Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

Proton Saga Sambut Ulang Tahun Ke-35!

hpmedia webadmin by hpmedia webadmin
07/07/2020
in BULETIN, UTAMA

Bagi sesetengah individu, 9 Julai 1985 mungkin adalah satu tarikh yang tidak memberikan apa-apa makna kepada mereka. Namun bagi Malaysia, ia menandakan tarikh bersejarah apabila mula menjadi antara negara yang mempunyai kemampuan untuk mengeluarkan kereta buatan sendiri. Inilah hari Proton Saga mula dikeluarkan, kira-kira dua tahun selepas penubuhan Perusahaan Otomobil Nasional (PROTON).

Sejarah jenama PROTON dan Proton Saga tidak dapat dipisahkan. Bermula hanya dari sehelai kertas kosong, PROTON merupakan cetusan idea daripada perdana menteri keempat Malaysia iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad pada tahun 1979 untuk menjadi pembuat kereta nasional dalam usaha membantu meningkatkan sektor perindustrian negara. Kelulusan kabinet berjaya diperolehi pada tahun 1982 dan pada 7 Mei 1983, syarikat automotif pertama Malaysia ditubuhkan.

Pengeluaran Proton Saga pertama dibina di atas landasan Mitsubishi selepas pengeluar kereta Jepun itu bersetuju mewujudkan usaha sama dengan HICOM untuk menghasilkan kereta pertama Malaysia.Model tersebut mendapat sambutan luar biasa dalam kalangan pembeli kereta di Malaysia. Pada 16 Mac 1989, ia dilancarkan pula di United Kingdom dan laris dijual di mana sasaran jualan di negara itu bagi 12 bulan berjaya dicapai hanya dalam tempoh enam bulan.

Selama bertahun-tahun, PROTON menjadi semakin maju, mencapai kejayaan dalam sukan pemotoran di peringkat antarabangsa. Biarpun ada melancarkan pelbagai model lain, tetapi Saga kekal berada dalam rangkaian model Syarikat. Sebuah kereta yang teguh, berpatutan dan mempunyai keseimbangan pemanduan dan pengendalian mantap yang membuktikan kemahiran barisan jurutera PROTON, Saga telah ditambah baik secara menyeluruh pada Ogos tahun lalu yang diterima baik oleh pelanggan.

Hari ini, Saga mengekalkan kedudukannya sebagai model terlaris dalam rangkaian penawaran PROTON. Sejak pelancaran model versi 2019, jumlah tempahan diterima hampir sama dengan keluaran terdahulu, yang dijual pada masa ketika pengguna mempunyai pilihan yang terhad. Malah, sepanjang Mei 2020, Saga menjadi kereta paling laris di Malaysia. Pada Jun pula, ia berjaya mencapai jumlah jualan bulanan tertinggi dalam tempoh 70 bulan.

Secara kumulatif, lebih dari 1,800,000 unit telah terjual dalam tempoh 35 tahun. Sekali gus membuatkan Saga sebagai model paling popular dari jenama automotif Malaysia. Dengan lebih banyak rancangan peningkatan pada masa hadapan, komited untuk berjaya serta dedikasi PROTON untuk meletakkan Saga mendahului pesaingnya, ia ini akan kekal menjadi buah mulut pengguna untuk sekurang-kurangnya 35 tahun lagi.

Jadi, apakah rancangan seterusnya? Jangan lupa untuk mengikuti laman rasmi Facebook PROTON pada 9 Julai 2020, jam 10.35 pagi untuk ketahui lebih lanjut.

Gambar : Wikipedia
Sumber : Mekanika
Website : https://www.mekanika.com.my/
Insta : https://www.instagram.com/mekanika.malaysia/?hl=en
FB : https://www.facebook.com/MekanikaMalaysia
Youtube : https://www.youtube.com/channel/UCW_a5QtfMwZ5gNBhgXBdscQ

Previous Post

Barisan Amplifier Aura Dynamics

Next Post

SUV 7 Tempat Duduk Geely Haoyue Dilancarkan

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved