Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

LAPAN LAPAN LAGI

hpmedia webadmin by hpmedia webadmin
23/07/2019
in MODIFIKASI, UTAMA

 

Mengigil tengok gambar dengan spec kereta ni wacakapsamalu. Bukan pasal laju 1000 kuasa kuda, tapi sebab wa dah lama gila kot tak menulis. Kali terakhir menaip dekat setahun lepas masa tu wa selebriti permotoran juga la dalam salah sebuah majalah permotoran otai. Taktau apa cerita majalah tu dah melingkup agaknya.

Sebenarnya masa menaip ni bulan puasa lagi. Puasa ke 9, hari ni tak panas sangat pun tapi wa rasa tak adil sungguh tadi tengok brader yang badan sado sihat sejahtera dalam Axia hijau menyembunyikan kotak KFC kelihatannya di lantai dengan mulut terkumat kamit mata pandang depan acah-acah ingat orang tak nampak kau mengunyah ayam. Hari ni gua ride GS kot tinggi 6 kaki boleh nampak apa yang kamu lakukan.

Baiklah. Hambar.

Berbalik pada kereta Evo the lejen Mie Renjong ni. Sebenarnya, kereta Evo body CT9A ni adalah dalam keluarga istimewa sekali sebab ia tidak berkongsi casis kembang dengan Lancer biasa (Cedia). Jadi kebarangkalian Evo (7-9) jadi-jadian di atas jalan agak tipis. Kalau jumpa punggung Evo begini di tengah malam dengan corong ekzos sebesar rumah, ada baiknya beristighfar dan potong pelan-pelan. Jangan buat drivernya terkejut kerana tak mustahil dia boleh mengamuk sakan.

Untuk mengamuk tanpa sebab, sudah pastinya kena ada enjin yang cukup kuat untuk acah-acah kejar Porsche Cayman ataupun geng Passat CC Encik Lee (bukan nama sebenar). Enjin 4G63 ini telah dipadankan dengan stroker kit 2.2 Brian Crower dan dipasangkan dengan piston CP. Ia diikat dengan stud ARP dengan gasket keluli sebelum dicantumkan dengan kepala selinder yang siap dengan segala mak nenek toyol barang Tomei.

Sebelum ini, Mie memasang set turbo AR70 tetapi atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan beliau menggantikannya dengan turbo asal balik (kalau nak rosak kau boleh elakkan ke?).Tengok manifold banana dengan oultet tu pun dah tahu jenis bila-bila masa boleh masuk GT70 misalnya?

Antara kemasan lain ialah wastegate, Tial, blow -off valve Tial, intercooler GReddy, paip intercooler buatan custom, boost controller Blitz, throttle body, Nissan Fairlady, pam petrol Walbro, regulator Sard dan akhir sekali ketua toyol Haltech Sprint 500. Tadaa…… siap sudah.

Kalau korang biasa memandu kat Lebuhraya Persekutuan tengah malam banyak monyet terlepas bawak kereta yang selalunya bukan kereta sukan pun. Kereta mak bawak pergi pasar kau rembat macam Suzuki Swift Hill Climb apak kau. Ini mengundang amarah kepada persatuan kereta-kereta sport Malaysia. Justeru mereka telah menaiktaraf sistem pengendalian mereka. Kereta Evo ini juga ditingkatkan dengan set suspensi bolehlaras TEIN Flex. Brek pakai yang asal pun masih boleh katanya.

Rim pada Evo tidak semestinya berkenaan dengan rupa. Ia mesti ada spec yang betul untuk lengkapkan kereta nampak jahat. Kalau pakai RE30 pun tapi spec pondan, kereta akan nampak baik-baik saja. Kereta ni dipasangkan dengan SSR Type C 18-inci spesifikasi GTR iaitu lebar 10.5 dan offset -15 kau. Ia kemudiannya dipasangkan dengan tayar Continental 245/40ZR-18. Gemuk, padat dan sangat sokan sekali.

Untuk bahagian kosmetik, kereta ni dipasangkan dengan Kit badan EVO IX yang terakhir dalam casis CT9A. Kereta macam ni tak perlukan bodykit pelik-pelik satgi nampak murtad. Dipasangkan bersama ialah hood karbon Voltex, fender depan karbon Varis, lip karbon RalliArt, bonet karbon, spoiler karbon Do Luck dan cermin sisi Ganador karbon. Bahagian dalaman tu macam biasalah, ada lah akseosir kecik-kecik yang tipikal untuk kereta ni.

Sedar tak sedar model terakhir EVO 9 pun dah masuk umur 10 tahun dah tahun ni. Tanpa kita sedar juga kereta ni masih sporty dan cun lagi kalau bandingkan dengan kereta moden. Kereta moden yang laju sekarang apa aje yang ada? Mungkin Golf dan BMW 3 series, mungkin Mercedes A series. Jepun tengah mabuk buat hybrid sekarang.

DNA kereta-kereta evergreen macam ni dah tak wujud sekarang. Kalau ada pun R35. Gila segala mahal kereta mahal, rotek mahal, tayar mahal iblis bukan sikit-sikit dia punya mahal. Itu menjadikan kereta macam Evo 7 ni kekal pada tangga harga sekarang. Jangan mimpi nak suruh harga evo 7,8,9 turun lagi sebab ia takkan turun dah. Orang yang pakai pun liat nak jual. Serius!

 

Previous Post

GASPER SUSPENSION

Next Post

EZ ROCKETZ

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved