Selepas beberapa jam menyiarkan teaser, Mercedes menambah versi entry-level terbaharu untuk roadster SL-Class yang elegan. Mercedes-AMG SL43 menawarkan separuh dari apa yang ditawarkan abangnya, menggantikan enjin V8 twin-turbocharged untuk single-turbo 4-silinder.
Berita baik untuk versi SL-Class ini adalah enjin M139 turbocharged 2.0-liter 4-silinder. Para peminat Mercedes-Benz pasti sudah mengenalo enjin ini, tetapi kuasa penggalaknya datang dari ekzos elektrik gas turbocharger.
Teknologi ini digunakan kepada pengeluar kereta Formula 1 yang menggunakan sistem elektrik yang sama, 48-volt dan menguasakan starter-generator. Secara ringkasnya, ia merupakan motor elektrik yang kecil dalam turbo untuk memusingkan shaft sehingga gas exzos yang ambik alih.
Menurut Mercedes, enjin ini menawarkan respons spontan terhadap seluruh rev range dan dalam masa yang sama meningkatkan kecekapan enjin. Enjin SL43 tadi menghasilkan 381 hp (284 kW) pada 6,750 rpm. Bagi tork pula, anda memperolehi 354lb-ft(480 NM) bermula pada 3,250 rpm dan bertahan sehingga 5000 rev.
Bagi sistem starter-generator, boleh menambah lebihan 14 hp (10 kW) untuk tempoh masa singkat. Secara teknikalnya, menjadikan SL43 sebagai hybrid mild hybrid. Pengalihan kuasa ditugaskan kepada MCT dengan 9-kelajuan dan menghantar kuasa ke roda belakang sahaja.
Lebih banyak maklumat terutamanya berkaitan dengan harga bakal diumumkan tidak lama lagi.
Sumber : Motor1 / Mercedes-AMG