Foto: Amri Kosri @ Ardell 4ride
Buat julung kalinya, Suanphak Car Club telah menganjurkan Putrajaya Auto Show 2019, bertempat di Sport Arena Cyberjaya pada 8 Disember yang lalu. Ia merupakan pertandingan autoshow terbesar pernah dianjurkan oleh sebuah komuniti permotoran, yang menawarkan hadiah keseluruhan bernilai RM60,000, termasuk Proton Wira dan Proton Satria sebagai hadiah cabutan bertuah.
Puluhan kelab dan komuniti permotoran hadir menyatakan sokongan. Tidak ketinggalan barisan pemain autoshow tegar bersama jentera masing-masing. Walaupun diadakan di kawasan terbuka, lebih 2,000 orang pengunjung telah membanjiri tapak acara bagi meninjau barisan kereta yang mengambil bahagian.
Pertandingan autoshow ini dibahagikan kepada 10 kategori utama iaitu Best Proton JDM, Best Proton MDM, Best Proton Rompong, Best Perodua, Best JDM, Best Old School, Best Decals, Best Audio, Best Extreme Bodykit dan Best Engine Bay. Setiap kategori menawarkan hadiah wang tunai sehingga RM3,500, selain piala dan sijil. Sebagai tanda penghargaan, pihak penganjur turut mengadakan pertandingan untuk kelab dan komuniti yang hadir dengan tawaran hadiah sehingga RM7,000.
Sejak ditubuhkan pada tahun 2015, Suanphak Car Club sentiasa menganjurkan aktiviti bermanafaat, termasuk konvoi rentas sempadan. Memiliki jaringan keahlian hampir di setiap negeri, ia membantu mengukuhkan hubungan antara kelab, tanpa mengira jenis kenderaan yang dipandu.