Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

INTERPLAY NEO

Saiful by Saiful
19/11/2018
in MODIFIKASI, UTAMA

Sakitnya bila bermain dengan model kereta yang pelik ialah, kesukaran mendapatkan alat ganti lebih-lebih lagi bila terlibat dengan sesuatu yang tak diduga. Kalau sendiri cari pasal boleh maaf lagi. Tapi kalau orang lain punya hal, memang naik hantu dibuatnya. Sama jugak macam main kereta lama. Sebarang masalah perlu ditangani dengan usaha yang jauh lebih gigih.

Inilah risiko yang perlu Keman hadap, sebaik mengambil keputusan untuk memiliki kereta ini. Kalau jenis tak kisah mana, boleh jer kacuk ngan komponen kereta lain. Namun bagi yang pentingkan faktor originaliti, komponen ubahsuai merupakan jalan terakhir yang akan mereka fikirkan, sekaligus menambah thrill dalam usaha mencari komponen gantian asal.

Sekali pandang, kereta ini mungkin nampak macam Ford Laser Lynx yang kita kenali. Tapi lampu depannya tak pulak bulat. Dah kena kacuk ke hapa? Kepada yang kurang maklum, ini adalah Mazda Familia Neo, sebuah model 2-pintu dari generasi ketujuh Familia BH, yang memang berkongsi DNA dengan Laser Lynx.


Tapi napa susah nak jumpa? Mungkin sebab perjanjian yang wujud antara Ford dan Mazda dulu-dulu. Kalau ada yang tak tahu, Ford sebenarnya mempunyai kepentingan dalam Mazda, yang membolehkan mereka berkongsi model yang sama untuk pasaran sebelah sini. Memandangkan trend mereka yang suka menghasilkan lebih dari satu varian untuk model yang sama, Ford diberi hak memasarkan model 2-pintu Laser Lynx, manakala Mazda menawarkan model 5-pintu Lantis.

Dalam pada takde tu, ada jugak yang pernah sesat di sini. Sebijik yang ditemui, milik Keman yang masih lagi tegak segak bergaya. Selain berbeza logo, model Lynx dan Neo ini juga mempunyai rekaan depan dan belakang yang tersendiri. Paling ketara lampu depan Neo yang petak dan condong berbanding bulat pada Lynx. Begitu juga dengan rekaan hood, grill, lampu belakang, spoiler dan kedua-dua bumpernya.

Aspek penampilan kereta Keman ni, rasanya tak perlu dibincang mana. Hampir kesemuanya, masih standard kilang Yamaguchi. Nak ejes kit badan aftermarket, takut digelar abeng. Terbiar senteng macam ni pun dah ramai yang garu kepala.

Sistem gantungan diperkemaskan dengan set suspensi boleh laras Pro Gear yang diubahsuai. Sementara bahagian rodanya, mengandungi rim Sein Racing berukuran 16-inci, beserta tayar Achilles ATR Sport dari saiz 205/45R-16. Keperluan sektor hentian pulak, memadai dengan kemampuan komponen asal.

Kemasan ruang dalam sebenarnya masih lagi standard. Mujur ia datang dengan kaler kelabu gelap, sekaligus mengurangkan belanja nak salin itu ini. Yang Keman tukar hanyalah sepasang tempat duduk Recaro SR3 di bahagian depan. Rangkaian gajet pemantau pulak, terdiri daripada meter rpm Defi, meter boost Apexi, serta deretan meter NRG pada pilar A.

Kereta ini datang dengan enjin B5 automatik. Kira cukup makan jelah. Memandangkan Keman sudah memiliki sebuah lagi Mazda sebelum ini, enjin BPT yang digunakan pada kereta tersebut telah disumbat masuk, bagi memberi lebih kuasa kepada kereta ini.

Tiada sebarang perubahan dilakukan di bahagian dalam enjin. Tak perlu kot, benda pun dah makin pupus. Keman hanya merombak sistem pendesak, untuk janaan boost lebih baik. Antaranya penggunaan turbo TD05 20G, wastegate Tial 38mm, injap pelepas Blitz Super Sound, intercooler EVO VII, serta unit pengawal boost Blitz Dual SBC. Nampak kelibat paip intercooler di bawah bumper depan tuh? Stail jugak…

Sistem bahan api dipertingkatkan dengan pam Walbro 255. Ia ditembak menggunakan set injektor Sard 700cc, sambil dikawal oleh unit regulator Arospeed. Selepas dinyalakan dengan koil COP K20A, sistem talaan enjin telah dipetakan semula menggunakan unit ECU Haltech Sprint 500.

Proses naik taraf kereta ini masih lagi berlangsung, khususnya di bahagian enjin. Bukan nak kejor podium bagai. Sekadar membetulkan catatan peribadi, untuk kepuasan sendiri…

Previous Post

MODERNO LEGACY

Next Post

BABY SHARK

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved