Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

MISI EVO

Saiful by Saiful
20/01/2019
in MODIFIKASI, UTAMA

Jangan keliru! Ini bukan kereta Acik Kosmetik yang keluar bulan lepas, tapi sebuah wagon lain yang jauh lebih rare. Apasal gitu? Sebab belum ada lagi model seumpamanya, telah menjalani proses transformasi selengkap ini. Itu pun kalau dukun Diana Dahlan tak menipulah.

Kereta ini dibeli Azam dalam keadaan standard sejak beberapa tahun lalu. Jumpa kat used car mana tah. Disebabkan dia memang hantu dengan kereta jenis wagon, ia segera disambar pulang walaupun terpaksa men-trade-in dua bijik kereta yang ada di garaj rumah. Fuh, kental sungguh cuping telinga kau tahan ceramah…

Apa yang diperolehi sebenarnya bukanlah Lancer Evolution IX Wagon (CT9W), tapi sebuah Lancer Cedia Wagon (CS5W). Jadilah, janji akan-akan bunyinya. Ikut rupa asal dah tentu bukan macam ni. Namun lepas kaji dan selidik, ia sebenarnya boleh menerima komponen CT9A dan CT9W dalam jumlah yang agak banyak.

Keseluruhan ruang depan telah dipadankan dengan komponen milik Evo CT9W, meliputi bahagian fender, bumper dan lampu utama. Ni memang senang sebab rangka dalamnya masih lagi sama. Yang jadi payah bila melibatkan bahagian sisi belakang, yang jauh lebih kembang berbanding Cedia. Nak bikin pakai fiber takut cepat melepuh. Maka diusahakan juga, mencari panel sisi belakang Evo CT9W yang sebenar.

Pemasangan panel ini memerlukan kesemua pintunya ditukar kepada model yang sama. Baru boleh agak tebal mana. Lain-lain komponen Evo CT9W yang diperlukan termasuklah skirt sisi, tailgate, lampu dan bumper belakang, selain tambahan hood gentian karbon dan cermin sisi kemetot dari APR.

Satu kegemaran Azam yang gua perasan ialah, minatnya dalam urusan jual-beli rim. Pohpaleh aok, kejap gitu kejap gini. Terbaru rim SSR Type C bersaiz 18-inci, yang cukup kena dengan penampilan barunya. Ia kemudian dipadankan dengan tayar Achilles ATR Sport berukuran 235/40R-18 setiap satu. Sistem suspensi pulak menggunakan set boleh laras Ohlins untuk depan dan Tein HA di bahagian belakang. Manakala kuasa hentian datang dari kit brek Brembo Evo CT9W bersama pad brek gigit Bendix Metal King.

Alang-alang nak bikin, enjin jimat minyak 4G93T GDI yang asal telah dipinggirkan dan diganti dengan enjin 4G63T dari Evo CT9W GT-A. Memandangkan ia sering digunakan untuk perjalanan jauh, salinan enjin ini belum menerima sebarang pengubahsuaian yang berat. Azam cuma menyediakan sisipan gasket keluli 1.5mm, wastegate Tial 38mm, injap pelepas HKS SSQV, serta pam Walbro 255 untuk bekalan petrol. Bagi menghilangkan sekatan yang wujud, unit ECU telah diprogram semula selaras dengan nisbah kuasanya.

Menariknya, kereta ini juga datang standard dengan sistem pacuan AWD. Memang senyum jelah kalau lalu Puspakom. Cuma yang dibimbangkan faktor ketahanan, memandangkan kuasa barunya yang jauh lebih tinggi. Tengah elok merembat highway, tau-tau bersepai. Tak ke naya jadinya.

Sangkaan ia boleh menerima salinan lengkap sistem pacuan Evo CT9W nampaknya jauh meleset. Ini disebabkan kedua-duanya, dibina atas platform berbeza. Kalau niat nak pakai jugak, bahagian lantai belakang perlu ditebuk dan dikopek keluar. Kira macam bikin Lancer CK jugaklah. Tapi jangan risau, masih ada helah yang boleh diguna pakai. Caranya naikkan aje transfer case, differential dan subframe belakang model Airtrek, tanpa perlu diubahsuai. Boleh masuk rupanya. Bijak sungguh kepala lutut diorang ni mikir…

Keperluan bahagian dalam diserikan dengan segala macam komponen milik Evo CT9W. Dashboard, stereng, konsul gear, panel pintu, tempat duduk depan dan karpet, kesemuanya disalin dari model berkenaan. Lain-lain komponen yang digunakan termasuklah tempat duduk penumpang Evo IX, tempat duduk belakang Cedia Wagon RalliArt, meter utama RalliArt, rangkaian meter Defi, serta paparan Defi ZD untuk tujuan pemantauan.

Keunikan kereta ini bukan saja menarik minat peminat Evo tempatan, tapi juga rakan-rakan dari Thailand. Kagum sungguh dibuatnya. Maklumlah benda tak biasa jumpa. Lebih maneh apabila ia diketahui sebagai satu-satunya Cedia Evo versi wagon yang paling lengkap pernah dihasilkan di sini…

 

 

Previous Post

EBBY CUSTOM

Next Post

INTEGER R

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved