Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

PUR LAVANDE

Saiful by Saiful
26/09/2019
in MODIFIKASI, UTAMA

Ini antara model klasik Civic yang masih dimainkan sehingga hari ini. Dah lebih 30 tahun kot, boleh kira klasik jugaklah. Walaupun nampak petak dan bersegi, rupa parasnya masih lagi senonoh berbanding kebanyakan model terkini.

Generasi keempat Civic EF diburu kerana sifatnya yang lincah dan ringan. Kerana itu, tidak hairanlah jika ia sering menjadi pilihan untuk aksi di litar. Banyak yang kecundang tanpa kasih sayang. Namun bagi peminat yang purist, ia juga antara model yang perlu mendapat pembelaan dan dihargai. Misalnya kereta ini yang telah dibina semula oleh pemiliknya Afiq, bagi meneruskan minat dalam dunia modifikasi.

Civic EF merupakan antara model terawal, yang menerima enjin berprestasi VTEC untuk varian tertinggi. Disebabkan enjin asalnya semakin purba, sesuatu perlu dilakukan untuk mengembalikan semula kuasanya. Pilihan memang banyak, nak masuk K20A Type R pun boleh. Namun Afiq lebih senang memilih, untuk mengunakan resepi enjin kacuk-kacuk. Alah barang kutip-kutip je pun, janji boleh jalan.

Asasnya menggunakan blok B20B dari Honda CRV, sebelum diisi set piston F20B bersaiz 85mm dari Accord CF4. Lain-lain perubahan tertumpu di bahagian kepala silinder B16A yang digunakan, seperti penempatan camshaft, spring injap, retainer, serta manifold kemasukan B16B Type R.

Kemasukan udara dibawa melalui ram udara Mugen terus ke unit throttle body Super90. Suapan bahan api kemudian ditembak oleh set injektor H22A, sebelum tekanannya dilaras menggunakan regulator dari Arospeed. Keseluruhan perjalanan enjin seterusnya diselia oleh unit ECU P30, dengan cip talaan Neptune. Lain-lain komponen yang terlibat termasuklah kabel pencucuh NGK R09, cam pulley Arospeed, serta radiator aloi Sard.

Yang lama tak semesti nampak tua. Jadi beberapa perubahan penting telah dilakukan pada sudut luaran. Salinan kit badan dan aksesori Civic EF9 dah memang wajib, sebelum diserikan dengan hood dan fender gentian karbon. Pelengkap kepada rupa keseluruhan adalah pilihan kalernya yang acah-acah Ambi Pur Lavender.

Kereta ini datang dengan sistem suspensi double-wishbone dan gantungan bebas, yang jauh lebih maju berbanding model saingan. Hal ini juga telah menjadikan ia sebuah kereta pacuan depan yang agak lincah. Bagi memantapkan lagi karektor berkenaan, keseluruhan sistem gantungan telah dipadankan dengan set suspensi boleh laras dari Apexi. Manakala kuasa hentian, kini dilengkapi komponen brek milik Prelude BB4 untuk depan serta Civic EF9 di ruang belakang. Turut mengisi ruang rodanya adalah rim kurang femes jenis Mugen NR, beserta tayar Toyo Proxes T1R bersaiz 195/55R-15.

Ruang dalaman masih berkeadaan asal, kecuali penggunaan papan pemuka dan meter milik CRX. Ia turut diserikan dengan sepasang tempat duduk kuning Recaro SR3 Tomcat, selain harness dari Takata. Tiada sebarang meter tambahan yang digunakan. Lain-lain komponen yang turut membantu termasuklah stereng Mugen, pedal Mugen, serta karpet belang-belang Honda Access.

Bertuankan Afiq, EF Lavender ini tentunya lebih bernasib baik berbanding kawanan lain yang terpaksa menghabiskan sisa hidup mereka di litar lumba…

SPESIFIKASI

  • Pemilik – Muhammad Afiq Miskan
  • Pengeluar – Honda
  • Model – Civic EF2
  • Enjin asal – D15B
  • Modifikasi Enjin – Blok B20B Honda CRV, piston 85mm F20B Accord CF4, kepala silinder B16A, camshaft, spring injap, retainer & manifold kemasukan B16B Type R, ram udara Mugen, throttle body Super90, injektor H22A, regulator Arospeed, ECU P30, cip talaan Neptune, kabel pencucuh NGK R09, cam pulley Arospeed, radiator aloi Sard
  • Transmisi – Kotak gear Y1, set klac ATS Carbon
  • Ekzos – Ekstraktor ekzos Jasma, paip tengah kustom, muffler Buddy Club
  • Luaran – Kit badan & aksesori Civic EF9, hood & fender gentian karbon, lampu fog albino, sunroof EF2
  • Suspensi – Apexi
  • Brek – Prelude BB4 (depan), Civic EF9 (belakang)
  • Rim & Tayar – Mugen NR 15-inci & Toyo Proxes T1R 195/55R-15
  • Dalaman – Papan pemuka & meter CRX, tempat duduk Recaro SR3 Tomcat, harness Takata, stereng Mugen, pedal Mugen, karpet Honda Access
  • Bengkel – NT Motorsport, Carbonium Sixtysix, EF Club Malaysia

 

Previous Post

Kempen Peraduan NEXEN Tire Malaysia

Next Post

MEET & GREET SAGA JB

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved