Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

Toyota Gazoo Racing Festival Berjaya Himpun Para Peminat, Selebriti Dan Penggiat Dunia Perlumbaan Sekali Lagi!

hpmedia webadmin by hpmedia webadmin
27/06/2022
in BULETIN, UTAMA

Aksi mendebarkan di atas trek, persembahan artis-artis tempatan serta pelbagai aktiviti lain yang disediakan mengalu-alukan kembalinya para peminat permotoran dan juga penonton ke Toyota GAZOO Racing Festival dan siri perlumbaan Vios Challenge yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang. Para peminat yang hadir tidak melepaskan peluang bertemu dan beramah mesra bersama barisan selebriti yang terlibat dalam festival perlumbaan ini. Manakala para peminat perlumbaan, ia seakan syurga dunia yang menjamukan aksi-aksi menarik di atas litar.

Pada hari pertama menyaksikan pelumba profesional dari Prima Pearl TD Racing Team iaitu Mitchell Cheah berjaya menggungguli Super Sport Class 20 pusingan dengan menamatkan perlumbaan hanya 2.1 saat di hadapan Mark Darwin yang berlumba untuk pasukan Motor Racing dan juga Freddie Ang dari Telagamas Toyota yang menamatkan perlumbaan di tempat ketiga. Pusingan pertama menyaksikan insiden yang cukup dramatik sekali gus menyingkirkan pelumba Laser Motor Racing iaitu Eddie Lew dan Tengku Djan Ley Tengku Mahaleel yang berlumba untuk Prima TD Racing Team dari tiga posisi teratas.

Peluang ini digunakan sebaik mungkin oleh Cheah dan Darwin yang membuka jarak lebih dari 10 saat, manakala Ang terpaksa berentap dengan Hayden Haikal dari pasukan Axle Motorsports sebelum berjaya menamatkan perlumbaan di tempat yang ketiga.

Dalam kategori Sporting Class untuk para pelumba amatur pula, perlumbaan sebanyak 20 pusingan terpaksa dikibarkan bendera merah apabila berlaku kemalangan melibatkan tiga kenderaan pada pusingan pertama dan ‘direhatkan’ selama 15 minit sebelum dimulakan semula. Namun begitu, tiga kedudukan teratas tidak berubah di mana pelumba Axle Motorsport iaitu Naquib Azlan berjaya muncul sebagai juara dengan hanya 2.3 saat di hadapan Tom Goh dari pasukan S&D Tama Motorsport. Di tempat ketiga pula dimenangi oleh Abdul Miqhail dari 23 Motor yang meninggalkan pelumba Crestmax Motorsport, Bradley Benedict Anthony di pusingan terakhir. Pelumba termuda baru berusia 16 tahun yang bersaing dalam Vios Challenge musim kelima ini benar-benar teruja apabila berjaya menjejaki podium pertamanya.

Rookie Class juga tidak kurang hebatnya yang mana menyaksikan Nabil Azlan berjaya mengulangi kemenangannya untuk musim ini yang diikuti rapat oleh Muizz Musyaffa di tempat kedua. Dan Muhammad Hamdany di tempat ketiga. Manakala Promotional Class untuk barisan selebriti menyaksikan Zizan Razak menamatkan perlumbaan sebanyak 18-pusingan 12 saat di hadapan Nabil Ahmad sekali gus muncul sebagai juara dan Ahirine Ahirudin berjaya menyudahkan perlumbaan di tempat ketiga.

Acara diteruskan pada hari kedua dengan kehadiran ratusan para peserta dan pengunjung yang terdiri dari keluarga serta kanak-kanak. Ada yang berbasikal, menunggang skuter, skateboard dan tidak kurang juga berjalan kaki kerana diberikan kebenaran untuk memasuki Litar Antarabangsa Sepang untuk All Wheel Fest. Ini diikuti dengan sesi Zumba, pembukaan rasmi festival serta macam-macam lagi aktiviti menarik. Malah, persembahan pentas dari artis terkenal seperti Judika benar-benar menghangatkan lagi suasana.

Bukan itu sahaja, festival ini turut dimeriahkan lagi dengan konsert oleh kumpulan Bunkface yang menghiburkan kehadiran para pengunjung yang turut berpeluang menyertai pelbagai aktiviti menarik lain sepanjang festival berlangsung. Sebagaimana yang dikatakan oleh Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran K yang berterima kasih dengan kehadiran para pengunjung dan juga peminat ke festival ini. Sambutan yang cukup menggalakkan ini juga memberikan motivasi untuk mula merancang untuk penganjuran pusingan ketiga dan finale musim kelima yang dijangka diadakan pada bulan September nanti.

Cuaca tidak begitu menyebelahi apabila hujan turun dan menyebabkan perlumbaan terpaksa ditangguh selama 25 minit untuk Super Sporting Class. Pusingan pembukaan menyaksikan pelumba M7 Japan Project Team iaitu Mohammed Fariqe Hairuman mengungguli perlumbaan. Sayangnya hanya bertahan selama dua pusingan sebelum Hayden Haikal, mewakili Axle Motorsport telah memintas dan diikuti rapat oleh Mark Darwin dari Laser Motor.

Persaingan sengit di antara dua pelumba ini sehingga 10 pusingan membuatkan ramai menjangka kemenangan akan berpihak kepada salah seorang dari mereka. Namun, Tengku Djan Ley Tengku Mahaleel yang mencatatkan kelajuan terpantas hampir setiap pusingan telah memecut dari kedudukan ke-12 di garis permulaan sehingga muncul sebagai juara dengan meninggalkan Darwin 1.5 saat di belakang serta Hayden menamatkan perlumbaan di tempat yang ketiga. Ketinggalan dua pusingan pertama untuk musim ini ekoran Covid-19, Tengku Djan memerlukan hanya 3 lagi perlumbaan untuk mengekalkan serta memenangi gelaran Super Sporting Class buat kali yang keempat.

Manakala untuk Rookie Class, Muhammad Hamdany mengecapi kemenangan pertama untuk mengekalkan rekodnya iaitu menamatkan perlumbaan di podium dalam keempat-empat perlumbaan setakat ini. Pelumba berusia 19 tahun dari Sarawak ini mendahului Nabil Azlan dan juga satu-satunya pelumba wanita tunggal dalam siri Vios Challenge, Adele Lew yang menamatkan perlumbaan di tempat ketiga.

Bagi Sporting Class, Naquib Azlan melakarkan hujung minggu yang sempurna apabila berjaya memenangi kedua-dua perlumbaan. Di tempat kedua pula dimenangi Abdul Miqail diikuti pelumba M7 Japan Project Team, Ahmad Tarmimi Tahang. Bermula di kedudukan keenam di garis permulaan, Naquib tekad dan berjaya mengawal perlumbaan dan mencipta jurang 5 saat sejak pusingan ketiga dari perlumbaan 20-pusingan ini.

Promotional Class untuk selebriti agak mengecewakan para peminat yang menjangkakan kemenangan untuk Zizan Razak dan juga Shukri Yahya memandangkan mereka cemerlang di hari perlumbaan pertama. Ekoran masalah teknikal, Zizan terpaksa akur dan kesempatan ini cuba digunakan sepenuhnya oleh Shukri tetapi turut mengalami masalah yang sama. Hal ini memberi ruang untuk Nabil Ahmad muncul juara diikuti Wany Hasrita di tempat kedua dan Janna Nick di tempat ketiga.

Pusingan 3 Toyota GAZOO Racing Festival and Vios Challenge dijadualkan berlangsung pada September ini. Untuk maklumat lanjut, layari laman web UMW Toyota Motor (Malaysia) Sdn Bhd di www.toyota.com.my.

Previous Post

Perbaharui Lesen Memandu Sebelum 30 Jun

Next Post

Kereta Tahun 1987 Tapi Langsung Tak Rasa Olskool!

CAPAIAN

  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved