Jualan Chery di luar China mencapai 35,818 kenderaan pada Jun 2022 (+50.3% berbanding Jun 2021, atau YoY), mencatat rekod eksport bulanan baharu dalam sejarah 21 tahun jenama tersebut di pasaran global. Bagi tempoh Januari-Jun 2022 (1H22), Chery telah mengeksport 148,000 unit (+24.9% YoY) dan 112,000 daripadanya merupakan kenderaan tenaga baharu, mengukuhkan status syarikat tersebut sebagai jenama yang berteknologi tinggi.
Di Brazil, Chery menduduki tempat kesembilan dari segi jualan 1H22. Arrizo 6 menduduki tempat keempat dalam segmen sedan dengan penguasaan pasaran sebanyak 3.62%. Sedan tersebut telah diiktiraf sebagai kenderaan dengan nilai jualan semula terbaik dalam segmen intermediate oleh media tersohor Kelley Blue Book dan Quatro Rodas. Selain itu, jualan siri Tiggo 8 di Brazil mencapai 21,300 unit pada 1H22; model-model di bawah siri ini digunakan sebagai kenderaan presiden dan peringkat negeri di Brazil serta di beberapa negara lain.
Chery turut mencapai prestasi yang menggalakkan di Chile, menguasai 6.7% daripada jualan keseluruhan 1H22 dan menempatkannya di kedudukan tiga teratas dari segi jualan. Jenama tersebut mengungguli segmen SUV pada 1H22 dengan penguasaan pasaran 15.1% – mengatasi pelbagai jenama antarabangsa yang lain – diterajui oleh Tiggo 2 dengan jualan sebanyak 6,088 unit.
Sejak memasuki pasaran Afrika Selatan tahun lalu, Chery telah mengekalkan momentum yang kukuh. Jualan kumulatif Januari-Mei melonjak 21.1% berbanding bulan sebelumnya, dan jualan Jun juga menunjukkan prestasi baik. Chery telah menubuhkan anak syarikat di Afrika Selatan pada Ogos 2021, dan mengungguli segmen SUV dalam masa kurang 10 bulan selepas pelancaran produk. Syarikat tersebut juga memenuhi tanggungjawab sosial korporatnya pada awal April 2022 dengan mengadakan sumbangan awam untuk menyediakan air serta bekalan lain kepada kawasan-kawasan yang terkesan akibat taufan di Kwazulu-Natal.
Chery akan terus berusaha mengharungi cabaran-cabaran akibat pandemik global termasuk rintangan logistik dan pengangkutan antarabangsa untuk mengembangkan pasaran global sambil meningkatkan prestasi jualannya.