Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

Peugeot Landtrek; Kerjasama Antara Peugeot Dan Changan Auto

hpmedia webadmin by hpmedia webadmin
25/06/2020
in BULETIN, UTAMA

Bila sebut kenderaan pacuan 4×4 pikap, perkara pertama yang terbayang dalam kepala ialah Hilux ataupun 20 tahun dulu Storm. Padahal banyak lagi jenama lain yang dijual di pasaran seperti Isuzu D-Max, Nissan Navara, Mitsubishi Triton, Ford Ranger dan juga Mazda BT-50. Tapi kena ingat, jenama lain pun ada jual kenderaan pikap ini.

Mercedes cuba memasuki pasaran kenderaan pikap dengan X Class tapi kurang berjaya. Volkswagen pula ada model Amarok yang dijual di Eropah, Renault Alaskan (kembar Navara) dan juga Peugeot Landtrek. Ya tuan-tuan Peugeot juga ada menghasilkan pikap 4×4. Mari kita baca fakta pantas berkenaan model Landtrek ini.

Sebelum kelahiran Landtrek, Peugeot ada menghasilkan beberapa kenderaan pikap seperti model 404 pikap, 504 dan juga 207 Hoggar. Kesemua pikap ini dihasilkan bagi menyokong pengguna dalam industri IKS di negara yang dipasarkan. Landtrek ini merupakan satu produk kerjasama antara Peugeot dan juga pengeluar dari China iaitu Changan Auto. Platform yang digunakan adalah berasaskan platform yang sama digunakan oleh Changan Kaicheng F70.

Terdapat 3 rekaan asas yang akan dipasarkan kelak seperti kabin tunggal (single cab), kabin berkembar (double cab) dan juga cabin dengan cesi dimana pelanggan boleh mengubahsuia rekaan belakang menjadi motohome ataupun ambulans. Kesemua model memiliki lebar sekitar 1.92 meter, panjang 5.39 meter (single cab) 5.3 meter untuk double cab. Berat Landtrek ialah sekitar 1900kg sehingga 2060kg bergantung pada varian. Ia mampu membawa beban seberat 1 tan dalam satu masa. Jarak kelegaan bumi ialah sekitar 214mm.

Terdapat 2 pilihan enjin yang akan dibekalkan oleh Peugeot samaada 2400cc petrol dengan turbo yang menghasilkan 210 kuasa kuda dan 320Nm tork. Enjin ini akan dipadankan dengan transmisi 6 kelajuan manual yang dihasilkan oleh Getrag atau 6 kelajuan automatik yang dihasilkan oleh Punch. Satu lagi enjin yang digunakan ialah 1900cc turbodisel yang dibekalkan oleh Isuzu. Untuk pengetahuan pembaca Isuzu merupakan antara pengeluar enjin disel terbesar di dunia. Enjin ini akan menghasilkan 150 kuasa kuda dan 350Nm tork.

Enjin turbodisel hanya dipadankan dengan transmisi 6 kelajuan manual Getrag. Ia akan dipadankan dengan pilihan 4×2 dan juga 4×4. Pecutan 0-100km/jam dibuat dalam masa 11.2 saat dan kelajuan maksimanya ialah 177km/jam. Antara kelebihan Landtrek ialah ialah ia menggunakan rekaan papan pemuka yang moden seperti kereta Peugeot yang lain. Anda akan menemui roda steering yang diambil dari model 3008 dan juga unit skrin sesentuh 10 inci daripada model 5008. Mungkin antara rekaan yang paling menarik bagi sebuah pikap.

Peugeot juga menawarkan 2 pilihan tempat duduk samaada 5 tempat duduk ataupun 6 tempat duduk dengan 3 penumpang di bahagian depan. Jika kusyen dilipat, bahagian belakang kusyen mampu menampung berat sehingga 100kg. Jika kusyen belakang dilipat, ada 25 liter ruang kargo tambahan dalam kabin. Bergantung pada varian, Landtrek dilengkapkan dengan sistem penyaman udara 2 zon, lampu hadapan LED, sistem kamera 360 darjah dengan suapan 4 kamera, Hill Decent Control, 6 beg udara, sistem kawalan kestabilan ESC dan Lane Departure Warning.

Sumber : Mekanika
Website :https://www.mekanika.com.my/
Facebook :https://www.facebook.com/MekanikaMalaysia/
Instagram :https://www.instagram.com/mekanika.malaysia/?hl=en
Youtube :https://www.youtube.com/channel/UCW_a5QtfMwZ5gNBhgXBdscQ

Previous Post

Peningkatan Permintaan Kereta Mewah Di Korea

Next Post

Rekaan Lebih Unik Kia Carnival 2021, Tampil Lebih Mewah Dan Maskulin

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved