Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

Honda Malaysia Sasar Jualan 1,600 Unit Sebulan

hpmedia webadmin by hpmedia webadmin
15/07/2022
in BULETIN, UTAMA

Honda Malaysia (atau Syarikat) hari ini melancarkan model Hip & Smart Runabout Vehicle, HR-V Serba Baharu yang sudahpun meraih perhatian pasaran sebelum ini. HR-V telah mencipta segmen baharu dalam pasaran ketika diperkenalkan pada tahun 2015, menjadikannya model paling laris sejak itu. HR-V Serba Baharu ini yang dibangun menggunakan konsep “AMP UP YOUR LIFE” telah diperbaharui, dan kini hadir dengan penggayaan luar biasa, sistem janaan kuasa canggih serta ciri inovatif dan dalam masa sama masih mengekalkan ciri praktikal untuk kegunaan harian.

Memberi pandangannya tentang model baharu yang menawan ini, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, En. Hironobu Yoshimura berkata, “HR-V direka untuk sentiasa berada selangkah di hadapan. Popularitinya tidak dapat disangkal, dan ia masih dikekalkan untuk model terbaru ini. Sejak ia dibuka untuk tempahan, HR-V Serba Baharu telah menerima sambutan positif daripada rakan media serta orang ramai. Saya berbesar hati untuk memaklumkan bahawa HR-V Serba Baharu telah menerima lebih daripada 20,000 tempahan setakat ini. Dengan maklum balas menggalakkan dan permintaan tinggi terhadap model baharu berkenaan, kami juga ingin memaklumkan bahawa tempoh menunggu bagi HR-V Serba Baharu ini ialah 12 bulan, bergantung kepada ketersediaan varian yang ada. Bagaimanapun, Honda Malaysia sedang mengambil langkah terbaik untuk menyerahkan kereta baharu pelanggan secepat mungkin.”

En. Yoshimura menambah, “Selain itu, lanjutan tempoh bagi pengecualian cukai jualan oleh Kerajaan Malaysia juga telah melonjakkan lagi jualan kenderaan Honda. Bagi pihak Honda Malaysia, saya ingin berterima kasih terhadap usaha berkenaan yang bertujuan untuk menyokong industri automotif di sepanjang tempoh pandemik ini.”

Rekaan luaran HR-V Serba Baharu telah menerima pembaharuan menyeluruh untuk tampil lebih bergaya dan premium berbanding model yang terdahulu. Wajah depannya didominasi oleh Rekaan Baharu Sporty Gril Hadapan, sementara rekaan belakangnya dihiasi oleh Jalur Lampu LED. Sentuhan estetik lain yang menarik pada kereta ini termasuklah Lampu Isyarat LED Sequential Depan², Lampu Utama LED sepenuhnya dengan Lampu Nyalaan Siang (DRL), Lampu Kabus LED di depan¹ dan Rim Aloi Sporty bersaiz 18-inci² melengkapkan lagi imej HR-V Serba Baharu.

HR-V Serba Baharu terus meletakkan tanda aras yang lebih tinggi bagi segmen SUV kompak dengan pengenalan tiga pilihan sistem janaan kuasa sebagai pilihan kepada pelanggan, mengikut gaya hidup dan keperluan penggunaan masing-masing. Pertama kali diperkenalkan untuk City dan City Hatchback, teknologi e:HEV telah menerima sambutan menggalakkan daripada pasaran. Ia akan dilanjutkan kepada HR-V RS Serba Baharu untuk memenuhi keperluan pelanggan yang mementingkan kecekapan sistem janaan hibrid dalam sebuah SUV kompak. Sistem 1.5L e:HEV dengan 2-motor memberikan 131PS kuasa dan 253Nm tork. Sistem hibrid 2-motor Honda yang unik menyelaras antara tiga mod pemanduan: Pacuan EV, Pacuan Hibrid dan Pacuan Enjin, yang akan bertukar mengikut situasi pemanduan oleh pemandu.

Bagi pelanggan yang inginkan pengalaman pemanduan berprestasi dan mengujakan pula mempunyai pilihan enjin 1.5L VTEC Turbo (varian V & E). HR-V Serba Baharu merupakan model bukan-nasional pertama menawarkan enjin pengecas turbo yang menghasilkan kuasa sebanyak 181PS dan 240Nm tork bagi pemanduan yang lebih responsif serta mengujakan. Varian RS, V dan E akan ditawarkan dengan pilihan mod pemanduan NORMAL, SPORT dan ECON, yang boleh ditukar dengan mudah melalui Drive Mode Selector. Varian S pula dilengkapi enjin 1.5L DOHC i-VTEC yang menjanakan kuasa sebanyak 121PS dengan tork maksimum 145Nm.

Ruang dalaman HR-V Serba Baharu pula telah direka untuk memberikan keselesaan dengan gaya moden dan stylish. Varian RS kini menampilkan balutan kerusi kulit³, Pedal Kaki Sports, Dua-zon Pendingin Hawa Automatik dan Deceleration Selector Paddle. Varian RS, V dan E menampilkan Paparan Kluster Meter (TFT) Interaktif berukuran 7-inci dan Paparan Audio berukuran 8-inci yang boleh dipadankan dengan Apple Carplay™ dan Android Auto™⁴. Dengan ruang dalaman yang sofistikated, Honda telah memperkenalkan Air Diffusion System untuk HR-V Serba Baharu ini bagi mendapatkan kitaran udara sejuk yang lebih baik untuk semua penumpang. Ciri standard tambahan lain pada model baharu ini ialah pengudaraan pendingin di belakang.

Selain itu, ciri termaju yang pertama kali diperkenalkan dalam segmennya dan juga oleh Honda yang terdapat pada varian HR-V RS ialah ciri bebas kendalian tangan bagi pintu ruang belakang (Hands-Free Power Tailgate) dengan fungsi Walkaway Close, yang mana pintu ruang barangannya akan ditutup secara automatik jika pemandu bergerak menjauhi kenderaan selepas “Walkaway Close Switch” diaktifkan. Penghidup Enjin Kawalan Jauh¹ (Remote Engine Start) dan ciri Kunci Automatik Bila Beredar (Walk Away Auto Lock) juga merupakan ciri baharu yang diperkenalkan untuk HR-V Serba Baharu. Pemandu model baharu ini juga akan mendapati bahawa ciri Kawalan Menuruni Bukit (Hill Descent Control) juga sangat membantu dalam mengawal pendikit dan brek secara automatik bagi mengekalkan kelajuan rendah, membolehkan pemandu fokus kepada kendalian stereng ketika menuruni cerun curam.

HR-V Serba Baharu ini juga dilengkapi dengan set penuh teknologi keselamatan termaju Honda LaneWatch² dan Honda SENSING. Sebagai nilai tambah terhadap keselamatan pelanggan Honda, Honda SENSING kini merupakan ciri standard untuk semua varian HR-V Serba Baharu.

Sistem canggih bantuan pemandu Honda SENSING terdiri daripada:
1. Sistem Amaran Pelanggaran Hadapan (Forward Collision Warning)
2. Sistem Brek Mitigasi Pelanggaran (Collision Mitigation Braking System)
3. Sistem Bantuan Kekal Lorong (Lane Keep Assist System)
4. Sistem Mitigasi Keluar Dari Jalan (Road Departure Mitigation)
5. Amaran Keluar Lorong (Lane Departure Warning)
6. Lampu Tinggi Auto (Auto High Beam)
7. Kawalan Pemanduan Adaptif (Adaptive Cruise Control)
8. Sistem Mengikuti Kenderaan (Low Speed Follow)
9. Sistem Notifikasi Kenderaan Hadapan Berlepas (Lead Car Departure Notification)

Selain itu, ciri inovatif termaju yang terdapat pada HR-V Serba Baharu ialah Honda CONNECT², sebuah teknologi terkini yang memanfaatkan Teknologi Telematik Pintar untuk menjamin Keselamatan, Sekuriti dan Kemudahan. HR-V Serba Baharu akan ditawarkan dalam lima warna; merah (Ignite Red Metallic), kelabu (Meteoroid Gray Metallic), putih mutiara (Platinum White Pearl), perak (Lunar Silver Metallic) dan hitam (Ruse Black Metallic).

Dengan pelancaran model baharu yang menarik ini, Honda Malaysia mensasarkan jualan sebanyak 1,600 unit HR-V Serba Baharu sebulan.

Merupakan SUV kompak sebenar yang mendahului dari sudut rekaan luaran, ruang dalaman serta sistem janaan kuasa yang canggih, HR-V Serba Baharu dijangka akan menarik minat pelanggan dalam kalangan keluarga muda urban, profesional serta sesiapa saja yang inginkan sebuah kenderaan bergaya dengan kelengkapan canggih yang menepati gaya hidup masing-masing.

Untuk maklumat lanjut berkaitan HR-V Serba Baharu, pelanggan boleh mengunjungi mana-mana pusat jualan sah Honda di seluruh negara atau hubungi talian tol percuma Honda di 1-800-88-2020, atau layari www.honda.com.my.

 

Previous Post

Dilengkapi Bateri 53.0kW Atau 77.4 kW

Next Post

Bakal Dipasarkan Di Seluruh Dunia Termasuk Malaysia

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved