Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

D SOKAN

Saiful by Saiful
16/01/2019
in MODIFIKASI, UTAMA

Selepas merehatkan model popular Kancil dan Kelisa, Perodua tampil menawarkan Viva sebagai model gantian. Masih lagi kecik dan praktikal, namun lebih menjimatkan kerana datang dengan enjin berteknologi DVVT yang tentunya lebih efisyen.

Dari segi trend milikan, Viva menjadi pilihan sebagai kereta pertama bagi mereka yang baru berdikari atau dijadikan kereta kedua untuk mereka yang berkeluarga. Betul benor dah tu. Cuma yang tak logiknya bila varian paling premium ketika itu, dijual pada harga yang hampir sama dengan model asas sedan nasional. Itu pun ada yang beli.

Tapi Mogan tak beli yang tu, sebaliknya mengambil langkah bijak dengan memilih varian yang biasa aje. Tentunya ada misi naik taraf yang ingin dicapai. Sebaik melihat senarai komponen dan aksesori yang digunakan, rasanya bukan calang-calang. Biasalah kalau bikin ikut katalog. Lagi-lagi jika konsep seperti D Sport yang dipilih. Yang mana tengah main tahulah camana rasanya.

Untuk permulaan, bahagian luar telah digantikan dengan kit badan lengkap milik Mira Avy RS, meliputi keseluruhan bahagian depan, sisi dan belakang. Ini ramai buat. Yang jadi lain bila ia dipadankan dengan pelbagai aksesori terpilih, seperti grill depan, visor dan lip bumper versi X Limited, termasuk tambahan emblem, wing bonet, lining pintu, parking pool, juga garnish berkrom pada pintu, signal dan bumper belakang. Aksesori D Sport pulak ada skru nombor plet serta cangkuk towing untuk depan dan belakang. Takde stiker D Sport pun. Dulu memang ada, tapi ditanggalkan untuk mengelak tumpuan si gadis manis.

Nak lagi manis, ruang roda diisi rim Volk Racing RE30 dengan tayar Silverstone FTZ dari saiz 175/50R-15. Nat pengikat roda dah tentu D Sport punya. Ia kemudian direndahkan dengan set suspensi boleh laras RSR, termasuk padanan bar penstabil D Sport untuk depan dan belakang. Malah sistem brek depan juga menerima komponen dari D Sport untuk bahagian cakera dan hos brek.

Kedudukan enjin asal nampaknya tidak bertahan lama apabila digantikan dengan enjin Mira Avy RS yang lebih kecik. Selain dicantikkan, beberapa peningkatan turut dibuat ke atas enjin ini. Antaranya penggunaan turbo IHI VF33, paip intercooler kustom, serta injap pelepas Pusshun R dari Take Off. Boost yang terhasil, seterusnya di bawa ke throttle body Charade G200 yang melekat pada manifold kemasukan Velocity. Bagi menggalakkan proses pembakaran, sistem bahan api dibantu pam petrol Walbro, set injektor GSR serta unit regulator Arospeed. Untuk sistem pacuan pulak, ia kini menggunakan kotak gear manual dari Viva 1.0 sambil dilapik set klac dari D Sport.

Seperti luar, belah dalam juga menerima komponen asas dari Mira Avy RS. Ia kemudian diserikan dengan stereng, tempat duduk, serta trim jenis marble dari model X Limited. Paling banyak rangkaian aksesori yang rare macam tombol gear D Sport, sarung tempat duduk, side step, ionizer, jam konsul, hanger, sistem penggera, autostart dan autolight, serta rangkaian lampu tambahan di sana sini. Isyh! Penat pulak nak tulis semua. Juga kelihatan deretan gajet elektronik jenama Apexi seperti meter, pemasa enjin, RSM, AVC-R dan AFC Neo.

Atas sebab tertentu, Mogan telah merombak semula kereta ini kepada standard. Abis segala benda dijualnya. Ada konsep baru kot, tak pun pencen terus…

 

 

Previous Post

AVENO HC SHPD DIESEL 10W-40

Next Post

SL*TBERRY

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved