Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

Sebuah Mercedes-Benz 50 Tahun, Lebih 50 Hari, 25000KM dan 21 Negara, Satu Catatan Tiada Tandingan!

hpmedia webadmin by hpmedia webadmin
05/09/2023
in BULETIN, UTAMA

Sudah 65 tahun usianya tetapi semangatnya belum tentu dapat dikalahkan kebanyakan golongan muda generasi sekarang. Seet Wai Song, seorang pengusaha restoran yang mengukir nama di pentas dunia baru-baru ini apabila berjaya menyempurnakan misi peribadinya mengembara ke Jerman dari Malaysia melalui jalan darat!

Sewaktu memberitahu keluarga dan rakan-rakan tentang hasratnya untuk memandu dari Malaysia ke Jerman seorang diri, semua menganggap ia satu perbuatan yang kurang waras atau lebih tepat lagi, GILA. Hasratnya tidak sedikit pun goyang walaupun menghadapi pelbagai cabaran dan menerima pandangan sinis.

Bertempat di Highlanders Sports Bar di Bangsar, beliau memulakan pengembaraannya dalam majlis “Flag Off Road Tour Germany” yang diadakan pada 1 Julai lalu. Seet Wai Song yang turut dikenali sebagai Chef On Wheel ini gigih meneruskan perjalanannya dengan menggunakan kereta Mercedes-Benz W11 yang sudah pun berusia 50 tahun!

Melintasi 21 buah negara dalam tempoh 50 hari, merentas sejauh 25,000 kilometer dan akhirnya, beliau tiba di Jerman sekali gus menjadi satu lagi catatan sejarah peribadinya. Sejak tahun 1983 lagi, beliau meminati pengembaraan jauh sebegini. Beliau pernah menghabiskan masa selama setahun mengembara solo (backpack) ke India, Nepal dan Sri Lanka.

Seterusnya, beliau sekali lagi memenuhi minatnya mengembara dan menyahut cabaran ke beberapa destinasi lain termasuk tinggal selama tujuh tahun di Switzerland. Di sana, beliau mengendalikan hotel bersama isteri tercinta. Kemudian, pada tahun 2018, Seet Wai Song memandu W11 bersama anaknya dari Kuala Lumpur mengembara sejauh 11,000km dan tiba di Kemboja dalam masa 11 hari.

Bagi Seet Wai Song, pengembaraan darat dari Malaysia ke Jerman merupakan satu pengalaman yang berbeza. Salah satunya, beliau perlu merancang untuk penyelenggaraan kenderaan, penjagaan kesihatan dan lain-lain lagi. Beliau memulakan perjalanannya dari Kuala Lumpur menuju Thailand, Laos, China Kazakhstan, Georgia, Turkey dan selamat tiba ke semua destinasi tanpa sebarang kemalangan.

Berkongsi cerita tentang pengalaman sepanjang pengembaraan ke Jerman, beliau berkata keadaan jalan sebahagian besarnya kurang baik. Namun begitu, Mercedes-Benz W115 miliknya ini masih dapat bertahan dengan baik. Setiap hari, beliau perlu memandu sejauh 400km sehingga 500km. Keadaan jalan yang tidak sebagus lebuh raya di Malaysia, mengakibatkan beliau perlu membaiki alat peredam bunyi dan sistem ekzos beberapa kali.

Walaupun begitu, pengalaman yang dinikmati sepanjang perjalanan adalah jauh lebih bermakna khususnya apabila beliau bertemu orang-orang dari pelbagai kawasan dan berpeluang berinteraksi dengan mereka. Selain itu, mencuba hidangan tempatan. Sebagai seorang tukang masak, beliau mengambil peluang ini mencuba pelbagai hidangan seperti kepala kambing di China, darah itik dari Laos dan kaviar di Astarakhan, Rusia.

Bukan hanya sekadar pengembaraan menimba pengalaman semata-mata, malah pengembaraan solo Seet Wai Song ini juga mempunyai misi tersendiri dengan mengumpul dana bagi Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia. Setiap satu kilometer sebanyak RM10 akan disumbangkan.

Tahniah Seet Wai Song kerana berjaya menyempurnakan pengembaraan ke Jerman yang turut membawa misi murni memberikan sumbangan kepada golongan yang memerlukan. Semoga menjadi ilham kepada masyarakat Malaysia di luar sana!

Previous Post

Penganjuran Kali Kedua, Berlangsung Meriah

Next Post

Harga Bermula Dari RM219,888 Dan Dibuka Untuk Tempahan

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved