Salah satu pengedar kereta yang dikenali dengan 25 tahun pengalaman dalam industri, Sing Kwung Premium Sdn. Bhd. telah membuka pusat 3S Hyundai baharu di Melaka. Pusat terbaharu ini terdiri daripada sebuah bilik pameran, pusat alat-alat ganti dan pusat servis yang menyediakan ruang servis dengan kelengkapan penuh termasuk dua ruang Quick Service yang menawarkan maksimum 50 kereta sehari. Kerja-kerja servis dilakukan oleh juruteknik terlatih dan berpengalaman.
Sebagai tambahan, pusat 3S terbaharu ini dilengkapi dengan wifi, ruang santai dan sudut permainan untuk kanak-kanak, sekali gus memberikan kemudahan kepada para pelanggan sambil menunggu kenderaan masing-masing diservis. Stesen pengecasan untuk kenderaan elektrik turut disediakan, memudahkan para pelanggan yang mahukan pengecasan pantas bagi kenderaan elektrik masing-masing.Para pelanggan yang mahu memandu uji kereta Kona Electric boleh berbuat demikian di pusat ini dengan membuat temu janji terlebih dahulu menerusi penasihat jualan. Dengan berbekalkan pengalaman dalam penjagaan automotif, Sing Kwung Premium sangat komited untuk menawarkan kualiti terbaik dan servis cemerlang dalam memenuhi kehendak pelanggan.
Menurut Pengarah Urusan Hyundai-Sime Darby Motor, En. Low Yuan Lung berkata, pihaknya berbesar hati dengan penyertaan Sing Kwung dalam famili Hyundai. Pengalaman mereka khususnya dalam jualan dan penjagaan automotif sangat membantu memastikan para pelanggan Hyundai sentiasa berpuas hati dan menambah nilai kepada rangkaian servis dan juga jualan sedia ada.
Bilik pameran Sing Kwung Premium Hyundai mula dibuka pada 9.00 pagi sehingga 6.00 petang pada hari biasa. Manakala pada cuti umum dan hari Ahad, dibuka dari pukul 10.00 pagi hingga 5.00 petang. Waktu operasi untuk Pusat Servis pula bermula dari pukul 8.30 pagi sehingga 5.30 petang pada hari bekerja. Tutup pada cuti umum dan juga hari Ahad.
Para pelanggan yang berminat, boleh hubungi 06 – 332 2434 untuk maklumat lanjut atau untuk tempah sesi pandu uji dan 06 – 332 2313 untuk tempahan servis.