Memulakan operasinya sejak tahun 1996, Keno Motorsport merupakan sebuah bengkel servis kenderaan yang menyediakan khidmat selenggaraan dan baik pulih. Selain itu, mereka turut berkemahiran untuk menyediakan jentera bagi tujuan perlumbaan. Ia meliputi kerja-kerja binaan dan talaan enjin, pelarasan suspensi, termasuk kerja-kerja lain yang berkaitan.
Menerusi pasukan yang dibentuk, Keno Motorsport juga aktif menyertai sukan permotoran khususnya perlumbaan trek. Antaranya siri perlumbaan grassroot seperti time attack, termasuk perlumbaan yang lebih serius seperti Malaysia Speed Festival (MSF). Terbaru mereka telah bekerjasama dengan Nalmax Racing, SSAD dan Revtec Lubricant, untuk menyertai pusingan kelima Malaysia Championship Series (MCS), sebagai persediaan bagi perlumbaan Sepang 1000KM yang akan datang.
Dalam perlumbaan tersebut, pasukan ini telah mempertaruhkan sebuah jentera Suzuki Swift dengan enjin standard M16A. Mereka turut menguji kemampuan minyak pelincir Revtec Lubricant HPR Competition Series 15W/50, untuk perlumbaan sejauh 300 kilometer. Walaupun menduduki tempat ketujuh dalam kategori SP2, minyak pelincir yang digunakan terbukti berkesan untuk mengharungi cabaran perlumbaan seperti ini.
Berdasarkan pengalaman mereka di trek, Keno Motorsport sentiasa mengesyorkan penggunaan rangkaian minyak pelincir Revtec Lubricant kepada para pelanggannya. Maklum balas yang diterima amat memberangsangkan dan ia mampu memberi perlindungan terbaik kepada enjin kereta anda.
Keno Motorsport
No. 7595, Jalan Taman Semarak 2/9D,
71800 Nilai Negeri Sembilan.
Facebook:Keno Motorsport / Revtec Lubricant