Sejak mendedahkan sportscar elektrik K50 pada tahun 2018, Qiantu Motors agak lama menyepi. Baru-baru ini, pengeluar automotif dari China itu telah tampil dengan model pengeluaran terbaharunya. Sebagaimana model sebelum ini, Qiantu K20 merupakan sebuah sportscar dua tempat duduk elektrik penuh tetapi didatangkan dengan hatchback 3-pintu bukan konvensional.
K20 pernah diperlihatkan menerusi dua kereta konsep pada tahun 2018 dan 2019. Model pengeluaran terakhir mengekalkan bentuk asas dan garis-garisan dinamik pada kereta konsep tersebut tetapi disuntik dengan gaya dari K50 termasuk unit lampu yang lebih konvensional.
Selain itu, K20 dilihat mempunyai cetak tapak yang kompak bersama dua kotak dan wheelbase yang singkat. Lampu hadapan yang agak agresif, windscreen yang dilihat agak dramatik dan pintu yang sangat luas. Garis lekuk berkarakter yang diambil dari kereta konsep memberikan dua ton ke atas EV ini; putih di bahagian hadapan dan silver di bahagian belakang. Di bahagian belakangnya pula, terdapat windshield yang kelihatan agak pelik yang disepadukan dengan spoiler bersama lampu LED dan diffuser.
Bahagian dalamnya diteruskan dengan pemilihan gaya yang bukan konvensional dengan lohong tidak simetri dan bahagian tengah yang kecil di antara tempat duduk dengan kabin yang agak sempit. Dengan fesyen tipikal kokpit digital bersama kluster instrumen dan infotainmen yang disatukan kepada panel tunggal di belakang stereng. Kemasan warna copper (tembaga) pada dashboard dan pintu digabungkan dengan upholstery warna putih dan kelabu.
Tiada makluman tentang kuasa elektrik tetapi dalam sebuah laporan yang disiarkan Car News China ada mengatakan, K20 dimuatkan dengan powertrain elektrik tunggal yang membenarkan pemecutan 0-100 km/j (0-62 mph) dalam 4.7 saat. Salah satu gambar yang dikongsikan jelas menunjukkan K20 dengan setup RWD.
Qiantu telah mula membuka dan mengambil tempahan untuk K20 di China dan penghantaran pertama dijadualkan bermula suku keempat tahun 2022. Namun begitu, masih tidak dapat dipastikan samada Qiantu bercadang untuk mengeksport K20 ini ke luar tetapi usaha mereka membawa K50 ke pasaran Amerika Utara gagal.
Sumber : Carscoops