Sebelum Mercedes-AMG mula mengambil berat tentang peraturan pelepasan asap dan menjadikan kereta prestasi hybird, pengeluar kereta ini pernah menghasilkan kereta-kereta dengan prestasi yang gila-gila di pertengahan era 2000an antaranya SL 65 AMG Black Series.
Sudah beberapa dekad, Mercedes-Benz SL menjadi barisan lazim pengeluar ini dan kebanyakan versi AMG telah ditawarkan sejak bertahun-tahun lamanya. Bagaimanapun, tiada yang lebih istimewa berbanding SL 65 AMG Black Series yang ‘mengangkat’ penampilan lebih agresif dengan kemaskini mekanikan yang signifikan serta pengeluaran terhad di mana hanya 350 unit dikeluarkan di seluruh dunia.
Dalam 350 unit yang dibina ini, hanya 175 unit dijual di pasaran USA dan salah satunya, seperti yang dapat dilihat di sini. Model tahun 2009 ini masih lagi tampil bersih, kemas dan tentunya, berkilat. Bahagian eksteriornya dilayangkan dengan warna Palladium Silver Metallic yang membantu ia tampil lebih elegan khususnya di bahagian yang telah dikemaskini seperti wheel arch depan dan belakang.
SL 65 AMG Black Series ini dilengkapi atap carbon fiber dan mengekalkan roda original berukuran 19-inci di bahagian hadapan dan 20-inci di bahagian belakang yang dibaluti tayar Michelin Pilot Sport Cup 2 berukuran 255/35 dan 325/30. Di bahagian kabin, tempat duduk ‘sport seat’ boleh ubah suai yang disaluti kulit berwarna hitam lengkap dengan jahitan tenunan warna kontras. Selain itu, carbon fiber turut digunakan dengan meluas dalam bahagian kabin ini. Sistem audionya pula tidak kalah dengan jenama Harman Kardon. Dikatakan, pemilik terdahulunya menggunakan radar pengesan Passport.
Di bahagian hud hadapan tersimpan enjin V12 twin-turbocharged 6.0 liter SL 65 AMG Black Series yang menghasilkan 661hp dan tork 738 lb-ft (1000Nm). Enjin menghantar kuasanya menerusi tayar belakang dan dilengkapi transmisi automatik 5-kelajuan!
Sumber : Carscoops