Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

BABY SHARK

Saiful by Saiful
19/11/2018
in MODIFIKASI, UTAMA

Lepas rumahnya bertangga, Amir cuba mencari kereta yang boleh bertindak sebagai sedan keluarga. Nak terus pakai Satria GTi enjin EVO yang digunakan sebelum ini, takut mengundang kemarahan mak mertua. Nak angkat kereta baru, duit pulak tak berapa ramai. Yang Amir nampak saat itu, cuma model tempatan seperti Perdana. Setidak-tidaknya boleh jugak melunaskan minat beliau, yang suka godek-godek di hujung minggu.

Dalam tempoh mencari tu, boleh pulak terserempak dengan kereta ni yang dulunya dibawa masuk untuk kegunaan pihak kedutaan. Harga pun tak tinggi mana. Melihat kepada rupa dan potensi yang ada, Amir segara membulat tekad untuk memiliki model Galant VRG ini.

VRG (EA1A) merupakan salah satu varian dalam keluarga Galant generasi kelapan. Spesifikasi yang ditawarkan sebenarnya, taklah tinggi mana. Bayangkan sebuah kereta sebesar ikan yu cenggini, hanya dibekalkan dengan enjin 1.8-liter GDI. Tak jenuh merangkak Genting dibuatnya. Mujur Mitsubishi ada memperkenalkan model VR4 (EC5A) sebagai varian tertinggi, yang akhirnya menjadi matlamat untuk naik taraf kereta ini.

Masuk bulan ketiga, enjin asal telah digantikan dengan siri 6A13TT dari Galant VR4 Type S. Cargas betul, mesti sangap terok sebab biasa tekan berisi. Berkapasiti 2.5-liter, enjin V6 dengan turbo berkembar ini, mampu menghasilkan kuasa sekitar 280hp. Ikutkan tahap-tahap EVO dah tuh. Cuma berat jelah, ditambah karektor hantaran kuasanya yang agak linear. Memandangkan ia baru ajer disalin, rutin hariannya ketika itu cuma setat dan jalan.

Bahagian luar menggunakan kit badan Galant VR4 Type S sepenuhnya. Kalau ada yang perasan, facelift ni juga sering digunakan oleh geng Perdana bikin. Memang garang abis, walaupun usianya dah masuk belasan tahun. Sebagai tambahan, ia turut dilengkapi beberapa aksesori lain seperti sunroof, lining arch, hood FRP Vogue, cermin sisi Ganador, spoiler EVO VI, lampu projektor Cibie, sebelum ditamatkan dengan kaler sepang bronze. Tengok, Sepang pun dah ada kaler sendiri…

Sistem gantungan dan pengendalian menggunakan set suspensi boleh laras HWL. Dulu pernah jugak pakai Tein Super Wagon, tapi lembut sangat katanya. Bagi membetulkan camber tayar yang makin mengangkang, bahagian upper arm depan menggunakan produk boleh laras dari R Engineering.

Pelengkap kepada sektor ini adalah rim kaler gold SSR Type C berukuran 17-inci, yang dibalut pada tayar Yokohama Bluearth AE50. Semat der, nampak kena benor dengan gaya yang dibawa. Proses hentian pulak dibantu komponen brek Mitsubishi GTO untuk depan dan belakang, termasuk penggunaan hos brek braided dari Pro-RS.

Salinan ruang dalam juga menerima komponen milik Galant VR4 Type S, yang datang dengan panel berwarna gelap. Untuk keselesaan ketika memandu, set tempat duduk mendapat sokongan Recaro SR4 untuk depan dan belakang. Stereng Momo, brek tangan dan tombol gear merah tu pulak, diambil dari Galant Super VR4. Sementara rangkaian gajet pemantau terdiri daripada pemasa enjin Blitz DATT, meter boost Defi Racer, meter nisbah bahan api AEM, serta unit RSM Apexi.

Lepas 4 tahun digunakan, Amir membawa semula kereta ini ke bengkel untuk membina semula bahagian enjinnya. Bukan usik tepi-tepi dah, tapi diturun terus untuk proses restorasi. Abih benda dikilatnya, sampai wayar harness tu pun dirombak sama. Memandangkan komponen prestasi yang terhad lagi mahal, keseluruhan operasi enjin masih lagi bekerja seadanya.

Peningkatan prestasi tertumpu di bahagian sistem pendesak. Unit turbo berkembar TD03 yang masih digunakan, kini dicekapkan semula dengan set intercooler GReddy, injap pelepas HKS SSQV, serta unit pengawal boost GReddy Profec B. Memastikan jumlah bahan api sentiasa mencukupi, bekalan petrol dihantar menerusi pam petrol Walbro 255, dengan unit regulator Sard mengawal jumlah tekanan yang diperlukan.

Seperti kereta-kereta moden, ECU enjin ini sebenarnya boleh diprogram semula tanpa perlu menggunakan toyol tambahan. Yang ni ramai tak tahu. Bukan takat tuning atau buang segala cut, malah fungsi launch control dan antilag juga boleh diaktifkan jika mahu. Menerusi proses talaan yang dijalankan, kuasa enjin ini telah berjaya ditingkat naik sehingga 310whp @1.1-bar. Boleh sangat dah tuh…

Perubahan terbesar berlaku pada sistem pacuan. Kalau dulu menggunakan kotak gear auto tiptronik, kali ini kotak gear manual Galant VR4 Type V menjadi sandaran utama. Lama tak esesais lutut katanya. Bagi memastikan tukaran gear yang mantop lagi pasti, bahagian pedal dan kabel klac dilengkapi plet dan bush jenis aloi dari Race-Tech.

Alang-alang dah biar tergantung, apa kata masukkan sekali anak gajah AWD yang elok bersidai di tepi dinding tuh. Lagi pun longkang longshaft dan breket-breket penting memang dah sedia ada. Tak perlu gunting lantai bagai. Tebuk lubang skru dah terus boleh naik. Patut makin melantun peginya!

Dari sebuah model asas, transformasi yang dilakukan Amir sebenarnya cukup teliti dan terperinci. Yang main mungkin tahu di mana kelebihan yang ada. Bagi yang tak amik tahu, mungkin boleh belajar sesuatu yang baru…

 

Previous Post

INTERPLAY NEO

Next Post

AVENO MARKETING SDN BHD, PENGEDAR TUNGGAL AVENO & GAT

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved