Majlis pelancaran produk terbaru JBL berlangsung dengan jayanya di Copper Mansion USJ. Diadakan pada 13 Disember 2024, majlis ini dihadiri lebih kurang 140 orang peserta yang terdiri daripada peminat audio kereta, pakar industri, dan media. Majlis ini menjadi platform penting bagi memperkenalkan teknologi terkini daripada JBL dalam usaha meningkatkan pengalaman audio dalam kenderaan.
Majlis dimulakan dengan sesi pembentangan produk oleh Encik Shaun Wong, selaku Pengurus, Perancang Produk dan Strategi Harman (Audio Kereta) Asia Pasifik. Dalam sesi ini, beliau berkongsi tentang ciri-ciri inovatif serta kelebihan produk audio terbaru yang direka khas untuk memberikan kualiti bunyi yang mengagumkan dan memuaskan pengguna. Tetamu diberikan penjelasan mendalam mengenai teknologi JBL yang menjadi peneraju dalam industri audio automotif.
Salah satu tarikan utama majlis ini adalah sesi hands-on, di mana tetamu berpeluang mencuba sendiri produk baharu JBL. Demonstrasi produk ini memberikan pengalaman sebenar tentang bagaimana sistem audio tersebut berfungsi dalam pelbagai keadaan. Selain itu, kereta demo yang dilengkapi sistem audio JBL turut dipamerkan, membolehkan tetamu merasai kehebatan kualiti bunyi yang dihasilkan dalam suasana pemanduan sebenar.
Pelancaran ini turut disempurnakan oleh Encik Raymond Tan, selaku Pengarah Urusan, Audio Zone (M) Sdn Bhd, yang mengetuai jenama JBL di pasaran Malaysia. Beliau menekankan komitmen JBL untuk sentiasa membawa produk berkualiti tinggi dengan teknologi canggih yang memenuhi keperluan pengguna yang semakin cenderung kepada sistem audio premium dalam kenderaan mereka.
Majlis diakhiri dengan sesi makan malam yang santai, di mana para tetamu dapat berinteraksi dan bertukar pandangan mengenai produk terbaru ini. Suasana meriah sepanjang acara ini jelas menunjukkan sokongan yang kuat terhadap JBL dan keupayaannya untuk terus menjadi pilihan utama dalam pasaran audio kereta. Dengan pelancaran ini, JBL sekali lagi membuktikan reputasinya sebagai jenama audio berkualiti.