Cheng Shin Rubber Industry Co. Ltd. merupakan syarikat tayar kesembilan terbesar di dunia yang mengeluarkan jenama CST Tires. Diedarkan di 150 buah negara, ia kini menguasai pasaran tayar basikal dunia, selain segmen motosikal, kenderaan lasak, trak, jentera pertanian dan lain-lain.
Sesuai dengan perkembangan semasa, CST Tires telah mengorak langkah untuk menghasilkan tayar kenderaan penumpang. Menerusi kemudahan fasiliti yang dipertingkatkan, mereka kini telah mencapai standard pensijilan DOT (Jabatan Pengangkutan Amerika Syarikat), ISO9001, E-Mark, TS 16949, termasuk Anugerah Jenama Terkenal China.
Bagi pasaran tempatan, CST Tires diedarkan oleh Kian Hon Tyres Sdn Bhd yang juga merupakan pengedar tunggal Maxxis Tyres di Malaysia. Mereka cukup dikenali dalam lapangan sukan lasak, khususnya menerusi Maxxis 4X4 Club yang aktif menyertai perlumbaan Rain Forest Challenge (RFC). Kejayaan memenangi gelaran juara keseluruhan RFC selama 3 tahun berturut-turut merupakan pencapaian yang membanggakan, memandangkan ia diiktiraf antara 10 perlumbaan sukan lasak paling mencabar di dunia.
Penyertaan jenama CST Tires dalam keluarga Kian Hon Tyres dan Maxxis Tyres bakal mengukuhkan lagi kedudukan mereka dalam pasaran tayar tempatan, khususnya untuk segmen kenderaan lasak, kereta penumpang dan kenderaan berat.
Untuk maklumat lanjut, layari laman web: www.csttires.com, Facebook: CST Tires Malaysia, atau Instagram: @csttiresmalaysia
Kian Hon Tyres Sdn Bhd
2-39, Jalan SU8 (Lion Industrial Park),
Taman Perindustrian Subang Seksyen 22,
40300, Shah Alam, Selangor, Malaysia
Tel: 03-5192 8680
FB: www.facebook.com/csttiresmalaysia/
FB:www.facebook.com/KianHon.my/
Insta: www.instagram.com/csttiresmalaysia/
Website:www.kianhon.com.my/index.html