Generasi baharu BMW 7 Series dan dilengkapi i7 buat pertama kalinya telah tiba di pasaran Australia dan dijual pada harga kayangan dengan lebih kuasa dan gear. BMW telah meletakkan harga minimum pada US$185,427 bersamaan RM826,150.11). Didatangkan dengan konfigurasi 740i, enjin gasolin 3.0-liter pada 280 kW (380 ps / 375 hp) dan tork 540 Nm (398 lb-ft), RWD, mild-hybrid assistance dan 0-100 kph (0-62 mph) dalam masa 5.4 saat.
Standard gear termasuk roda 20-inci, suspensi adaptif, alat kawalan pemula enjin, pakej M Sport package, gril iluminasi, bumbung panaromik, kemasan interior karbon fiber, pemanas tempat duduk depan dan belakang dengan fungsi urutan di bahagian hadapan, audio premium, kulit dan upholstery Alcantara dan juga beberapa gizmo lainnya.
Bagi model elektrik bateri, ia ditawarkan bersama i7 xDrive60 dengan harga yang disyorkan bermula dari US$205,425 (RM915,137.16). Dilengkapi dengan setup dwi-motor dan kombinasi output serta tork 400 kW (544 ps / 536 hp) dan 745 Nm (550 lb-ft). i7 xDrive60 memberikan 0-100 kph (0-62 mph) dalam masa 4.7 saat dan bateri 106 kWh membolehkan jarak perjalanan sehingga 625 km.
BMW 7 Series terbaharu ini didatangkan dengan kelengkapan seperti roda 21-inci flagship sedan zero-emission dan lebih banyak speaker dari Bowers and Wilkins. Ia juga dilengkapi dengan sistem hiburan di bahagian belakangnya, konsol belakang eksekutif, pintu automatik, tempat duduk belakang dengan pelbagai fungsi, roll stabilization aktif, active roll comfort technology, perlindungan akustik untuk pejalan kaki dan juga kombinasi kashmir dan kulit.
Kedua-dua varian ini diberikan pilihan ekstra seperti warna cat yang lebih istimewa termasuk BMW Individual dan kemasan upholstery interior, rim yang berbeza, tempat duduk dengan ruang udara di bahagian belakang bersama fungsi urutan dan macam-macam lagi.
Sumber : Autoevolution