Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

EVO PENCEN

hpmedia webadmin by hpmedia webadmin
19/03/2020
in MODIFIKASI, UTAMA

Kalau ada yang perasan, trend milikan kenderaan hari ini lebih menjurus kepada segmen SUV. Hampir setiap pengeluar utama, ada menawarkan model untuk segmen ini sama ada jenis kompak, crossover, 7 tempat duduk, dan lain-lain. Rambang mata jugaklah dibuatnya. Honda ada HRV dan CRV, Toyota ada Rush, CHR, Fortuner dan Harrier, Nissan ada X-Trail, Mitsubishi ada ASX dan Outlander, Subaru ada XV, Outback dan Forester, Perodua ada Aruz, Mazda ada CX3, CX5, CX8 dan CX9, Proton yang tak pernah ada SUV pun dah ada X70. Itu baru pengeluar tempatan dan Jepun, belum lagi kira yang lain-lain.

Sedih untuk yang marhain macam kita, kerana semua yang disenaraikan merupakan model-model baru yang perlu ditempah di bilik pameran berhawa dingin. Dah duduk dalam ekon tu, paham-paham jelah harga dia. Kalau minat nak pakai tapi tak mampu tanggung beban untuk tempoh 9 tahun, disarankan jangan lalu atau singgah sesuka rasa. Masih ada pilihan lain yang boleh difikirkan, khususnya kepada mereka yang minat dengan dunia modifikasi.

Alternatif dimaksudkan adalah model SUV lama seperti Mitsubishi Airtrek, yang masih berpotensi untuk ditambah baik. Rupa paras dan ciri-cirinya mungkin tak sehebat SUV moden semasa. Tapi jumlah naik taraf yang boleh diterima mampu mengejutkan model seangkatan, termasuk jentera berprestasi yang acah-acah laju.

Airtrek milik Das ini antara yang boleh dijadikan contoh. Lahir sebagai model asas dengan sistem pacuan AWD, ia telah dibina semula bagi memenuhi minat dan keperluannya dalam satu masa. Bayangkan banyak mana usaha yang telah beliau lakukan. Tu pasal kalau ada yang nak pencen main Evo, memang inilah antara model yang boleh dipertimbangkan.

Memandangkan ia model kurang femes, gaya luaran tak banyak pilihan yang boleh diguna pakai. Untuk kereta ini, bumper depan tanpa lampu fog tu masih lagi asal, kecuali tambahan lip dari RalliArt. Begitu juga dengan bumper belakang yang hanya dihias skirt RalliArt dan plet bumper kustom. Komponen lain seperti skirt sisi, hood dan bonet pula disalin dari varian turbo, sebelum disudahkan dengan tempelan skup gentian karbon.

Nak kasi seri lagi, ruang roda diisi rim 17-inci jenis Rays Gram Lights 57C yang dibalut pada tayar Toyo bersaiz 235/45ZR-17. Memastikan tahap pengendalian lebih sempurna, keseluruhan sistem gantungan menerima set suspensi boleh laras dari GAB, termasuk tambahan bar Ultra Racing di sana-sini. Kuasa hentian bagaimanapun tidak berubah dan masih kekal dengan komponen asal. Tunggu ada model katanya.

Seperti yang dimaklumkan, tak semua Airtrek datang dengan enjin berkuasa turbo. Sebahagiannya cuma dibekalkan dengan enjin NA 4G63 SOHC, termasuk kereta ini. Sebagai langkah permulaan, ia juga perlu dipencenkan bagi memberi laluan kepada enjin 4G63T yang dikacuk-kacuk.

Nak kata enjin baru ni pawer mencanak pun tak jugak. Ini kerana keseluruhan bahagian dalaman masih menggunakan komponen asal. Yang betul-betul Das usik adalah bahagian kepala silinder, meliputi kerja-kerja port & polish sebelum dibantu kit camshaft HKS, retainer Crower, serta sepasang cam pulley Tomei.

Sistem pendesak dibuat lebih cekap hasil naik taraf sebahagian komponennya. Unit turbo digantung pada manifold rekaaan SAR, yang turut mengandungi sebuah wastegate Turbosmart Ultra-Gate38. Boost yang terhasil seterusnya disejukkan oleh intercooler dan paip sambungan GReddy, sebelum dibawa ke manifold kemasukan Evo VII. Kawalan boost kemudian datang dari pengawal boost manual Works Engineering, manakala injap pelepas Sheepdog berfungsi mengeluarkan tekanan boost berlebihan.

Bagi menggalak proses pembakaran, bekalan petrol dibawa oleh pam petrol AVS 265 terus ke rel bahan api kustom. Ia ditembak ke kebuk pembakaran oleh set injektor Siemens, dengan unit regulator Aeromotive mengawal jumlah tekanan. Membolehkan enjin ini bekerja lebih cemerlang, unit ECU Evo VIII yang digunakan telah ditala semula bagi mengaktifkan fungsinya ke tahap optimum.

Untuk tujuan kemasan, gumpalan wayar yang dulunya berselirat telah dibalut dan disorok sebaik mungkin. Sebahagian komponen enjin ini juga, turut dicantikkan dengan proses powder coating. Nak kasi lagi wayang, paip buangan wastegate sengaja dihala keluar pada hood depan. Paling menarik peralihan sistem transmisi automatik kepada manual, menggunakan kotak gear Evo VI dan set klac plet berkembar Ogura Racing. Baru jantan!

Macam luar, pilihan komponen dalaman Airtrek juga agak terhad. Das bagaimanapun berusaha mendapatkan set tempat duduk dan panel pintu varian turbo, untuk disalin semula kepada kereta ini. Akibat perubahan pada sistem transmisinya, kedudukan tuas gear perlu dialih ke bahagian tengah lantai. Sementara tuas gear asal yang dulunya terletak di ruang papan pemuka telah ditutup dengan sebuah meter boost GReddy.

Sebaik pengeluarannya ditamatkan, Mitsubishi tidak lagi menggunakan nama Airtrek ketika memperkenalkan model generasi kedua. Kenal Mitsubishi Outlander? Itulah rupa Airtrek zaman sekarang…

SPESIFIKASI

  • Pemilik – Dasuki Sharom
  • Pengeluar – Mitsubishi
  • Model – Airtrek
  • Tahun – 2002
  • Enjin asal – 4G63 SOHC
  • Modifikasi Enjin – 4G63T, port & polish kepala silinder, set camshaft HKS, retainer Crower, cam pulley Tomei, penapis udara K&N, manifold turbo SAR, wastegate Turbosmart Ultra-Gate38. intercooler & paip sambungan GReddy, manifold kemasukan Evo VII, pengawal boost Works Engineering, injap pelepas Sheepdog, pam petrol AVS 265, rel bahan api kustom, injektor Siemens, regulator Aeromotive, ECU Evo VIII, radiator aloi Sard
  • Transmisi – Kotak gear Evo VI, set klac plet berkembar Ogura Racing, sistem pacuan AWD
  • Ekzos – Paip ekzos kustom
  • Luaran – Lip & skirt bumper RalliArt, plet bumper kustom, skirt sisi, hood & bonet Airtrek Turbo, skup gentian karbon.
  • Suspensi – GAB
  • Brek – Standard
  • Rim & Tayar – Rays Gram Lights 57C 17-inci & Toyo 235/45ZR-17
  • Dalaman – Tempat duduk & panel pintu Airtrek Turbo, meter boost GReddy, pemasa enjin Blitz, tombol gear RalliArt
  • Bengkel – –

Previous Post

THE 70’S SHOW

Next Post

CILI PERANG

CAPAIAN

  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved