Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

TOPLESS IS BETTER

Saiful by Saiful
09/01/2020
in MODIFIKASI, UTAMA

 

Bayangkan situasi di mana kau terbangun awal ketika sedang bercuti di hujung minggu. Nak lepak goyang kaki dah selalu. Takkan cuti-cuti pun nak buat benda yang sama. Tanpa berlengah, kau terus bersiap dan capai kunci kereta di atas meja. Tau-tau dah terpacak di kaki Genting dengan kawan sekepala. Orang lain mula berdesup dengan jentera penuh kuda-kuda. Tapi kau sekadar bersantai, menyusuri liku jalan dengan sebuah roadster tanpa berbumbung!

Itu antara keseronokan yang boleh diperolehi sekiranya memiliki roadster seperti S2000 ini. Ia tidak perlu berusaha untuk menarik perhatian ramai memandangkan model ini, sudah memiliki keperibadian yang tersendiri. Tapi S2000 bukanlah sebuah kereta yang boleh dibeli oleh semua orang. Selain harganya yang masih melangit, jumlah yang boleh diperolehi juga agak terhad di sini.

S2000 wujud sempena sambutan ulang tahun ke-50 Honda pada tahun 1999. Walaupun pernah mengeluarkan roadster Siri S (S500 / S600 / S800) dan Beat suatu ketika dulu, S2000 kekal sebagai satu-satunya model roadster berprestasi tinggi yang pernah dihasilkan Honda. Dengan rupa dan spesifikasi yang mendahului zaman, tidak hairanlah jika separuh dari jumlah pengeluarannya (66K/110K) terjual di Amareka.

Irwan antara yang berpeluang, memiliki roadster yang sudah mencapai status cult ini. Ia dibeli bagi memenuhi impian dan hobinya yang suka bertukar kereta. Bukan beli dan simpan berderet-deret. Tapi jenis beli, bikin, jual dan beli lain. Semua jenis kereta nak ditorai, sampai gua sendiri pun dah hilang kira. Lain macam sungguh hobi remaja bangka zaman sekarang…

Untuk kereta berstatus cenggini, proses naik taraf tak perlu dibuat secara berlebihan. Cukup dengan sedikit sentuhan di bahagian tertentu. Antara yang boleh dikesan termasuklah bumper depan dengan splitter karbon fiber J’s Racing Type S, hood karbon fiber J’s Racing Type V, serta tambahan diffuser untuk skirt sisi dan bumper belakang. Memandangkan unit soft top dan lampunya agak kusam, ia telah diganti baru menggunakan komponen dari model AP2.

Lupakan seketika tentang enjin siri H, B atau K, sebab kereta ini dibekalkan dengan enjin siri F yang sangat luar biasa. Dengan kod pengenalan F20C, ia terkenal kerana sifatnya yang sangat galak dan boleh mencecah garisan merah dengan mudah. Walaupun hanya berkapasiti 2.0-liter, enjin aspirasi normal pacuan belakang ini, masih dinilai sebagai yang paling berkuasa dalam kelasnya.

Dengan kekuatan standard mencecah 247 kekuda, hanya sedikit perubahan diperlukan untuk melonjak lagi kuasanya. Sentuhan pertama melibatkan proses kemasukan udara yang dibantu kit penapis udara BMC. Campuran yang terbentuk dalam kebuk pembakaran, seterusnya diletuskan oleh pek koil Plasma Direct dari Okada Projects. Sementara aspek pengurusan enjin, kini ditala menggunakan unit HKS F-Con V Pro. Hasil akhir dari proses pembakaran ini dikeluarkan menerusi manifold dan sistem ekzos J’s Racing. Bagi mengagih kuasa ke roda belakang, sistem transmisi manual 6-kelajuan yang dibekalkan dilapik set klac ATS Carbon.

Untuk pengendalian lebih sempurna, S2000 direka dengan agihan berat yang cukup seimbang untuk depan dan belakang. Agihan 50/50 ini mampu dicapai kerana kedudukan enjinnya yang terletak betul-betul pada belakang axle depan. Stereng kuasa pulak jenis Variable Gear-Ratio Steering (VGS), yang akan memberat ketika sedang memecut. Nak lagi melekat, sistem suspensi Irwan gantikan dengan set boleh laras jenis Tein Super Street, termasuk tambahan bar antiroll dari Cusco. Sementara ruang rodanya, diisi rim 17-inci Volk Racing CE28 bersama tayar bunga pelik Nitto NT05.

Roadster sememangnya sebuah kereta yang kedekut. Takde tempat duduk belakang yang boleh ditumpang, waima yang depan tu pun langsung tak boleh nak baring santai. Biarpun tiada perubahan jelas pada ruang ini, terdapat beberapa perkara menarik yang boleh kita diperhatikan. Antaranya meter paparan digital, stereng separa bulat dengan logo VGS, serta sepasang tempat duduk kulit berwarna merah. Pemain radio dibiarkan terlindung dalam sebuah ruang khas di bahagian tengah. Manakala komponen asing yang ditambah, hanyalah tombol gear titanium J’s Racing serta unit paparan informasi M7 Japan Touch Race.

Konfigurasi roadster mungkin kurang sesuai dengan iklim cuaca di sini. Memang harok la kalau panas buta pun nak bukak bumbung. Nak jadi udang kering? Tapi dalam situasi tertentu, ia mampu memberi keseronokan dan kepuasan yang tersendiri. Dah tu, apa tunggu lagi? Jom repeat Genting…!

 

SPESIFIKASI

  • Pemilik – Irwan Musa
  • Pengeluar – Honda
  • Model – S2000 AP1
  • Enjin Asal – F20C
  • Modifikasi Enjin – Port & polish, kit penapis udara BMC, pek koil Plasma Direct Okada Projects, HKS F-Con V Pro, radiator aloi Mishimoto, tangki simpanan Spoon
  • Transmisi – Manual 6 kelajuan, klac ATS Carbon
  • Ekzos – J’s Racing
  • Luaran – Bumper depan & splitter karbon fiber J’s Racing Type S, hood karbon fiber J’s Racing Type V, tambahan diffuser skirt sisi & bumper belakang, soft top AP2, lampu depan & belakang AP2
  • Suspensi – Tein Super Street
  • Brek – Standard
  • Rim & Tayar – Volk Racing CE28 17-inci & Nitto NT05 235/40ZR-17 (depan), 255/40ZR-17 (belakang)
  • Dalaman – Tombol gear titanium J’s Racing, M7 Japan Touch Race
  • Bengkel – Madness In Machine
Previous Post

TOYOTA MEGA GATHERING 2019

Next Post

HI-REV SIC DREAM CHASER, JUARA HATRIK 2019

CAPAIAN

  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved