurut Fazli tak ada lah susah sangat sebab enjin moden CA18DET ni ada bahagian ruang yang banyak untuk digantung dalam bay Manta. Ukur utara selatan, timur barat lebih kurang, beliaupun berjaya menggantung enjin dengan jayanya dan bersorak sakanlah beliau selama 7 hari tujuh malam. OK yang ni gua saja tambah-tambah.
Dari enjin ini, pemacu belakang pula yang memeningkan kepala. Setelah membuat beberapa penyelidikan maka axle yang paling sesuai jatuh kepada AE86. Patutla axle belakang Hashiroku ni makin payah nak jumpa. Setelah siap dipasang, beberapa ujian pecutan dijalankan dan ternyata kereta ni memang roadworthy orang putih kata.
Bila power dah bertambah, maka tangan pun gatal merayap ke bahagian lain. Benda paling utama dah tentulah suspensi. Pertama ia mestilah cukup rendah dan untuk merendahkan sebuah kereta otai yang tak ada langsung barang aftermarketnya memang tidak senang. Bahagian depan tak lagi menggunakan produk Opel tapi dah digantikan dengan sistem Nissan Silvia. Bahagian belakang yang gua rasa pakai leaf spring dibuang beberapa daunnya jadi nampak rendah. Memang rendah pun. Sistem brek pun hampir sama, depan Silvia tapi belakang pakai AE86 punya. Untuk mengukuhkan lagi casis kereta, bar penstabil depan S13 di pasangkan.
Memilih rim yang sesuai bermula dengan penukaran hub keseluruhan roda. Memandangkan bahagian kakinya semua dah berhijrah je Jepun, jadi PCD 114.3 itu memanglah kacang sekali mencari rimnya. Rim kereta ini ialah K-Speed 17 inci dengan tayar Nankang bersaiz 205/40. Body kereta ni tirus dan walaupun 17 inci dah nampak cukup besar sangat dah.
Sekarang, tengok bahagian dalamannya pulak. Pertama sekali, bahagian lantai kereta dibalut dengan karpet baru warna hitam yang memang merupakan tona wajib kereta klasik. Terkejut juga gua tengok seat Sparco jadi-jadian kuning dengan seatbelt 4 point tu. Stereng dia OMP jenis deep dish. Dashboardnya dikerat separuh bagi memuatkan meter Silvia tadi. Lain-lain bahagian standard badak.
Kalau melihat pada garis badan kereta ni memang gua tak nafikan, ia cun sangatlah untuk sebuah kereta klasik yang ada pendirian. Maksudnya, jadi macam muscle dari Eropah dan tak malulah kalau parking sebelah Eleanor. Rekabentuk coupe kereta ni yang berjalur lembut dari hud depan ke belakang dan punggungnya yang ‘londeh’ memang tipikal untuk kereta-kereta sports pada eranya. Jangan sesekali menambah kit yang tak patut. Dalam kes Manta ni, Fazli hanya berkenan menambah lips kecil custom di depan yang pada mulanya gua sangka memang standard kilang.
Satu ketika dulu gua pernah juga usha-usha Ford Capri yang macam Karamjit Singh pakai tu. Tapi memandangkan gua ni memang jenis hati tak cukup tabah nak menghadapi kerenah kereta olskul terpaksa mengalahlah. Tapi kalau korang nak tahu, jauh di sudut hati gua memang ada hati dengan olskul. Begitu juga dengan K-Car, VIP, Skyline dan juga rotary. Lu orang tau tak betapa tekanannya kerja macam gua ni?
SPESIFIKASI
- Model: Opel Manta / 1973
- Enjin: CA18DET Silvia, oil catch tank custom. Ekzos sukan.
- Kotak gear: Standard CA18DET dengan axle belakang AE86.
- Suspensi: Custom belakang, depan S13
- Brek: Depan S13, belakang AE86
- Rim: K-Speed 17 inci
- Tayar: Nankang 205/40/17
- Dalaman: Restored, seat Sparco dan seatbelt 4 point, meter Silvia.
- Luaran: Original Manta A dengan lips depan custom.
Sumber : Mekanika
Website :https://www.mekanika.com.my/
Facebook :https://www.facebook.com/MekanikaMalaysia/
Instagram :https://www.instagram.com/mekanika.malaysia/?hl=en
Youtube :https://www.youtube.com/channel/UCW_a5QtfMwZ5gNBhgXBdscQ