Beberapa perubahan minor telah dikemaskini Lexus untuk RC dan RC F yang bakal dipasarkan di pasaran Jepun sempena menyambut tahun ke-10 pengeluaran kedua-dua model ini. Perubahan bermula dengan bolt hub baharu untuk roda kedua-dua RC dan RC F ini seperti yang dikatakan Lexus, ia membantu prestasi stereng.
Tambahan pula, perubahan yang dilakukan terhadap karekteristik sistem AVS dan EPS ini meningkatkan lagi kestabilan stereng dan juga pemanduan jadi lebih selesa. Pasukan rekaan Lexus juga menghasilkan set baharu roda Enkei untuk model RC biasa serta rekaan rim baharu untuk RC F yang dikeluarkan oleh BBS. Ia ditawarkan dalam warna hitam berkilat dan juga silver dua ton warna serta hitam.
Selain itu, beberapa penambahbaikan turut dilakukan terhadap Lexus Safety Sytem untuk semua model keluaran Lexus. Antaranya seperti kamera monokular dan juga radar gelombang-milimeter yang boleh mengesan pengayuh basikal di waktu siang, pejalan kaki di waktu malam dan juga kenderaan yang menghampiri dari arah hadapan sebelum membelok ke kiri atau kanan.
Bukan itu sahaja, Lane Tracing Assist juga telah dikemaskini untuk memastikan kenderaan sentiasa berada di tengah-tengah laluan. Radar Cruise Control juga ditambah sebagai sebahagian sistem Road Sign Assist yang dipaparkan pada pemapar kluster instrumen.
Tidak ketinggalan, bahagian interior juga menerima perubahan dengan skrin infotainmen baharu. Kesemua model RC F kini didatangkan dengan standard brek parking elektronik. Lexus hanya mengumumkan kemaskini untuk pasaran Jepun, belum jelas lagi samada ia akan dipasarkan untuk pasaran lain. Kita tunggu dan lihat!