Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

EZ ROCKETZ

Saiful by Saiful
25/07/2019
in MODIFIKASI, UTAMA

Penerimaan ramai terhadap kenderaan jenis trak pikap, sedikit sebanyak mengubah corak milikan kenderaan jenis ini. Ikut akal bukan sedap mana pun, macam naik lori pun ada. Tapi dalam hal tertentu, ia sangat membantu khasnya untuk mereka yang ingin membawa barangan keperluan dalam kuantiti yang besar.

Ketika ini, pasaran trak pikap terus melonjak menerusi pengenalan model-model baru yang semakin canggih dan selesa. Kebanyakan pengeluar cuba mengubah stigma asalnya dari sebuah kenderaan utiliti kepada rekreasi. Ada yang siap sunroof, siap paddle shift, yang lengkap dengan sistem ESC pun ada. Dah macam kereta pulak, walaupun hakikatnya ia masih menggunakan casis jenis ladder.

Is memilih Triton ini bagi memenuhi keperluan dirinya sebagai kontraktor. Senang nak angkut pasir katanya. Tapi lama kelamaan, beliau tersampuk dengan dunia kelajuan hasil racunan rakan-rakan yang lain. Dari sebuah kuda kerja, gayanya mula berubah menjadi roket yang laju. Siap main drag lagi dan pernah merangkul beberapa kemenangan yang boleh dibanggakan…!

Ton taik cicak yang Is buat, sedikit sebanyak mengubah gaya penampilannya. Nampak garang jugak, ditambah penggunaan aksesori jenis karbon fiber Monza untuk bahagian hood, tailgate dan spoiler. Bagi memotong angin lintang ketika beraksi, cermin sisi digantikan dengan komponen dari Craft Square yang lebih kecik.

Mana-mana komponen yang kurang perlu juga telah ditanggalkan untuk mengurangkan lagi berat keseluruhan. Kedudukan trak kemudian diubah pada kadar yang lebih rendah, menggunakan set penyerap hentak boleh laras Winner di bahagian depan. Sementara belakang, lapisan spring dedaunnya perlu dialihkan ke bahagian bawah gandar sambil dibantu set penyerap hentak dari GAB. Paling menjolok mata, rim 18-inci ala Weld Racing yang dipadankan bersama tayar premium Nitto NT420S berukuran 255/55R-18. Jangan ajak masuk site sudah, mau melecet dibuatnya.

Triton ini dibekalkan dengan enjin turbo diesel 4D56 yang dilengkapi unit turbo jenis VGT. Bagi meningkatkan lagi kuasanya, ia perlu melalui fasa tingkat taraf yang bersesuaian seperti penggunaan unit crankshaft yang diringankan, proses port & polish kepala silinder, termasuk padanan set camshaft kustom dan spring injap titanium.

Unit turbo VGT yang sememangnya bijak terus dikekalkan. Berbanding unit turbo biasa, turbo jenis ini mempunyai kebolehan untuk mengubah saiz geometri di bahagian perumah turbinnya mengikut putaran enjin. Tak kisah rpm berapa pun, kadar putaran turbin ini akan sentiasa berada pada tahap yang optimum. Bagi menggalakkan lagi proses pembakaran, kemasukan udara kini disejukkan oleh sebuah intercooler kustom yang lebih besar.

Bekalan diesel diperkuatkan dengan beberapa komponen penting seperti pam Bosch 910, pam common rail 3 rotor dan unit SVC berprestasi tinggi, sebelum ditembak menggunakan set nozzle GTX V1. Bagi mengatur semula perjalanan enjin, kawalan elektronik dibuat menggunakan unit piggyback Alpha Tech Like Box dan Ecu-Shop Boost Speed. Tidak ketinggalan perubahan pada kotak gear, yang katanya menggunakan torque converter dari enjin Toyota 2JZ-GTE. Yang ni gua tak kaji lagi. Harap-harap boleh membantu memberi respon yang lebih mantop!

Ruang ini dipertingkatkan menerusi penggunaan pelbagai komponen aftermarket yang bersesuaian. Paling jelas kehadiran seketul tempat duduk bucket Bride Low Max di bahagian pemandu. Bentangan papan pemuka mengandungi stereng dari OMP, termasuk trim karbon fiber di bahagian tengah dan konsul gear. Aspek pemantauan pulak datang dari meter blower Auto Meter, meter suhu Apexi dan unit integrasi Alpha Gauge.

 

 

Previous Post

LAPAN LAPAN LAGI

Next Post

YOO PUTEH

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved