­
Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

SL*TBERRY

Saiful by Saiful
16/01/2019
in MODIFIKASI, UTAMA

Pada tahun 2002, Nissan mengambil keputusan untuk tidak meneruskan kereta platform S, yang digunakan dengan meluas untuk keluarga Silvia. Zaman dah berubah katanya. Mana nak pikir masalah alam sekitar lagi. Tumpuan mereka lebih kepada Fairlady Z dan GT-R sebagai model berprestasi tinggi, sekaligus menamatkan kewujudan model ringkas dan lincah seperti Silvia.

Sehingga kini, lompong untuk kereta segmen ini masih belum terisi. Ia meninggalkan Silvia S15 sebagai pilihan terakhir yang boleh kita miliki. Walaupun berusia belasan tahun, rekabentuk model ini masih lagi relevan dan tetap kelihatan menarik kepada peminatnya.

Ambil contoh Silvia S15 Spec S milik Kepet nih. Mengambil inspirasi budaya kustom jalanan Jepon, matlamat Kepet mahu menghasilkan sebuah kereta berkarektor yang lain dari norma kebiasaan. Ia mesti nampak tegap dan rendah, tapi masih boleh digunakan seharian. Cuma masalah jalan raya kita ni bukan elok sangat. Sambungan jejambat pun dah macam longkang. Hanya yang kental macam Kepet saja, sanggup berdepan masalah bumper tercabut akibat tersadung nat soploh di tengah jalan.

Kereta ini ada jiwa dan aura tersendiri. Kalau letak sebijik yang siap bikin sebelah dia sekali pun, tumpuan kita masih tetap padanya. Macam pakai mandrem pulak. Selain rupa parasnya yang mendap dan labuh, kaler merah candy dengan efek bling-bling tu pun main peranan jugak. Ia turut diserlahkan dengan bumper depan Nismo Type 2, penutup lampu depan Nismo, skirt sisi Vertex, cermin sisi GKTech, spoiler dan lampu belakang D Max, serta binaan hood, fender, lip depan dan sisi kustom. Memandangkan bumper belakang dah tak musim untuk kereta-kereta derip, ia telah digantikan dengan bash bar dari Drifthouse. Cucuk la kalau minat…

Selain luaran, perubahan besar turut berlaku pada sistem gantungan. Nak terang pun payah, benda susah nampak. Senang cakap hampir semua komponen yang terdapat di bawah kereta ini telah ditukar baru. Contohnya penggunaan kit pelarasan lengan suspensi dan roll center GKTech V3, tie rod dan sambungan rak stereng Part Shop Max, cagak aluminium Madrush untuk subframe belakang, lengan bawah dan wonder brace depan Madrush, serta bar penstabil Cusco. Kesemua bush penting juga telah digantikan dengan material jenis PU yang lebih pejal. Bagi membentuk karektor yang diinginkan, sistem gantungan dilaras menggunakan set suspensi Tein Type Flex.

Walaupun menggunakan rim sebesar 18-inci, kedudukan lengan suspensi dan camber kereta ini masih lagi negatif. Hadap jelah, dah memang itu penyakit yang Kepet cari. Memastikan tayar gemok Achilles ATR Sport bersaiz 225/40ZR-18 itu terletak betul-betul di hujung fender, ia perlu diregangkan pada rim Work Meister S2R selebar 10-inci. Untuk sektor hentian, sistem brek disalin sepenuhnya dari Skyline R33, termasuk pemasangan kit stopper GKTech untuk kesan brek yang lebih padu.

Sangkaan ia datang dengan enjin berkuasa turbo, nampaknya jauh meleset. Masih dengan enjin asal rupanya. Itu pun boleh gasak derip bagai. Yang memberi lebih tenaga kepadanya adalah penempatan beberapa komponen tambahan seperti penapis udara Blitz SUS, kabel pencucuh Splitfire V-Charger, regulator Works Engineering, pulley throttle GKTech V2 yang lebih besar, serta klac kipas GKTech untuk bantuan sejukan. Aksesori solekan lain terdiri daripada penutup radiator dan minyak enjin Nismo, serta pemegang bateri Cusco.

Berbanding model tertinggi Spec R, sistem transmisi kereta ini menggunakan kotak gear manual 5 kelajuan. Sedikit perubahan turut berlangsung di bahagian ini seperti penempatan flywheel yang diringankan, unit LSD 1.5-way Tomei, serta kit tuas gear GKTech untuk lontaran gear lebih tepat. Sistem ekzos pulak diberi penangan perang sepenuhnya dengan manifold 4-2-1 HKS Racing, sebelum dihala keluar menggunakan paip kustom ala GT. Bunyi jangan citerlah, dah tentu mintak ampun awal-awal.

Sisipan bahagian dalam nampaknya macam S15 yang kita kenal. Takde gajet tambahan yang boleh mencuri tumpuan, kecuali kerusi bakul Bride Zeta I Kevlar di bahagian pemandu, serta meter utama, pedal dan tombol gear Nismo. Nampak sain-sain yang bergelimpangan kat batang stereng Nardi Torino tuh? Bukan saja lukis yer. Tapi autograf sebenar Keiichi Tsuchiya, Daijiro Inada, Under Suzuki, Nobuteru Taniguchi, Tarzan Yamada, Daigo Saito, Shoji Inoue dan Yuji Miyazaki. Ni mesti selalu pikul stereng masa tengok event derip.

Selama 8 tahun membela kereta ini, Kepet pernah menyertai pelbagai siri perlumbaan khususnya dalam sukan autocross dan gymkhana. Boleh tahan jugaklah, podium pun pernah. Cuma sejak akhir-akhir ni jer minatnya berubah, untuk mengambil kontrak menyapu jalan…

 

Previous Post

D SOKAN

Next Post

SANG NILA UTAMA

CAPAIAN

  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved