Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

RUN 2ZZ

hpmedia webadmin by hpmedia webadmin
07/03/2020
in MODIFIKASI, UTAMA

Bila sebut nama Corolla, apa yang boleh kita bayangkan adalah sebuah kereta yang sangat tahan lasak. Generasi pertama siri E10 misalnya, masih boleh dilihat melata bebas ke sana-sini. Itu belum kira model-model generasi lain. Memang Toyota dulu-dulu dibuat cukup liat, sampai langsung tak kenal makna rosak.

Selepas berjaya dengan siri E100, Corolla telah digantikan dengan model generasi kelapan E110 yang lebih moden pada tahun 1995. Namun akibat persaingan hebat dari pengeluar kereta tempatan, nama Corolla mula tenggelam dan mengalami penyusutan jualan yang agak ketara. Sehinggalah Toyota memperkenalkan Vois pada tahun 2002, sekaligus meninggalkan Corolla bernama Altis berada dalam kelas tersendiri.

Tidak seperti Corolla E100, siri E110 sebenarnya datang dengan potongan badan yang agak lembut. Tak ramai yang minat, tu pasal payah nak jumpa yang betul-betul bikin. Kalau ada pun mesti macam kereta Mesol nih, yang lebih berorientasikan keperluan untuk seisi keluarga.

Untuk keluarga satu hal. Namun keinginan terhadap prestasi tetap menjadi keutamaan. Memandangkan enjin asal tak berapa nak feel, sesuatu yang lebih bertenaga amat Mesol perlukan sebagai ganti.

Sudah menjadi kebiasaan, enjin 4AGE Silvertop dan Blacktop akan menjadi pilihan paling popular untuk disumbatkan dalam kereta ini. Rega boleh dengor, sparepart pun bersepah. Tapi jika inginkan sesuatu yang lebih baru dan segar, enjin 2ZZ-GE dari Celica ZZT231 ini, mungkin antara pilihan yang boleh difikirkan.

Enjin ini mempunyai potensi besar untuk dimajukan. Selain Toyota, Lotus juga antara pengeluar yang telah menggunakan enjin ini untuk model Elise and Exige terdahulu. Walaupun kod enjin ini ada angka dua, ia sebenarnya hanya berkapasiti 1.8-liter. Angka tersebut cuma pengenalan kepada generasi enjin, yang kini menerima sistem injap pemasaan pintar VVTL-i hampir menyerupai teknologi VTEC Honda.

Buat masa ini, Mesol masih mengekalkan kemampuan enjin ini tanpa modifikasi berat. Yang dibikin cuma proses porting di bahagian kepala silinder, diikuti penggunaan pam minyak berprestasi dari Monkey Wrench. Sistem penyampaian bahan api juga telah dirombak semula menggunakan pam petrol AEM, regulator AEM dan rel bahan api Monkey Wrench. Alang-alang nak buang cut off dan membetulkan masa bukaan injap, sistem pengurusan enjin kini ditala sepenuhnya menggunakan unit ECU Adaptronic E440D. Patut ringan lain macam…

Pandangan luar sebenarnya agak kurang memberangsangkan. Macam takde apa jer, walaupun telah disarungkan dengan kit badan JDM dari model AE111 GT. Dah memang gitu rupanya, nak bikin acaner lagi. Kalau taruk sayap bagai, kang terbang pulak. Sebagai penyeri, ruang roda diisi rim SSR Type C beserta tayar Yokohama Advan Neova AD08 berukuran 195/55R-15. Memastikan ia mampu berhenti pada waktunya, sistem brek depan kini dilengkapi kaliper 4-pot dari Willwood.

Macam luar, bahagian dalam juga telah disalin dengan komponen JDM dari model AE111 GT. Yang mana bukan peminat tegar Corolla, mungkin tak perasan mana. Paling menarik, ruang meter utama yang kini menempatkan unit paparan digital Dash 2 dari Race Technology. Mana radio? Kata resing, mana ada masa nak dengor lagu….

SPESIFIKASI

      • Pemilik – Mesol
      • Pengeluar – Toyota
      • Model – Corolla AE111
      • Tahun – 2000
      • Enjin asal – 4AFE
      • Modifikasi Enjin – 2ZZ-GE Celica ZZT231, port & polish kepala silinder, pam minyak Monkey Wrench, pam petrol AEM, regulator AEM dan rel bahan api Monkey Wrench, ECU Adaptronic E440D, radiator aluminium D&D
      • Transmisi – Kotak gear manual 6-kelajuan, klac Exedy Racing
      • Ekzos – Kustom
      • Luaran – Kit badan AE111 GT
      • Suspensi – Kustom
      • Brek – Kaliper 4-pot Willwood (depan)
      • Rim & Tayar – SSR Type C 15-inci & Yokohama Advan Neova AD08 195/55R-15
      • Dalaman – Salinan komponen AE111 GT, tombol gear TRD, paparan digital Dash 2 Race Technology
      • Bengkel – –

Previous Post

SIMPLE PLAN

Next Post

DUAPULUHTUJUH

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved