Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

SAGA JEPON

Saiful by Saiful
06/02/2020
in MODIFIKASI, UTAMA

 

Kerana minat, kekadang kita sanggup lakukan apa saja untuk mencapai hasrat yang diimpikan. Yang mana tak boleh pun dibolehkan jugak, sehingga mampu tersenyum dengan hasil yang diperolehi. Ni citer guna cara yang betullah. Kalau sodok kot jalan pintas, hati sendiri pun tak seronok…

Bagi peminat tegar Saga, usaha mereka untuk menyelamatkan khazanah berharga ini antara yang harus dipuji. Masing-masing cuba melahirkan semula model legasi ini dalam kondisi terbaik. Peezal dulu-dulu pun sama jugak. Sehingga peluang memiliki kereta bergeran Fiore ini, terhidang lazat di depan mata…

Kisah bermula apabila seorang rakan, mengkenenkan beliau dengan kereta ini yang tersadai terok di sebuah bengkel. Kes eksiden belanggor dan pemilik asal tidak berkemampuan untuk membayar kos baik pulih. Lepas setahun tak gerak-gerak, pomen bengkel pulak yang tension, lalu mengusulkan untuk menjual atau menamatkan saja riwayat hidupnya. Mengetahui hal ini, pertemuan segera diatur antara Peezal dan pemilik asal, sebelum bersetuju melepaskannya dengan sedikit saguhati.

Selain kesan eksiden pada hujung frame depan, kondisi keseluruhan kereta ini juga agak menyedihkan. Banyak betul bahagian yang uzur dan bocor. Secara berdikit, ia telah ditogelkan di tepi bangsal rumah, sampai ke tetesan skru terakhir. Memula bikin body dulu, pastu tukar mana yang patut. Bila dah acah encem, baru dibawa ke bengkel untuk dicelup kaler biru.

Walaupun banyak pilihan, Peezal masih mengekalkan kit badan Fiore C11 seperti kejadian asal. Disertakan juga beberapa komponen buruan yang lain, macam grill sodok krom MMC, cermin sisi krom MMC, lining cermin krom, visor cermin krom, lining pintu C11 Turbo, serta sunroof kayuh Webasto dari Saga UK Spec.

Kedudukan kereta tidak direndahkan, sebaliknya masih menggunakan set suspensi standard. Ia kemudian menerima kuasa hentian dari brek cakera Galant VR4 di bahagian depan. Sesuai dengan penampilannya, rim popular Volk Racing TE37 telah dipilih untuk dipadankan bersama tayar Dunlop bersaiz 205/45R-16.

Usaha baik pulih turut melibatkan bahagian dalaman. Kemas kemain dengan kaler kelabu hitam. Rasanya kereta autoshow pun kalah. Ia didomimasi oleh papan pemuka Fiore C11 dengan meter turbo yang rare. Songkok meter tu pun rare jugak. Itu belum kira jam analog pada dashboard, radio SW Mitsubishi serta stereng kapal terbang Colt Turbo. Mengilangkan rupa lusuh yang dulu, tempat duduk dan panel pintu datang dari Fiore C12. Lain-lain komponen yang boleh disenaraikan termasuklah sarung tempat duduk Mirage, karpet getah Mirage serta tali pinggang Lancer A174 Turbo.

Kalau nak tahu, kereta ini masih boleh berlari dengan enjin asal kilang berusia 33 tahun! Ya, enjin Orion 4G13 8V yang dibekalkan, masih lagi berfungsi sampai hari ini. Peezal hanya menggantikan bahagian kepala silinder dengan komponen 12V, termasuk melakukan proses baik pulih untuk tujuan kosmetik. Kau giler cakap tak cantik!

Kekemasan enjin ini juga hasil insiatif Peezal yang keras berusaha menyorok komponen yang boleh dialih. Disebabkan enjinnya jenis kabereta, gumpalan wayar yang terlibat dah tentu tak banyak mana. Pam power stereng memang tak pernah pasang, sebab Peezal jenis pakai power reng sepenuhnya. Segala paip dan tabung dryer untuk aircon, disorok sebaik mungkin di sebalik ruang fender. Sementara unit radiator pulak, kini diletakkan betul-betul di bawah frame depan. Bateri? Dah tentu menyorok kat boot belakang.

Kerana minat, hampir dua tahun diperlukan Peezal untuk menyudahkan proses restorasi ini. Biasalah modal kecik, barang pun kutip-kutip. Jangan minat nak mintak beli sudah…

 

Spesifikasi

  • Pemilik – Muhammad Faizal Bazeli (Peezal Muhd)
  • Pengeluar – Mitsubishi
  • Model – Lancer Fiore C11A
  • Tahun – 1984
  • Enjin asal – 4G13 Orion
  • Modifikasi Enjin – Restorasi asal, kepala silinder 12V, penapis udara K&N
  • Transmisi – 4G15 manual
  • Ekzos – Standard
  • Luaran – Kit badan Fiore C11, grill krom MMC, cermin sisi krom MMC, lining cermin krom, visor cermin krom, lining pintu Fiore C11 Turbo, sunroof Saga UK Spec
  • Suspensi – Standard
  • Brek – Galant VR4 (depan)
  • Rim & Tayar – Volk Racing TE37 16-inci & Dunlop 205/45R-16
  • Dalaman – Papan pemuka Fiore C11, meter Fiore C11 Turbo, songkok meter, jam analog, radio SW Mitsubishi, stereng Colt Turbo, tempat duduk & panel pintu Fiore C12, sarung tempat duduk Mirage, karpet getah Mirage, tali pinggang Lancer A174 Turbo
  • Bengke l- Bikin sendiri & Munick Spray, Dengir Terengganu

 

Previous Post

STP & ARMORALL MALAYSIA

Next Post

PULZAR MALAYSIA @ DREAM CAR EXPO 2019

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved