Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

ENTWICKLUNG 39

Saiful by Saiful
15/01/2019
in MODIFIKASI, UTAMA

Okey, citer sini abis sini. Kira-kira sedekad yang lalu, gua sebenarnya pernah menaruh hati kepada model E39 ini termasuk abangnya E34. Semuanya kerana pengaruh rakan sebaya, selain melihat ia sebagai sebuah sedan mewah yang sangat menarik. Apa yang pasti, harganya ketika itu taklah murah macam sekarang. Loan pun tak tinggi mana. Akibat faktor luar jangka, hasrat untuk memilikinya terpaksa dibatal begitu saja.

Tergolong dalam keluarga BMW 5 Series, E39 hanya boleh didapati dalam platform sedan dan wagon. Sepanjang 9 tahun pengeluaran antara tahun 1995 hingga 2004, ia sentiasa ditambah baik termasuk penggunaan enjin yang pelbagai. Pening jugak nak bezakan model yang ada. Paling mengujakan pastinya model M5, yang menjadi rujukan tertinggi buat pemilik model lain.

Esyam antara pemilik E39, yang masih menyimpan kereta ini sebagai jentera mainannya. Nak jual sayang, kenangan mengusik jiwa pun banyak. Dari biar berselimut tanpa kasih sayang, ia diberi nafas baru untuk menggeletek naluri kelajuan.

Dari segi luaran, rupanya sebagai sedan eksekutif masih dikekalkan menerusi penggunaan kit badan M5. Memang gitu pun caranya, baru enak dipandang mata. Kemudian ditambah beberapa komponen lain seperti hood karbon fiber kustom, lip karbon Hamann, serta spoiler belakang dari AC Schnitzer.

Bahagian roda menampilkan rim Rotiform berukuran 19 inci, yang dibalut pada tayar nipis Achilles dari saiz berbeza. Biasalah kereta RWD, dah tentu yang belakangnya lagi lebar. Di sebalik roda depan tersemat set brek 6-pot AP Racing, yang sangat membantu kuasa hentian. Memastikan keseimbangan antara rupa dan pengendalian, sistem gantungan diperkemas semula mengunakan set suspensi boleh laras kustom.

Masalah membela kereta lama berdarah Eropah seperti ini adalah, kondisi enjinnya yang tak berapa nak harap. Selepas sekian lama digunakan, mesti macam-macam penyakit yang datang. Sana retak, sini bocor, menyebabkan kos balik pulihnya langsung tak berbaloi dengan nilai semasa. Bosan melayan kisah yang sama, Esyam nekad menggantikan enjin asal dengan enjin 2JZ-GTE yang lebih dipercayai. Baru tak ganggu kawan tow truck nak tidur malam…

Seperti diketahui ramai, 2JZ-GTE mempunyai potensi yang cukup besar untuk dimajukan. Ia mampu menerima desakan yang serius, walaupun tanpa perubahan di bahagian dalam. Bagi enjin ini, peningkatan yang dilakukan tertumpu kepada sistem pendesak, untuk meledakkan kuasanya tanpa segan silu.

Simpulan turbo berkembar asal telah dimatikan dan diganti dengan setup turbo tunggal Garrett GT35. Ia disangkut pada manifold turbo kustom yang turut memegang sebuah wastegate Turbosmart 45mm. Sebaik dimampatkan, tekanan boost yang terbentuk akan disejukkan oleh intercooler Blitz bersama paip sambungan kustom. Lebihan boost yang tidak digunakan, kemudiannya dilepas keluar menerusi injap pelepas Works Engineering. Sebagai pemudah cara, perjalanan enjin baru ini telah ditala semula menggunakan unit piggyback GReddy e-Manage.

Bahagian dalam menampilkan komponen milik M5 di bahagian tempat duduk, termasuk stereng dari pakej M Sport. Untuk tampak lebih mewah, hampir semua komponen penting bahagian ini telah dibalut semula menggunakan material kulit dan alcantara. Satu-satunya komponen asing yang boleh dikesan adalah, kehadiran meter boost GReddy untuk tujuan pemantauan.

Agaknya apa jadi kalau gua mampu pakai kereta ni suatu ketika dulu. Serender awal? Sama terjebak macam Esyam? Atau mungkin dah jadi yaibi sekarang nih…

 

Previous Post

THE UNICORN

Next Post

NUEX HKS

CAPAIAN

  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved