Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

Ferrari Roma Ke Pasaran Malaysia

hpmedia webadmin by hpmedia webadmin
24/06/2020
in BULETIN, UTAMA

Pengimport dan pengedar rasmi jenama Ferrari, Naza Italia, melancarkan Ferrari Roma ke pasaran Malaysia. Model terbaharu yang menjadi simbol kemewahan itu ditawarkan pada harga asas tidak termasuk cukai dan pilihan ubah suai RM968,000. Dengan menekankan konsep Nuova Dolce Vita (kehidupan lebih baik) jentera Grand Tourer (GT) itu diinspirasikan daripada rekaan ikonik era tahun 1960-an, 250 GT Berlinetta lusso dan 250 GT 2+2.

Bahagian luaran Ferrari Roma menonjolkan elemen daripada Monza SP dengan jaluran lampu utama Matrix LED dan rekaan gril yang besar. Secara peribadi, pandangan sisi bahagian hadapan jentera ini kelihatan seperti seekor ikan jerung. Rekaan lampu di bahagian belakang rata digandingkan bersama corong ekzos berkembar menjadikan ia lebih garang dan mantap. Bunyi ekzos jentera ini jangan kata memang padu, boleh kejut orang daripada tidur.

Rekaan aerodinamik di bahagian belakang juga memudahkan ia ‘memotong’ angin terutama ketika memecut. Ferrari Roma menawarkan konsep dwi kokpit menggabungkan kombinasi elegan dan sporty. Struktur simetri di ruang kabin memberi keselesaan kepada pemandu dan penumpang.

Penumpang akan merasai pengalaman seperti membantu pemandu mengendalikan jentera terbaharu ini. Kalau rasa hendak penumpang senyap pun boleh, terdapat skrin khusus untuk penumpang melayan hiburan. Di bahagian kokpit yang menekankan HMI (Human-Machine Interface) untuk memberi keselesaan dan fokus kepada pemandu, terdapat skrin instrumen sebesar 16 inci yang memaparkan segala informasi seperti sistem navigasi. Satu paparan skrin sentuh dengan orientasi menegak bersaiz 8.4 inci pula diletakkan di bahagian tengah.

Roda stereng Ferrari Roma turut menampilkan siri kawalan berbilang sentuhan. Ciri itu membenarkan pemandu mengawal kenderaan tanpa perlu mengalihkan tangan daripada stereng. Ia merangkumi manettino 5 posisi, lampu utama, pengelap cermin dan lampu membelok. Selain itu, kalau diperhatikan Roma hadir dengan butang digital dan kawalan sentuh termasuk ketika hendak menghidupkan enjin serta di roda stereng.

Kemasan dalaman mendapat sentuhan kemewahan merangkumi gabungan bahan seperti kulit Frau, Alcantara, aluminium krom dan gentian karbon. Mendapat khidmat enjin V8 – 90° turbo yang tergolong dalam keluarga enjin memenangi kategori Enjin Terbaik selama empat tahun berturut-turut dalam Anugerah Tahunan Enjin Antarabangsa sudah pasti jentera ini akan memberi kepuasan. Bunyi deruman enjin jentera ini tidak boleh dipertikaikan, apatah lagi ia mampu menghasilkan kuasa 620hp dan tork 760Nm.

Enjin itu kemudian digandingkan dengan transmisi klac berkembar lapan kelajuan yang diperkenalkan pertama kali pada model SF90 Stradale. Roma mampu memecut 0 hingga100 km/j dalam masa 3.4 saat dengan kelajuan 200km/j yang boleh dicapai dalam masa 9.3 saat. Sementara kelajuan maksimum pula boleh mencecah 320km/j.

Ferrari turut memperkenalkan sistem pilihan ADAS (SAE Level 1) yang merangkumi Kawalan Kelajuan Adaptif, Brek Kecemasan Sendiri, Amaran Penukaran Lorong dengan Pengesan Isyarat Trafik, Pengesan Titik Buta dengan Kepekaan Trafik Lintasan Belakang dan Kamera Pandangan Sekeliling.

Sumber : Mekanika
Website :https://www.mekanika.com.my/
Facebook :https://www.facebook.com/MekanikaMalaysia/
Instagram :https://www.instagram.com/mekanika.malaysia/?hl=en
Youtube :https://www.youtube.com/channel/UCW_a5QtfMwZ5gNBhgXBdscQ

 

Previous Post

Sesuai Untuk Dibawa Ke Pusat Membeli-belah Atau Menempuh Laluan Berliku Dan Permukaan Berpasir

Next Post

Peningkatan Permintaan Kereta Mewah Di Korea

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved